hrknnse
Miqdad Hudaif - Anak kedua daripada empat adik beradik kembar. Seorang yang agak pendiam. Sentiasa bersendiri dengan dunia sendiri. Hidup bersama tiga adik beradik kembar agak menyesakkan dadanya yang sering dibandingkan oleh ibu bapanya.
"Apa salah Miqdad sampai ibu dan ayah hukum Miqdad macam ni?" - Miqdad Hudaif
Mushaf Saifi - Anak sulung. Seorang yang bijak dan pandai dalam setiap apa yang dia lakukan. Ketua pengawas yang bertanggungjawab.
"Miqdad, Mushaf ada. Jangan risau." - Mushaf Saifi
Mifdam Thariq - Anak ketiga. Kembar seiras dengan adik perempuan mereka, Khaula Haira. Atlet sukan hoki yang aktif. Sering ke peringkat kebangsaan dalam sukan hoki. Lebih suka bersukan berbanding belajar. Anak manja ibu dan ayah.
"Miqdad nak main hoki?" - Mifdam Thariq
Khaula Haira - Anak keempat dan anak bongsu. Satu-satunya anak perempuan Encik Quzairi dan Puan Jahirah. Seorang yang periang dan matang. Bagi dia
semua abang-abangnya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
"Abang Miqdad tak salah, ibu!" - Khaula Haira
Selami kehidupan empat beradik kembar ini dan nantikan kesudahannya.
Adakah Miqdad Hudaif dapat bertahan? Adakah Encik Quzairi dan Puan Jahirah dapat mengubah fikiran mereka tentang Miqdad Hudaif?
START : 16/11/2024
END :-