𝕷𝖔𝖘𝖊 𝖚𝖗𝖘𝖊𝖑𝖋 𝖎𝖓 𝖆 𝖇𝖔𝖔𝖐, 𝖚 𝖒𝖎𝖌𝖍𝖙 𝖋𝖎𝖓𝖉 𝖚𝖗𝖘𝖊𝖑𝖋 𝖙𝖍𝖊𝖗𝖊 𝖙𝖔𝖔🤍
16 stories
AISARA: KETIKA WAKTU BERBICARA (E-BOOK)  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 25,042
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 17
"Bukan dia dah mati ke?" - Nur Inara Di saat Inara masih dalam proses menyembuhkan hatinya dengan pemergian Aisar Mumtaz, takdir berkata lain tatkala pemuda itu tiba-tiba muncul. Sesuatu yang paling mengejutkan tatkala Aisar muncul di hari pernikahannya dan Zulfan! Malahan, sekelip mata saja status dua sahabat itu berubah menjadi pasangan suami isteri. Zulfan undur diri. Aisar pula mara ke hadapan. Membibitkan beribu persoalan di benak fikiran Inara. Manakan tidak, semuanya berlaku dalam masa yang begitu singkat! Mahu membuat keputusan saja Inara kesuntukan waktu. Namun, itulah realitinya. "Kenapalah aku boleh terkahwin..."- Nur Inara "Mudah! Sebab... kita berdua saling mencintai. Bila dua hati saling bersatu, maka ikatan cinta pun boleh terbina."- Aisar Mumtaz Itu jawapan Aisar setiap kali Inara mempersoalkan takdir buat mereka. Bila Inara menidakkan perasaannya, Aisar pula menyedarkan. Maka, bermulalah kehidupan baharu di antara AISARA. Bukan lagi hubungan persahabatan melainkan ikatan suami isteri. Hari demi hari, Inara belajar menerima takdir yang tertulis buatnya. Hingga akhirnya, baik Aisar mahupun Inara, keduanya bahagia tatkala melayari bahtera perkahwinan. Namun, siapa sangka di sebalik kematian palsu Aisar, ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu. Bukan mudah untuk Aisar menjelaskan hal yang sebenar kepada Inara. Ada nyawa yang menjadi cagaran di sebalik kematian palsunya! Bahkan, menjadi pengawal peribadi Datuk Sri Lee seakan-akan menjadi 'sumpahan' buat Aisar. "Pilihan ada di tangan kau. Sama ada bersekutu dengan aku atau kau akan terima jenazah isteri kau depan pintu rumah." Tatkala musuh menjadi perantaraan di antara AISARA, Aisar turut mengeluarkan taringnya. Sudah masanya dia kembali beraksi demi melindungi pengarang jantungnya! Akankah kisah AISARA berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh dua insan yang saling mencintai?
AISARA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 209,456
  • WpVote
    Votes 13,857
  • WpPart
    Parts 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
AKSARA PUJANGGA by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 1,994
  • WpVote
    Votes 168
  • WpPart
    Parts 12
Bait-bait kata diciptakan melalui sang hati yang berbicara melalui akal. Sang pujangga melakarkan emosinya melalui aksara demi aksara maka terciptalah bait-bait aksara yang saling berbicara.
ANGEL_K20 MOTIVATIONAL TALK by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 12,379
  • WpVote
    Votes 2,463
  • WpPart
    Parts 33
TIADA DESKRIPSI. Hanya tarian pena Angel_k20 yang menari di atas kertas maya. Selamat datang, gais! Perhatian: Segala tulisan di dalam buku ini adalah olahan ayat saya sendiri tanpa copy paste daripada mana-mana sumber. Terima kasih. Cover: Angel_k20
EXCLUSIVELY MINE | EBOOK PERCUMA ✓ |complete| by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 28,193
  • WpVote
    Votes 1,161
  • WpPart
    Parts 9
DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. DITUTUP. TIDAK LAGI DIBUKA!! Ebook percuma untuk semua 🌷 Sebuah kisah Aiza Insyirah x Harriz Shah. Karya dimuatnaik dalam bentuk ebook (PDF) dan boleh dibaca secara PERCUMA. Tiada bayaran dikenakan. FAQs ✒️ : > Ada lagi ke ebook ini? ✓ ADA. Sentiasa ada. Selagi tak diumum TUTUP, selagi itu masih available. > Macam mana nak baca ebook ini? ✓ Boleh gunakan phone, tablet, laptop, PC dan apa jua jenis gadget/device > Macam mana nak dapatkan ebook? ✓ Hanya perlu klik link. Link boleh ditemui dalam buku (part ke-6) > Macam mana ebook dihantar? ✓ Emel. Ada masalah untuk guna emel? Boleh pm saya. > Selamat ke? ✓ Selamat! Tak ada virus, tak ada iklan. > Ebook tak boleh buka. Ada password? ✓ YA. Ada password. Password hanya boleh didapati dalam emel sahaja. Sila baca