lurves🦋
137 stories
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 1,933,329
  • WpVote
    Votes 15,566
  • WpPart
    Parts 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
INDAH CINTAKU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 753,919
  • WpVote
    Votes 6,127
  • WpPart
    Parts 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 2,933,851
  • WpVote
    Votes 1,983
  • WpPart
    Parts 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
 [C] Ride To Your Heart by hsdahlia
hsdahlia
  • WpView
    Reads 397,084
  • WpVote
    Votes 12,874
  • WpPart
    Parts 53
SYED EIJAZ HAIDER. Dingin, beku. Itu semua sudah sebati dengan orang sekeliling yang mengenalinya. Seorang yang bekerjaya dan amat meminati dunia permotoran. "Bagitahu aku, siapa hantar kau ceroboh tempat ni?!" "Lepaskan aku lah." HAJAR ILYANA. Gadis cantik yang sentiasa bersama dengan abang-abangnya. Apa sahaja yang abang-abangnya lakukan, itulah juga perkara yang akan dia lakukan. "Welcome to Black Eagle." BLACK EAGLE. Sebuah kumpulan motor yang ditubuhkan bertujuan untuk mengumpulkan kesemua peminat dalam dunia permotoran. Namun disebalik sebuah kumpulan ini, ada satu rahsia besar yang hanya mereka sahaja tahu. "Kita ride sambil beramal. Bukannya buat kerja haram." "Tak semua geng motor tu mat rempit." "Kau cari pasal dengan orang yang salah." All Rights Reserved ©hsdahlia Start: 30 April 2023 End: 7 January 2024 Status: Complete ⚠️NO PLAGIARISM⚠️
HAYYES DARREN ©️ by itsquinrae
itsquinrae
  • WpView
    Reads 850,039
  • WpVote
    Votes 36,011
  • WpPart
    Parts 67
Akan di revamp semula kerana banyak typo dan plot yang mengarut. Nama watak pun tertukar. My 1st book [IN EDITING] ☘☘☘ Elyssa Hayyes x Ian Darren "Aku tak paham" kata Elyssa tetiba. "Hah?" Ian terpinga-pinga. Takde ribut, takde angin. Tak bercakap, tak apa. Tetiba je Elyssa cakap dia tak paham. Masalahnya aku dua kali ganda tak paham. "Aku cakap, aku tak paham," kata Elyssa lagi. "Apa yang kau tak paham?" Ian mengangkat keningnya. "Kau!" Elyssa menunjuk ke arah Ian Darren. Ian tersenyum sinis. Sekarang dia paham maksud Elyssa. "Baby there's another side that you don't know, you don't know" Ian Darren mengenyitkan mata pada Elyssa dan bibirnya pula sambung menyanyi. He fell first and also fell harder ☘☘☘ Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Storyline agak membosankan Start: 13/11/2023 End: 10/01/2024
Godaan Untuk Tuan Zeyn [C] by Peppermint_Mix
Peppermint_Mix
  • WpView
    Reads 366,041
  • WpVote
    Votes 8,098
  • WpPart
    Parts 84
⚠️ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in brutal #Rank No.2 in bestfriend #Rank No.1 in khianat #Rank No.2 in wedding #Rank No.1 in cerai #Rank No 1 in khianat #Rank No.1 in keluarga It's all about what happened in 11 years ago... The 'unfun' man, Zeyn Ezdan Noszka only want her in his' life. Kerana janji dia seharusnya tidak meninggalkan Nehza Haura setelah apa yang terjadi antara mereka kerana angkara musuhnya sendiri. Tetapi tidak begitu mudah untuk mencari gadis itu setelah mereka semua tamat persekolahan. Semua ke haluan masing-masing termasuk Nehza yang sudah berubah 360 darjah. Kehidupan Nehza Haura seperti onak dan duri. Setelah keluarganya berpecah-belah, dia mengikuti langkah ibunya yang sendiri telah memecah belahkan keluarga mereka. Perubahan drastik Nehza juga yang seakan-akan dilabel gadis liar itu sebenarnya hanya satu keinginan semata-mata. Tetapi kata ibunya, dia masih muda untuk memahami apa yang terjadi dan apabila sudah sampai pada tahap matang barulah dia akan melihat apa yang berlaku. Apakah itu? -------- ≪ °✾° ≫ -------- Kehadiran Zeyn dalam hidupnya pula memang memberikan impak yang paling besar. Mungkin pertemuan itu membawa petunjuk besar. Bagi Zeyn pula, kehadiran Nehza seakan-akan satu sistem yang mengaktifkan dirinya agar sentiasa berfungsi. ❝ Kalau I dah mula percaya dan selesa dengan you. Boleh tak janji dengan I, jangan runtuhkan tembok yang I dah bina itu? Boleh tak jangan biarkan ia seperti kaca yang hancur berkecai dan apabila dipijak ia akan memberikan luka yang dalam dan menusuk hingga berdarah? ❞ - NEHZA HAURA Percintaan mereka memang kukuh, sekukuh tembok besar China dan tidak boleh dihancurkan begitu mudah. Namun, jika orang lain tidak dapat memisahkan mereka adakah kisah lalu keluarga Zeyn dan Nehza dapat memisahkan mereka? STARTED:23/5/2022 END:
Puteri Dhia: Untuk Aisar by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 1,015,969
  • WpVote
    Votes 41,908
  • WpPart
    Parts 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya sekelip mata berubah apabila dia bertemu dengan si dia. Tengku Puteri Dhia Aralyn Puteri Kerajaan Negeri Treez. Tetapi dia bertingkah seolah bukan puteri. Sejak dari kecil dia sering dimomokkan bahawa dia aneh, dan tidak punya rupa. Malah pekerjaannya sebagai seorang doktor langsung tidak menggambarkan dia sebagai puteri raja. Tiada siapa yang mengetahui bahawa Treez mempunyai seorang puteri yang cantik. Namun keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka. Sang Putera jatuh cinta, tetapi si Puteri bertindak lari. Sang Putera mencari empunya puteri, si Puteri menyembunyikan diri. Sang Putera dingin ais beku, si Puteri pula nakal berbatu batu. Namun keduanya diuji dengan pelbagai dugaan hingga akhirnya si Puteri nekad meninggalkan sang Putera. Sang Putera rela membuang takhta demi mencari si kekasih hati. Bagaimana kisah keduanya? Love- Yes Cliche- No Royal story tetapi bukan sebarang royal story. Its royal story moden. Tiada istilah klasik klasik digunakan. Juga pelbagai istilah perubatan digunakan. Jika tak pasti, boleh google atau dm author. Harsh word may include. Apologize if this book is not for your type. Start- 2 July 2023 End- 2 Sept 2023 Cover by @sofiah91. Thanks a lot to her..
