zakil34's Reading List
11 stories
Mr. Low Profile by EDDY-Melodie
Mr. Low Profile
EDDY-Melodie
  • Reads 10,707
  • Votes 590
  • Parts 50
Highest Rating #1 in shortstory #1 in gaymelayu Miha- Ada pepatah mengatakan 'berkawan biar seribu, berkasih biar satu'. Aku pada mulanya tak pegang pun kata pepatah ni, tapi lepas apa dia buat kat aku.. Aku sedar siapa yang berada di samping aku di saat aku memerlukan. Kecewa dan patah hati aku alami pertama kali. Kehadiran dia menemani aku dan mendorong kebangkitan membuatkan aku jatuh hati padanya. Namun, adakah dia boleh menerima aku. Kawan biar seribu. Sanggup ke aku korbankan perasaan aku pada dia untuk jaga persahabatan ni? Reza- Pertama kali aku terlanggar dia, aku terpesona dengan penampilan dan personalitinya. Seorang yang cherish dan mempunyai senyuman yang manis. Tapi dia sudah dimiliki! Sama jantina juga. Memeranjatkan aku dan juga membarakan perasaan aku dalam masa yang sama. Aku rasa aku mampu bahagiakan dia dikala dia kesedihan. Masih ada peluang ke dia jadi milik aku?
PENAKLUKAN INDOCHINA ( 28 HARI | 5 NEGARA | 10 BANDAR ) by MuizGenji
PENAKLUKAN INDOCHINA ( 28 HARI | 5 NEGARA | 10 BANDAR )
MuizGenji
  • Reads 69
  • Votes 2
  • Parts 3
Dalam buku ini, Muiz Misri seorang travel blogger menceritakan tentang pengembaraan yang luar biasa ke 5 negara Cambodia, Vietnam, Laos, Thailand dan Malaysia atau dikenali sebagai Indochina secara solo. Berbekalkan sekeping kertas rujukan dan maklumat orang tempatan telah membawa beliau menerokai ke tempat-tempat yang menarik. Pelbagai cabaran dan dugaaan dihadapi oleh beliau sepanjang pengembaraan ini seperti menaiki bas ekspres haram dan perkara yang sukar dijangka . Beliau juga berada dalam situasi hampir dengan pengedar dadah yang ditangkap di dalam kereta api . Tetapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah ditemui di Indochina. Semoga kisah beliau menjadi teladan dan inspirasi kepada mereka yang ingin mengembara ke Indochina suatu hari nanti. Akan Di Kemaskini Setiap Isnin Dan Jumaat
I'M A BACKPACKER: KOREA 🇰🇷 by Soohwa_J
I'M A BACKPACKER: KOREA 🇰🇷
Soohwa_J
  • Reads 1,162
  • Votes 21
  • Parts 6
Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? _________________________________________ Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? _________________________________________ Dimana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan baget yang sangat ekonomi? _________________________________________ Buku ini akan bantu anda. _________________________________________ Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. _________________________________________ Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak pernah dipapar di kaca TV. _________________________________________ Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti. P/S:Bukan daripada otak saya.Just maybe ada yang saya tambah atau kurangkan atau ubahsuai skit. Penerbit: HALIAN AZURIN Harga: RM23.00(Sem. Malaysia) RM26:00(Sabah/Sarawak)
QUOTES BUAT DIRI by NurHannahHuzaimy
QUOTES BUAT DIRI
NurHannahHuzaimy
  • Reads 150,450
  • Votes 8,526
  • Parts 66
Buat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaja. Dan, Buat aku dan kau yang memerlukan secebis kata-kata untuk terus berjuang. Biar singkat asal sampai ke lubuk hati. InshaAllah :)
ibu  by IzzatyAzlani
ibu
IzzatyAzlani
  • Reads 10,635
  • Votes 64
  • Parts 10
prilog. aku terpana, saat doktor membawa mayat yang terbujur kaku tidak sedar kan diri mayat yang dibawa keluar sudahpun dibungkus dengan begitu kemas, aku tertanya apakah ini ujian atau dugaan besar bagi aku?. Aku keliru sumpah aku keliru saat mayat tak bernafas itu lagi diusung ke bilik kuanrintin aku bagaikan rasa dunia ini sudah kiamat "Allah apa makna semua ini? " aku tanya pada hati aku bagaikan rasa diri aku juga sudah tak seimbang tapi demi ayah dan adik beradik aku, aku kuatkan diri dengan istighfar. Saat doktor membuka tali ikatan yang membaluti tubuh kaku itu aku bagaikan tidak percaya yang terbaring, yang terkaku, yang tidak bernafas itu adalah seorang wanita yang sungguh aku sayang dialah permaisuri yang bertakhta di hati aku, dia lah juga ibu aku isteri kepada ayah aku tulang rusuk seorang lelaki yang bernama ayah dialah "IBU" arwah ibu pergi meninggalkan seribu satu tanda soal pada kami sekeluarga, pada orang lain juga. Aku cuba mempertikai kan yang ibu masih ada tapi jika sudah tak bernyawa jika sudah ajal apakan daya aku harus redha jua.