emel dengan teliti. > Kenapa ebook tak boleh nak download? ✓ Di bahagian awal emel, akan ada keluar safety warning. Klik sahaja "LOOKS SAFE". Sebab fail saya adalah safe. Tiada virus. Dijamin. > Saya dah isi, tapi tak terima ebook pun? ✓ Boleh check di bahagian SPAM. Kalau tak ada, boleh klik link semula atau PM saya personal. > Lepas klik link, terus dapat ebook ke? ✓ Bukan secara serta-merta. Tapi, dalam tempoh 24 jam. InsyaAllah, sampai. Baca di dalam untuk membaca sinopsis, bab awal, teaser dan cara mendapatkan ebook ini. ☑️ Tiada tarikh tutup ☑️ Always available 🌹 Dah baca jangan lupa tinggal review 🌹 Terima kasih ♥️
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 161,799
  • WpVote
    Votes 10,856
  • WpPart
    Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
Syurga Buat Ayshah  by hernazulaikaa
hernazulaikaa
  • WpView
    Reads 356,625
  • WpVote
    Votes 15,426
  • WpPart
    Parts 78
Karya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari keluarga yang senang, dia tetap berdiri teguh seperti orang biasa. Dari dulu hingga sekarang, dia masih hidup dibawah telunjuk papanya, Datuk Tarmizi. Hidupnya dikongkong, apa yang dia buat pasti tidak kena pada mata papanya. Dia berusaha untuk tidak membenci papanya, namun itulah hakikatnya kebencian dia terhadap Datuk Tarmizi semakin membuak-buak. Keputusan untuk dia menikahi seorang lelaki berhati keras itu membuatkan hati Datuk Tarmizi panas menggunung. Sumpah demi apa pun Datuk Tarmizi tidak akan merestui perkawinan anaknya bersama lelaki yang tidak pernah dianggap menantu. Ayshah bertahan untuk dihina, dicaci, dimaki oleh papanya hanya untuk berusaha menunjuk bahawa cinta dia pada Zahir Eiyaz sekuat api yang marak. Tiada siapa yang boleh menghalang hubungan dia bersama Zahir meskipun Datuk Tarmizi cuba-cuba untuk menjodohkan dia bersama Aydeen Fahmi. "Saya nak kita bahagia semula. Tolong Zahir, bagi saya peluang. Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak lagi, saya merayu jangan tinggalkan saya." - Nur Ayshah "Papa kau cakap, yang kau akan kahwin dengan Aydeen. Jadi kau kembali lah pada dia, kalau kau nak aku lepaskan kau hari ni, jom kita pergi hospital. Aku lepaskan kau depan papa kau." - Zahir Eiyaz Start : 27 june 2019 End :18 july 2021 DILARANG COPY PASTE !
HEY, YOU MR. VET! by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 39,575
  • WpVote
    Votes 5,320
  • WpPart
    Parts 26
Pertemuan mereka bukanlah indah seperti dalam drama tetapi bukanlah tidak manis seperti dalam cerita dongeng. Adwan Haffaz dan Kaysa Bussaina, kedua-dua manusia itu dipertemukan atas dasar tugas sulit bertanda '00-X'. Dalam meniti tugasan yang penuh mencabar, kedua-duanya saling memerlukan walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak memerlukan. Kedengaran pelik bukan? Ya, aneh apabila si doktor veterinar Dr. Adwan Haffaz dan si pembantu peribadi Toh Puan Zainab itu sebenarnya tidak 'mesra alam' sesama mereka. "Aku sayang kucing tapi aku tak suka kau." - Dr. Adwan Haffaz. "Aku benci kucing tapi kau aku suka." - Kaysa Bussaina. Apalah yang menarik sangat pada Adwan si doktor veterinar itu sampaikan Kaysa sanggup berusaha menyayangi Sayang? Tetapi... apakah yang membuatkan Adwan sangat membenci Kaysa sehinggakan dia sanggup menjahamkan Kacak? [SIRI KETIGA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 19 September 2020 Tarikh akhir: Cover: @Nurhy_dayah PENGUMUMAN PENTING: 2025- DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA CERITA INI TIDAK LAGI AKAN DISAMBUNG. SAYA PERLU ROMBAK SEMULA KESELURUHAN CERITA INI SUPAYA MENGIKUTI TIMELINE DAN KESINAMBUNGAN NOVEL INFERNO BODYGUARD & BLAZE BODYGUARD. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN. TERIMA KASIH KERANA MASIH SETIA MENUNGGU CERITA INI. 🥺♥️ 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 19/09/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 163,469
  • WpVote
    Votes 5,311
  • WpPart
    Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer