AziahIsmail7's Reading List
16 stories
Takdir Dua Empayar [Complete] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 101,450
  • WpVote
    Votes 5,438
  • WpPart
    Parts 53
[book 1] "Perkahwinan mereka bukan bermula dengan cinta... tetapi takdir dua empayar." Di sebalik nama besar, kekayaan, dan dunia elit yang penuh aturan, Tengku Ameer Rayqal dan Ellara Arissa dipertemukan demi menyatukan dua empayar paling berpengaruh di Malaysia. Satu perkahwinan yang pada awalnya hanya dianggap strategi keluarga. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik protokol, media, dan tekanan dunia korporat lahir satu perasaan yang perlahan-lahan mengubah segalanya. Saat cinta mula hadir selepas akad, mereka terpaksa belajar bahawa menjadi suami isteri bukan sekadar berkongsi nama tetapi berkongsi luka, rahsia, dan hati. Dalam dunia yang sentiasa memerhati, mampukah dua hati benar-benar bertahan apabila takdir, keluarga, dan empayar terlalu besar untuk dilawan? Takdir Dua Empayar kisah cinta selepas perkahwinan antara dua waris yang terperangkap di antara tanggungjawab dan perasaan. 🌻 Karya Agung ByHas🌻
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 261,098
  • WpVote
    Votes 16,739
  • WpPart
    Parts 70
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 415,454
  • WpVote
    Votes 31,174
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance - stand alone] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Dendam Dalam Cinta [REVAMPED] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 762,402
  • WpVote
    Votes 22,843
  • WpPart
    Parts 85
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
Personal Assistant by lavenderpersona
lavenderpersona
  • WpView
    Reads 269,032
  • WpVote
    Votes 6,551
  • WpPart
    Parts 50
Hairi Hussein seorang CEO yg sgt tegas dgn pekerjanya. Munculnya Aaira Medina yg menjadi PA barunya mengubah perangainya yg tak tentu pasal itu. pertemuan mereka berlaku sewaktu Aaira ingin pergi ke interview kerjanya tetapi dia lmbt kerana hairi yg melanggarnya. dan disebabkn hairi dia gagal mendapat kerja tersebut. Bukan itu sahja disebakn Aaira juga Hairi telah kehilangan clientnya kerana hadir lambat ke meeting bersama clientnya. Dhia pula kwn aaira yg sedng mencari PA buat bossnya. kebetulan pula Aaira mencari kerja.dan bekerja di tempat kawannya lalu berjumpa dgn hairi. "Did you put sugar in my coffee?" -Hairi "Haah saya ada letak tadi." -Aaira "I don't like sugar." -Hairi "Habistu kalau saya tak letak gula pahit lah nanti." -Aaira "Put creamer instead.I will let it slide because this is your first. day.Next time don't do the same mistake." -Hairi "Awak orang pertama yang berani menjawab." -Hairi Kemudian,munculnya Hafiy iaitu ex boyfriend kepada Aaira semasa dia belajar di universiti dahulu. Tanpa disangka Hafiy pula ialah adik kandung kepada Hairi Hafiy ialah seorang yang suka berfoya foya dan melakukan perkata sesuka hati. "Dalam hati kau ada someone special?" -Hafiy "Apa yang kau nak sebenarnya ni,Hafiy?"-Aaira. "Aku nak hati kau.Aku takkan benarkan sesiapa pun masuk dalam hati kau selain aku." - Hafiy. Adakah ini cinta tiga segi? Siapakah yang patut Aaira pilih? Abang atau adik? Hairi atau Hafiy? Jika ingin tahu kisah cinta mereka jangan lupa baca cerita ni! Walaupun sinopsis tak best tapi author yakin korang akan fall in love lps krng baca cerita ni😉 Start: 20 October 2019
Find The Heart Again by mieserene
mieserene
  • WpView
    Reads 752,125
  • WpVote
    Votes 21,068
  • WpPart
    Parts 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
A PERFECTLY WRONG PLAN [C] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 32,754
  • WpVote
    Votes 2,290
  • WpPart
    Parts 30
Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,676,334
  • WpVote
    Votes 259,650
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 365,683
  • WpVote
    Votes 13,929
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?