✨Choco_mint
6 stories
Hadi:Budak Bersayap Hitam [Completed] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 176,264
  • WpVote
    Votes 15,606
  • WpPart
    Parts 122
Hadi Haikal, seorang budak yang dianggap berbeza dari kaum yang lain kerana memiliki sayap yang berwarna hitam malah dia adalah satu-satunya yang hanya memiliki sayap seperti itu. Kerana kelihatan berbeza dia telah dipulau kan begitu juga oleh keluarga nya sendiri kecuali ibu & abangnya. Hadi gembira sangat yang ibu & abangnya masih sayangkan dia. Tapi hidupnya mulai berubah sedikit demi sedikit. walaupun perit dia tetap perlu mengharungi cabaran itu. Kehidupan nya juga tidak semudah yang dia sangkakan, terutamanya pada waktu persekolahan nya. Ramai yang memandang rendah pada nya sehingga dia kerap dibuli. pelbagai perkara & peristiwa yang perit harus dia tempuhi. Daripada kehilangan segalanya kepada mempunyai sesuatu yang berharga. mampukah Hadi mengharungi cabaran itu? apakah yang sebenarnya terjadi sehingga buatkan keluarga nya membenci diri Hadi? ikuti kisah Hadi Haikal, budak bersayap hitam.
Kisah Hidup Yuki:Budak Berambut Putih [Complete] by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 139,164
  • WpVote
    Votes 12,998
  • WpPart
    Parts 93
Yuki Amane, seorang budak yang merupakan Bangsa Ahli Sihir White Sky yang terakhir. Bangsa Ahli sihir yang paling terkuat & sangat di sayangi oleh orang ramai kerana bangsa yang sangat ramah & baik. Tetapi bangsa ini telah di halau keluar dari kerajaan kerana sebuah kejadian sehingga bangsa ini pupus melainkan Yuki yang kini merupakan bangsa yang terakhir. Disebabkan dia berbeza dari yang lain, dia di pulaukan oleh budak-budak yang seumur,lebih tua darinya atau lebih muda darinya kerana itu dia tidak mempunyai sahabat walaupun disayangi oleh penduduk di kampungnya atas jasa kebaikan yang dia buat. Tetapi dia tidak kisah, dia tetap bahagia kerana masih ada orang yang menyayangi nya. Apakah perkara yang akan Yuki hadapi selepas ini?Adakah hidupnya akan berubah? Adakah dia akan bertemu sahabat yang sudi bersamanya? Ikuti Kisah Hidup Yuki dalam meneruskan kehidupannya Tanpa Orang yang tercinta malah tanpa suaranya.
Ericsson: Si Penyihir Immortal by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 32,382
  • WpVote
    Votes 3,507
  • WpPart
    Parts 37
Ericsson merupakan seorang budak remaja yang tinggal bersendirian di sebuah kawasan Hutan Evergreen yang tidak dapat ditemui oleh sesiapa. Kerana kesepian, dia mempelajari banyak perkara tentang magis termasuklah mempraktikkan magis purba yang sudah tidak digunakan pada masa kini. Dia juga belajar mencipta & menghasilkan boneka magis yang mirip seperti manusia & memiliki pemikiran malah emosi yang tersendiri. Apa yang lebih menarik, dia juga memiliki kelebihan untuk berkomunikasi dengan haiwan malah menjadi sahabat dengan mereka. Bukan itu sahaja, Eric mampu menghasilkan ubatan herba malah Potion/serum yang tidak dapat dihasilkan oleh orang lain. Walaupun begitu, kehidupannya berubah sebaik saja seorang pemuda telah menemuinya ketika dia sedang memburu di hutan. Sehingga tanpa dia sangkakan, akan menerima sebuah tawaran untuk ke sebuah akademi magis yang sangat luar biasa. Walaupun begitu, dia pada mulanya menolak tetapi atas beberapa alasan, akhirnya dia menerima tawaran itu. Tapi banyak perkara yang dia tidak tahu berkaitan dunia luar. Begitu juga dengan perubahan peredaran zaman sejak di berada di dalam hutan itu. Eric bukan saja mahu memasuki akademi itu malah dia juga mahu mencari kedua-dua ibubapanya yang hilang tanpa jejak. Membesar bersama puak raksasa mistik yang ditakuti oleh manusia bukanlah sesuatu yang sangat menyenangkan bagi orang lain tapi tidak pada sang remaja itu. Mampukah Eric menemui kedua ibubapanya yang hilang tanpa jejak itu? Siapakah puak raksasa mistik yang menjaga Eric itu? Ikuti kisah Ericsson Walker dalam pengembaraannya untuk mencari identiti dirinya itu...
