ShynulJr's Reading List
5 stories
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 539,440
  • WpVote
    Votes 3,320
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,789,863
  • WpVote
    Votes 206,437
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Cinta Hati Mr. Annoying by therozez
therozez
  • WpView
    Reads 331,301
  • WpVote
    Votes 23,190
  • WpPart
    Parts 62
'Aku seperti sudah jatuh ditimpa tangga harini. Sekelip mata semuanya hilang.' Bila kehilangan terjadi, kita harus percaya bahawa itu adalah kerana takdir yang mengkehendaki. Saat kehilangan sebenarnya kita sedang dipersiapkan untuk mendapatkan hal yang baru. *** Ammar Danial Lelaki yang hadir untuk Aafira Khalisya di saat dia kehilangan segala-gala dalam hidupnya. Meskipun pada mulanya sikap lelaki itu seringkali menyakitkan hati tetapi baginya ketenteraman hanya dapat dirasa saat jejaka itu ada di sisi. "Kau tak boleh hanya harapkan aku." - Ammar Danial "Tapi saya cuma rasa selamat bila awak ada." - Aafira Khalisya *** Lebih lebih lagi apabila diri Aafira Khalisya mula tersemat dalam dendam seseorang, semakin sukar bagi Ammar Danial untuk berjauhan dengannya. "Aku nak kau halal untuk aku. Baru senang aku protect kau." - Ammar Danial "Janji yang awak tak akan pergi?" - Aafira Khalisya *** Apakah sebenarnya hati Ammar Danial sudah terpaut pada Aafira Khalisya?
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,224,008
  • WpVote
    Votes 561,088
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017