Hijrah by hanisalysa
Hijrah
hanisalysa
  • Reads 74,135
  • Votes 4,661
  • Parts 23
Highest ranking: #1 in hijrah (20 Ogos 2019) #1 in ukhuwah #1 in halal #1 in islamicfiction #1 in spiritual #3 in islamik (5 September 2019) EDISI KEMASKINI 2018 (Ada penambahan bab dan perubahan plot cerita.) Completed 2015 Edited version 2018 Humaira cintakan Aizad Hakim, tetapi dia lebih memilih cintanya kepada Ilahi. Humaira menjauhkan dirinya daripada Aizad Hakim dan memutuskan untuk menamatkan kisah cinta mereka. Penghijrahan Humaira telah membawa Humaira mengenali seorang Adam Khairul yang merupakan sahabat baik Aizad Hakim. Humaira menyangka dengan sering mencetuskan kemarahan lelaki itu, dia bisa menolak rasa cinta yang mula berputik. Namun sangkaannya meleset apabila ibu kepada Adam Khairul ingin menjadikan Humaira sebagai menantu. Hijrah bukan suatu perkara mudah. Namun manisnya hijrah itu dapat dirasai apabila hati bergantung sepenuhnya kepada Ilahi. Datanglah seberat mana ujian, diri pasti bisa lalui tanpa lelah dengan nama Lillah. Satu demi satu ujian yang menimpa Humaira demi mengejar Mardhatillah. Hijrahnya menguji cinta, persahabatan serta iman. Antara Aizad Hakim dan Adam Khairul, siapakah pilihan Humaira untuk menjadi pelengkap separuh keimanan dalam hidupnya?
A Dakwah From Budak Spec by sakurashine7
A Dakwah From Budak Spec
sakurashine7
  • Reads 211,670
  • Votes 16,706
  • Parts 102
Untuk yang Islam, aku tak paksa kau baca. Sebab aku bukan Tuhan nak ubah hati kau. Aku hanya mampu bagi kau SENTAPAN agar kau sedar kau hanya HAMBA dan bukan TUHAN. Untuk non muslim, aku pun tak paksa kau baca. Dan kalau kau baca jugak, alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat. Semoga dakwah dan tarbiyah ni sentiasa di rahmati Allah SWT. InsyaAllah. -BudakSpec-
Pahlawan Silam [Tamat] by PutraLegacy
Pahlawan Silam [Tamat]
PutraLegacy
  • Reads 96,136
  • Votes 4,513
  • Parts 69
Cover by:SashaChubby @myteddybeargomok. Kisah dendam kesumat yang berusia ratusan tahun dan ketamakan manusia mengejar ilmu duniawi. Pertembungan kuasa yang ampuh mencetuskan gelombang masa.Memerangkap dan mengirimkan dua jagoan ke masa hadapan. Bagaimanakah pengakhiran sengketa mereka?.... Baca sendiri untuk ketahui kesudahannya...hehehe. Salah dan silap mohon dimaafi. Wassalam.
[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar) by IzzKhr
[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)
IzzKhr
  • Reads 48,817
  • Votes 4,151
  • Parts 60
Kisah benar tentang perjalanan hijrah seorang pelajar sekolah agama. Di saat dia sedang bertatih dalam penghijrahannya, satu persatu ujian datang menimpa. Namun, hatinya perlu kuat dalam menempuh segala dugaan. Demi mencari redha Yang Maha Esa. - P/s: Cerita ini merupakan cerita santai yang diambil berdasarkan kisah benar hidup seorang wanita. Namun ada penambahan perencah untuk menyedapkan cerita dan sudah tentulah kesemua nama watak dalam cerita ini diubah. Jemput baca sambungan cerita ni dalam Perjalanan Hijrah 2 🤗
Jodoh In Disguise by syaznixon
Jodoh In Disguise
syaznixon
  • Reads 76,701
  • Votes 5,212
  • Parts 30
Jodoh In Disguise, seseorang yang tidak menyenangkan pada awalnya tetapi dialah jodoh pada akhirnya. Luna, gadis yang kaku dan serius sepanjang masa. Tapi semua itu hanya pada luaran saja. Dia terpaksa mengekalkan imej itu kerana sebab yang dia sendiri malu hendak akui. Pertemuan pertamanya dengan Adi ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa melahirkan rasa jengkel antara satu sama lain. Adi tidak teragak-agak untuk menunjukkan kejengkelannya tetapi Luna menutupi perasaan itu dengan wajah tanpa sebarang emosi. Berbeza ketika bersama Adi, Luna sentiasa tersenyum lebar dengan Evan di sampingnya. Cemburu? Ya, memang Adi cemburu melihatkan keadaan itu tetapi, hatinya sudah terpaut dengan gadis yang menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng muka ketika janji temu pertama mereka. Seorang pendiam dan serius, seorang lagi cemerkap dan sering tergagap-gagap. Tapi, kedua-duanya berjaya menambat hati Si Jejaka. Takkanlah hatinya ingin memiliki dua orang gadis pada masa yang sama? Yang mana agaknya jodoh Adi akhirnya?