.
6 stories
Psiko by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 190,440
  • WpVote
    Votes 13,085
  • WpPart
    Parts 40
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.
Half Of My Heart by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 20,495
  • WpVote
    Votes 2,314
  • WpPart
    Parts 18
10 bulan yang lalu, hidup Alaia Arrana musnah dalam sekelip mata dan dia tidak ingat bagaimana. Yang dia tahu, setiap malam sebelum tidur, lelaki yang tidak dikenali sering menghantui mimpinya. Senyum itu... suara itu... seolah-olah sebahagian daripada dirinya pernah mengenali lelaki itu jauh lebih lama dari ingatan yang dia miliki sekarang. "By any chance, do we know each other before?" - Alaia Arrana "The answer is already in you. But if you're asking me, then probably not." - Arsyad Dylan Dibohongi. Dimanipulasi. Dan tanpa memori. Ingatan di fikirannya tidak cukup untuk membalas setiap persoalan yang dia punya tetapi suara di hatinya berkata kuat dari realiti yang dia sedang hadapi. "Daddy, mommy memang lupa kita ke?" - Ayleen Maleeka "Berhenti muncul dalam hidup dia, kalau kau sayang dia." Satu kesilapan kecil boleh merobohkan peluang terakhir mereka untuk bersama. Alaia mula tertanya, mengapa lelaki itu terasa begitu dekat walaupun dia tidak mengingatinya? Dan mengapa hatinya berdegil untuk percaya, walaupun fikirannya menolak? "If walking away means you'll be safe, then I'll do it. But don't think for a second it didn't destroy me." - Arsyad Dylan "What's left of me still beats for you." - Alaia Arrana Menghampuskan memorinya tidak cukup kuat untuk menghilangkan rasa yang pernah ada. Dan meski berapa kali dia harus melupakan, hati akan tetap memilih untuk mengingatinya. "You're the only thing I was told to forget... but the only one my heart remembers." - Alaia Arrana Kerana walaupun ingatan sudah dipadam, rasa yang pernah wujud akan tetap mencari jalan untuk pulang.
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 137,954
  • WpVote
    Votes 7,918
  • WpPart
    Parts 31
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞
SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI (HIATUS) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 331,294
  • WpVote
    Votes 45,154
  • WpPart
    Parts 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan. Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar... Muhammad Al-Fathi. Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali. Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi. Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi? #1 politik
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 53,939
  • WpVote
    Votes 3,745
  • WpPart
    Parts 20
Di sebalik dunia akademik yang penuh tekanan dan silibus yang membunuh jiwa, Mina Alaya, seorang pelajar PhD berwajah tenang tetapi penuh prinsip perlu berdepan dilema paling getir dalam hidupnya. Tesis yang tidak siap, penyelia yang bersara mengejut dan kini... seorang profesor baharu yang dikatakan lebih tegas daripada komando. Namun dia tidak gentar. Bukan mudah menjadi Alaya, seorang model sambilan yang bergaya tetapi tetap menjaga batas di tengah-tengah lautan gosip dan pandangan serong. Di antara helaian kertas kajian dan skrin komputer yang memaparkan draf keempat tesisnya, dia berjanji untuk menamatkan perjuangan ini dengan atau tanpa bantuan sesiapa. Tapi bila profesor muda dari UKM itu akhirnya muncul dengan wajah tenang, mata tajam dan aura yang terlalu sukar untuk diabaikan, Alaya sedar semester ini mungkin akan menjadi lebih panjang dari yang dijangka. Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah antara cita-cita, ego dan godaan rasa. Dan kadangkala, hati yang paling keras pun boleh tewas pada yang tak dijangka.
The Strong Heart by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 46,731
  • WpVote
    Votes 4,412
  • WpPart
    Parts 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rata-ratanya daripada orang kampung. Mereka tak lalui apa yang keluarganya lalui sebelum ini. "Kenapa kau biarkan pak cik tu hina kau!" Hadirnya dia ibarat cahaya baru yang bakal menyinari hidup Hannah. Ketampanannya, sikapnya yang tak ubah seperti lelaki prihatin dan bertanggungjawab membuatkan jantung Hannah sentiasa berdegup kencang. Namun disebabkan Hannah lebih mementingkan adiknya, Muhammad Aryan, dia terpaksa mengabaikan perasaan yang telah berputik itu. Fokusnya cuma kepada Aryan sahaja. Dia ingin menjauhkan adiknya daripada Airin Nasuha iaitu adik kepada Luth Naufal. Bukan niatnya ingin menyekat kebebasan Aryan tetapi dia tak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Aryan berhak bahagia. "I'm sorry, kakak. Iyan terpaksa buat semua ni. Kakak terlalu mengongkong Iyan. Kakak buat Iyan tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Sorry but I'm done. Totally done." "Hannah, ini semua salah adik kau!" "Tak apa, Ana. Aku redha dengan ketentuan ni. Mungkin aku tak layak untuk dia." Hannah buntu. Satu demi satu masalah menjadi bebanan di bahu. Tangisannya seolah tiada penghujung. Dia terlalu kusut menerima kata hinaan dan kutukan yang bertubi-tubi. "Tolonglah balik... Mama rindu kau..." "Hannah, aku nak minta maaf." Keadaan Hannah seakan mayat hidup. Walaupun masih mengalir rasa benci terhadap perbuatan Hannah, Naufal masih punya rasa simpati. Ego perlu direndahkan untuk mencapai matlamatnya. Naufal tak boleh menafikan bahawa... Hatinya sakit melihat keadaan Hannah sebegitu. "Kita kahwin. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku." ••• cover & banner by @stargazell @nazblqs @azleyanaaa @nurflwr