thebookwormmmm's Reading List
4 stories
SEBENARNYA DIA-DAH TERBIT UNDER HE DYNAMIC PUBLICATIONS  de aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Leituras 1,373
  • WpVote
    Votos 84
  • WpPart
    Capítulos 7
[SINOPSIS] Satu tragedi gelap menghantui hidup Nurin Imanina apabila dia lari dari cengkaman orang yang dia percayai. Tidak diduga, pertemuannya dengan seorang jejaka misteri membuka lembaran baru untuknya. "Saya akan jaga awak. Tak kira walau apa pun yang berlaku, awak tanggungjawab saya sekarang. - AKHTAR Nurin berasa disanjung dan dilindungi. Dalam hidup penuh noda derita, dia dihadirkan dengan seorang jejaka yang berjanji untuk kekal setia. Doa dia titip agar kegelapan yang dia tanggung selama ini, bisa bertukar jadi cahaya meskipun jejaka bernama Akhtar itu baru saja dia kenali. Namun tidak semudah yang disangka, semuanya mula berubah apabila satu misteri terbongkar tanpa dia sedari. Akhtar, sebenarnya jejaka pelik yang mula membuatkan Nurin rasa ragu-ragu. Tanpa disedari Akhtar, Nurin mencari sesuatu untuk melepaskan diri. Daripada terus dihantui misteri, lebih baik dia menyelamatkan diri. Namun tidak mudah juga untuk dia lari daripada jejaka itu. "Siapa awak sebenarnya, Akhtar? Kalau betul awak nak tolong saya, bagitahu apa niat awak yang sebenarnya?" - NURIN IMANINA Akhtar tidak mampu memberi jawapan. Rasa ragu-ragu Nurin pada ketulusan lelaki itu bertukar menjadi mimpi ngeri. Nurin ingin lari tapi Akhtar buat kakinya tidak mampu untuk pergi. "Nurin... awak ibarat mawar berduri. Mudah didekati tapi sukar untuk disentuh." AKHTAR Apakah maksud Akhtar di sebalik kata-katanya? Mampukah Nurin keluar dari genggaman Akhtar kali ini? Luka silam yang dia tanggung dulu, mampukah diubati Akhtar seperti yang dia angan dalam mimpi? #SebenarnyaDia Untuk urusan tem pa han, www.wasap.my/601116229207/SebenarnyaDia
DATO' LAITH QAISER : JEJAKA IDAMAN(EBOOK JUN 2023)  de aisyfifi
aisyfifi
  • WpView
    Leituras 1,137
  • WpVote
    Votos 145
  • WpPart
    Capítulos 12
Di sana dia di sini dia di mana-mana pun dia sampai naik pening si jejaka idaman malaya, Dato' Laith Qaiser. Pening tak pening peduli apa. Yang penting, yang dihajati pasti tertunai. Meski badai harus ditempuhi, dia sanggup redah. Itulah diri Daliya Clemira, gadis yang tidak mengenal erti lelah. "Dato' Laith my handsome boy... nak kiss..."- Daliya Clemira "Hotak kau, kiss! Berambus sekarang sebelum penumbuk aku ni singgah kat muka kau!"- Dato' Laith Qaiser "Auch, besarnya penumbuk my handsome boy ni! Rasa macam nak gigit gigit je penumbuk tu. I like..."- Daliya Clemira "Ah, aku tension la dengan minah tergedik macam kangkung ni. Baik kau blah sebelum aku..."- Dato' Laith Qaiser "Okey okey i blah. Garang betul dato' singa sorang ni. Tak boleh nak manja langsung nak melenting tak kira masa, huh! Dato' Laith Qaiser... nak peluk!"- Daliya Clemira Dato' Laith Qaiser angkat tangan mahu kasi pelempang satu kali dek naik hantu dengan si muka tembok setiausahanya itu. Berdesup Daliya larikan diri. Dasar degil! Lagi diusir lagi dia muncul. Namun, tiba-tiba Daliya menghilangkan jejak meninggalkan tanda tanya di hati sang jejaka. Hati kata meluat tetapi dalam diam Dato' Laith tercari-cari. Sehari tidak disakat si gadis, hati berdebar tak menentu. Adakah dia sudah tergoda dan terpanar dengan si gadis kangkungnya itu? Ah parah! "Dato' Laith Qaiser, sudikah you jadi husband i?"- Daliya Clemira Tersedak Dato' Laith dipinang Daliya Clemira bersama rombongannya. Hilang beberapa hari, tiba-tiba muncul dan melamar lelaki itu dengan mendadak, apa cerita?
SERI de eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Leituras 23,257
  • WpVote
    Votos 1,103
  • WpPart
    Capítulos 6
KISAHNYA bermula pada zaman dahulu kala, dimana ada seorang wanita cantik yang bernama Seri terperangkap di sebuah tempat tersembunyi akibat perbuatan orang yang mendendaminya. "Melur, tidakkah engkau suka pada Halim? Tapi aku dengar dia akan dinikahkan dengan Seri.'' Ujar si Melati. "Apa benar kata kau itu Melati? Sungguh biadap si Seri. Berani sungguh dia merampas Halim dari aku. lihat saja, aku tidak akan diam. tahulah aku cara untuk mengajarnya.'' Sumpah Melur. Melur, telah meminta bantuan moyangnya Mbok Mayang Sari untuk membuang Seri jauh dari penempatan mereka. Mbok Mayang Sari yang mahir dalam ilmu ghaib bersedia membantu cicit kesayangannya itu dengan mengurung Seri di sebuah tempat ghaib yang tersembunyi. "Mbok mahu membuangnya ke mana?'' "Ke tempat yang begitu bahaya. Di situ ada siluman ular besar. Dia tidak mungkin terselamat berada di tempat itu.'' Melur tersenyum sinis.. akhirnya, tiada siapa yang akan tahu dimana hilangnya SERI..
The Secret de sarangdungy13
sarangdungy13
  • WpView
    Leituras 44,173
  • WpVote
    Votos 4,490
  • WpPart
    Capítulos 76
Gerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan, Demi menagih keredaan Tuhan. Walau ditarik nikmat kuasa, Perjalanan derita mengaburi maya, Demi menyelamatkan Adiratna tercinta, Sang Arjuna rela berkorban nyawa. Begitu nirmala kasih Arjuna, Walau dihunus beribu senjata, Cinta mengatasi fatamorgana dunia, Tertumpahnya darah sang wira perkasa, Yang menjadi lantera menyinari buana. Bangunlah wahai sang Arjuna perkasa, Sungguh dirimu masih didambakan, Namun jika ini takdir yang Esa, Agar diangkat segala beban, Moga syahid di jalan Tuhan. ------------- Perjalanan kehidupan Khairani, Farhana & Ayeesha dalam merungkai segala rahsia di banglo kediaman mereka yang mempunyai 1001 misteri. Ketahui kisah selanjutnya-- Diadaptasi dari kisah benar yang diubahsuai + fiksyen. Kolaborasi bersama watak sebenar yang diubahsuai perwatakan.