f a v 🌱
2 stories
Sir, I Heart You by CikMardiah
Sir, I Heart You
CikMardiah
  • Reads 87,899
  • Votes 4,522
  • Parts 21
Dinginnya MUHAMMAD DAFFA kepada AININ NADA bermula bila si NADA membaca surat cinta di zaman monyetnya tanpa izin. Sudah lah baca surat cinta orang, NADA boleh pula mengejek dia! "Eei, geli tau Nada baca surat cinta abang ni. Baru tingkatan satu, dah galak!" - NADA. "Aku tahu kenapa kau nak sangat bagitahu mak aku yang aku dah ada buah hati. Kau suka aku, kan?" - DAFFA. Menginjak dewasa, seketul NADA dikenali orang kampung kerana parasnya yang cantik dan pandai dalam bidang agama sehingga melayakkan dia ke Mesir. Seketul DAFFA pula, terkenal dengan kehebatannya melukis. Tangan DAFFA umpama magik bila menyentuh kanvas putih. Kerana minat yang mendalam dalam dunia seni, DAFFA ke Melbourne untuk menyambung pelajarannya di sana. Masing-masing punya cita-cita. Tetapi... Mereka harus bertunang sebelum masing-masing ke luar negara. Kesnya? Kerana ibu masing-masing dah sepakat. "Kau setuju untuk bertunang dengan aku, sebab kau suka aku kan, Nada?" - DAFFA. "Nada ikut kata umi. Kalau umi cakap itu baik untuk Nada, Nada terima aje." - NADA. Akhirnya mereka ditunangkan tanpa rela. NADA setuju kerana uminya, PUAN KARISMA. DAFFA setuju kerana dia mahu ke Melbourne. Kalau dia tak setuju, jangan harap lah PUAN AISHAH izinkan dia jejak kaki ke sana! Urgh! Lima tahun kemudian, mereka bertemu kembali dengan status 'tunang'. Tapi DAFFA tetap beku macam dulu. Dan yang membuatkan NADA rasa nak pengsan bila DAFFA yang asyik dingin dengannya ajak kahwin! "Abang Daffa tetap nak kahwin dengan Nada?" - NADA. "Ye lah. Dah tu aku nak kahwin dengan siapa pulak? Kau tunang aku, kan?" - DAFFA. Mampu kah NADA bahagia dengan si DAFFA yang terang-terang asyik tunjuk dingin padanya? Oh, NADA tak mahu memperjudikan masa depannya sendiri!
Sawaddeekha, Captain! | Terbit by CikMardiah
Sawaddeekha, Captain! | Terbit
CikMardiah
  • Reads 123,621
  • Votes 12,394
  • Parts 25
MAYSARA MALEK. Gadis yang gemar menjalani hari-hari sebagai seorang tukang cuci di KLIA. Biar lah apa pun orang nak kata dan apa pandangan manusia kepadanya, Maysara langsung tak kisah. Namun, disebalik wajah polos itu, Maysara sembunyi identiti diri yang sebenarnya. BENJAMIN ABDULLAH. Kapten juruterbang yang hidupnya cuma dengan Puan Maria, ibu kesayangannya. Apa yang berlaku dua puluh lima tahun lalu, dilupus terus dari ingatan. Kerana peristiwa itu, Benjamin menjadi seorang yang beku dan pendendam. PLOY PRASERT. Kedatangan dia ke Malaysia dengan misi. Misi mencari kembali emak dan abangnya yang terpisah dua puluh lima tahun dulu. Takdir menemukan dia dengan Maysara, gadis yang dia rasakan comel dan periang. Pertama kali Maysara bertemu Benjamin, awal-awal lagi Maysara dah pangkah juruterbang kacak tu sebagai calon suami. Hanya kerana lelaki itu tertolak dia ke dinding dan tidak meminta maaf! Harap muka aje kacak, tapi tak beradab. Entah kenapa selepas insiden itu, kerap pulak Maysara terserempak dengan kapten juruterbang kacak itu. Nak kata Benjamin hero disaat Maysara dalam kesusahan pun iya jugak! Di mana ada Maysara, di situ ada Benjamin. Kononnya lah. "Kenapa awak setuju... untuk kahwin dengan saya?" - MAYSARA. "Sebab I rasa I nak setuju. Jadi, I setuju lah." - BENJAMIN. Hidup satu bumbung dengan Benjamin tak ada lah teruk yang Maysara bayangkan walaupun awalnya dia begitu membangkang. Benjamin yang kaki mengusik dan mula naik bulu buat Maysara rasa sesak nafas! "Memang awak suami saya tapi saya tetap tak boleh nak diamkan hal ni, Ben. Ini melibatkan keluarga. Takkan selama-lamanya awak nak biarkan Ploy hidup dalam penyesalan?" - MAYSARA. "I tak peduli. Yang I peduli sekarang ni, I tak nak dia muncul lagi depan I dengan mae." - BENJAMIN. Sampai hati Benjamin! Maysara meluah kecewa, Benjamin langsung tidak diendahkannya. Entah bagaimana cara lagi mahu turunkan ego si suami kerana peristiwa lampau. "Phom rak khun yang sud haw cai," - BENJAMIN.