Sumpahan Abadi Hikaru by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 16,583
  • WpVote
    Votes 1,675
  • WpPart
    Parts 33
Hikaru Ryuichi merupakan seorang remaja yang memiliki kuasa yang sangat luar biasa atau overpowered. Walaupun begitu, dia memiliki sebuah kisah yang menyedihkan yang disembunyikan disebalik keceriaan dirinya itu. Hidupnya tidak seindah yang orang lain bayangkan kerana dia harus menjaga 2 orang adiknya yang salah satu daripada mereka mengalami masalah kesihatan. Bukan itu saja, dia juga harus berjuang melawan masalahnya sendiri iaitu sebuah sumpahan abadi yang memberi kebaikan malah keburukan pada dirinya. Dia juga telah menderita dengan pelbagai perkara sebaik saja dia mulai tinggal bersama makcik & pakciknya tetapi dia senang kerana adik-adik yang lain dijaga dengan baik berbanding dirinya. Sebagai seorang abang paling tua dia harus mengharungi pelbagai perkara termasuklah dunia belajar di sebuah universiti yang sangat terkenal yang tanpa dia fikir akan pergi. Dia menyangka hidupnya bakal berubah akan tetapi hal itu sama sekali tidak seperti yang dia bayangkan malah jauh lebih teruk dari apa yang dia bayangkan. Dia seringkali dibuli & diremehkan malah dihina kerana kekurangan dirinya itu tapi dia tidak pernah mengalah untuk terus melawan. Dia hanya menumpukan pada pelajarannya & tidak menghiraukan orang yang membencinya. Tanpa dia sedar, dia juga telah bertemu seorang sahabat yang setia membantu dirinya. Walaupun dia gembira akan hal itu, dia sebenarnya turut bersedih akan hal itu kerana harus merahsiakan sesuatu yang sama sekali dia tidak suka kongsikan. Mampukah dia merahsiakan perkara itu buat selamanya? Apakah kisah disebalik sumpahan diri Hikaru itu? Apakah penyebab dia masuk ke universiti itu? Ikuti kisah Hikaru Satoru dalam menjalani hidupnya dalam mengharungi kesemua cabaran hidupnya..
Rafiq:Budak Luar Biasa by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 16,221
  • WpVote
    Votes 1,795
  • WpPart
    Parts 30
Muhammad Rafiq Luqman merupakan seorang budak yang bernasib malang. Sejak kecil lagi, sudah tinggal bersendirian kerana ibubapanya yang terbunuh kerana sebuah serangan raksasa yang pernah memakan ramai jiwa korban di tempat tinggalnya sehinggakan hanya dia adalah mangsa yang terselamat. Dia mulai ditempatkan di rumah anak yatim. Bermula dari situlah, kehidupan Rafiq mulai berubah. Dia juga telah mulai sedar yang orang lain juga pernah menderita seperti nya. Walaupun begitu, Rafiq juga memiliki sebuah kuasa yang sangat luar biasa & juga memiliki sebuah kelemahan yang tiada siapa ketahui. ikut kisah Rafiq dalam mengenal dunia baru & melawan musuh yang mencabar dirinya. Apakah cerita di sebalik kisah dirinya? Apakah kuasa yang dimiliki oleh Rafiq? Apakah kelemahan Rafiq itu? ketahui jawapannya melukis kisah Rafiq:Budak Luar Biasa
Rahsia Si Mr.Arkitek by Choco_mint2704
Choco_mint2704
  • WpView
    Reads 1,064
  • WpVote
    Votes 119
  • WpPart
    Parts 11
Rabiatul Adawiah merupakan seseorang yang berjaya diterima untuk menjadi penuntut Universiti Teknologi di sebuah Negara bernama Balad Masalim. Walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarganya, dia sudah berjanji akan membawa pulang sebuah kejayaan pada keluarganya. Dengan tekad & izin Allah SWT, dia selamat tiba di negara itu. Akan tetapi sebuah pertemuan yang tidak dia rancangkan telah mengubah hidupnya. Nik Azwan Zulki merupakan seorang penuntut yang mengambil jurusan seni bina untuk menjadi seorang arkitek yang tanpa sengaja telah bertemu dengannya. Walaupun begitu, Azwan adalah seorang penuntut yang penuh dengan misteri sehingga banyak rumor & gosip tentang dirinya mulai tersebar di universiti nya. Suatu hari, tanpa sengaja sebuah rahsia terbesar hidup Azwan telah terbongkar tanpa sengaja olehnya. Rahsia itu bukan saja mengejutkan dirinya malah dia juga hampir tidak mempercayai perkara itu. Adakah Rabiatul akan menerima diri Azwan yang sebenar atau terus meninggalkan dirinya itu? Mampukah Rabiatul mengharungi perjalanannya dalam menuntut ilmu & berjauhan dari keluarga tercinta? Bagaimanakah mereka mulai bertemu? Apakah rahsia terbesar hidup Azwan itu? Ikutilah kisah ini untuk mengetahui jawapannya!