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE) by bungatehh
bungatehh
  • WpView
    Reads 60,592
  • WpVote
    Votes 1,925
  • WpPart
    Parts 39
Luke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebanyak yang mungkin supaya tidak sama dengan movie yang sebenar. Tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Terlebih dahulu saya minta maaf jika ada kesilapan dalam tatabahasa atau pangkat yang terdapat didalam cerita ini. Saya akan perbaikinya lagi dimasa hadapan. ** Tidak izinkan penulisan ini dicopy dan paste. Fiction love-story : Ada yang logik dan ada yang tak. Mencuba sedayanya untuk menyamai dengan karya sesiapa.
Thantophobia 🌸 by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 878,806
  • WpVote
    Votes 35,740
  • WpPart
    Parts 46
Sinopsis Thantophobia ? Pang! Terkedu Nilofar saat pipinya kebas ditampar Tan Sri Muhaimin. "Aku tak nak lagi tengok muka kau dalam rumah ni. Keluar!" "Abah, Nilofar cuma..." "Nilofar, abah suruh kamu pergi. Pergi. Jangan susahkan lagi hati dia." "Tapi, ni semua." "Pergi! Jangan panggil aku abah. Aku bukan abah kau. Dasar anak tak guna! Aku suruh belajar kau pergi meliar sana sini. Degil! Dah bunting anak seorang baru nak menangis minta maaf. Pergi!" Nilofar mendukung Farhana dan berlalu keluar dari villa milik abahnya. Abah yang dia sayang sudah membenci dan adiknya Nifara juga sama. Tapi, untuk menghantar Farhana ke rumah anak yatim bukan satu jalan yang betul. Biarlah dia menjaga anak kecil ni. ??? "Farhana... Ibu tengah menulis ni sayang." Anak kecil itu tersenyum menggigit mainannya. Mahu ajak aku bermain. "Ok, ibu stop work." Aku baring dan meletakkan Farhana diatas dadaku. Punggung kecilnya ditepuk-tepuk perlahan. Bibir mengalunkan selawat. Comel melihat dia menguap. Jariku menutup bibir kecil itu. Mata Farhana sayup-sayup ingin tutup. ??? All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of CKK @ Atul Aisy. ©CKK @ Atul Aisy 2018
Eternity Love [BAKAL TERBIT] by DaisyIntrovert
DaisyIntrovert
  • WpView
    Reads 1,611,989
  • WpVote
    Votes 4,096
  • WpPart
    Parts 7
WARNING❗️Maaf, cerita ini agak hambar ya 😌 •Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf. Tengku Arifin x Balqis Surfina Tengku Arifin - Pemilik TA Airline & TA Corporation, 25 Tahun Balqis Surfina - Pemilik Restoran 'Your Home' , 29 Tahun - You call it madness, i call it love - Demi meneruskan legasi keluarga, dia terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai seorang tentera. Bergerak menjadi seorang ahli perniagaan itu tidak mudah apalagi itu bukan bidang yang dia minati. Demi kehendak keluarga, dia tunaikan juga. Dia fikir menguruskan perniagaan itu sudah cukup susah, ternyata berhadapan dengan 'orang gila' itu lebih susah sehingga membuatkan dia rasa hendak campak ke planet lain. " Hai, nak kahwin dengan saya tak? " - Balqis Surfina " Cermin dekat rumah kau da retak sangat ke sampai tak malu nak ajak kahwin? " - Tengku Arifin " Sebab tak malulah saya ajak ni. Limited tau perempuan macam saya ni. Perempuan macam saya ada satu orang je dekat dunia ni. Mana nak cari lagi " - Balqis Surfina " Sebab ada kau seorang dekat dunia ni lah lagi aku tak nak. Aku sanggup lompat dari bangunan dari kahwin dengan kau. Tak ingin aku kahwin dengan perempuan tua macam kau " - Tengku Arifin Hidup tenang jadi kacau bilau dengan kehadiran wanita yang yang tak habis-habis mengajaknya berkahwin. " Awak tahu tak rumah apa paling indah " - Balqis Surfina " Apa? " - Tengku Arifin " Rumah tangga yang bakal kita bina cia cia cia " - Balqis Surfina Rasanya dia yang perlu pindah ke planet lain kerana tidak tahan asyik 'diganggu' saja. Mampukah Balqis merobohkan tembok kukuh yang dibina oleh Tengku Arifin dalam hatinya dengan kehadiran seseorang dari masa lalu Tengku Arifin? Adakah Balqis akan mempunyai peluang untuk merasakan 'cinta abadi' yang dia tidak pernah rasakan selama ini?