lia2raiya's Reading List
4 stories
𝐈𝐭'𝐬 �𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬 by nrlysy
nrlysy
  • WpView
    Reads 303,661
  • WpVote
    Votes 17,000
  • WpPart
    Parts 79
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yang unik. Siapa sahaja yang melihat mata indahnya pasti akan terpesona. Tanpa disengajakan dia bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Adeel Zafrel di sebuah supermarket. Adeel Zafrel ialah CEO yang terkenal dan diminati ramai oleh kaum hawa.Dia juga mempunyai sikap dingin dan aura yang tersendiri. Disebabkan pertemuan di mini market Adeel Zafrel telah jatuh cinta kepada Adellea Zayra dan mulalah menjalankan misi untuk memikat gadis tersebut "Once you get my heart, you'll be mine."-Adeel Zafreel Adakah dia berjaya untuk memikat hati gadis tersebut? Dapatkah mereka mencapai kebahagiaan dan menyemai rasa cinta?... Dilarang menciplak idea mana-manapun bahagian terbitan ini‼️ ⚠️ mengandungi bahasa kesat ⚠️pembaca yang matang Start : 2/9/2023 Complete:
PELAKON BUAT ENCIK TLDM  by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 16,110
  • WpVote
    Votes 523
  • WpPart
    Parts 42
Syarif Ghadi Nidal, seorang yang tinggi ilmu agama Dan merupakan seorang anggota TLDM terjumpa dengan Uhda Lujaina seorang pelakon terkenal. " Sampai mati pun saya tak akan terima awak "- Syarif. " Kata Ustaz, Kenapa cakap macam menidakkan takdir? " - Uhda. Jauh di dalam hati, Sharif Sudah menyukai Uhda namun egonya yang tidak mahu berterus terang membuatkan Uhda berusaha menawan hatinya. Oh ya, ASYTAR WILDAN kesayangan semua akan ada dekat dalam ni ♥️
𝐇𝐁: 𝐀𝐝𝐲𝐞𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐨𝐮𝐢𝐬𝐞 © by deexyyssaraa
deexyyssaraa
  • WpView
    Reads 326,960
  • WpVote
    Votes 9,268
  • WpPart
    Parts 75
Terpisah dengan ayah dan adik-beradik diusia 3 tahun membuatkan HAZEL MADEENA NATASHA lupa akan wajah mereka. Dengan keadaan dia berpenyakit, segala memori yang tercipta.. semuanya bagai hilang dari fikirannya. Pertemuannya bersama lelaki asing bertubuh tegap di sebuah jalan yang kosong membuatkan hatinya berdebar kencang. Hari demi hari berlalu sejak pertemuannya membuatkan mereka semakin rapat apabila Dee diganggu musuh-musuh lelaki itu. ADYEN DANIEL LOUISE. Jejaka kacak bertubuh tegap yang ditemui Dee. Dalam diam, ternyata mereka sudah berkenalan lebih lama, hanya saja.. penyakit Dee menghilangkan memori yang tercipta. Siapa sangka, selama ini orang yang dengki padanya ialah orang dekatnya sendiri. Kawan yang membesar bersamanya ialah orang yang menikam jantungnya. Dia dicemburui tanpa alasan sedangkan hidup sahabatnya sempurna lebih darinya. Sebaik saja berkahwin dengan Adyen, siapa sangka dia disatukan semula dengan adik beradiknya. Berbagai kejadian berlaku namun Dee tetap utuh dan Adyen tetap setia bersama Dee tanpa sedikit pun rungutan. "Kalau Hazel mati nanti.. abang cari perempuan lain tak?" - Dee "No one can replace you my girl." - Adyen Apa pun yang dilakukan demi isteri tersayang. Walaupun dia harus mengorbankan nyawa demi isterinya, dia sanggup. Segala jantung dan hatinya sudah diserahkan pada Dee. Bagi Adyen, hanya maut yang dapat memisahkan mereka. Selesai satu masalah, muncul lagi berbagai masalah. Dee bingung, siapakah dalang disebalik semua masalah ini? "Touch her and my bullets go through your head." #5 in sayang [13082022] #10 in kahwin [08092022] #4 in thriller [22042023] #5 in thriller [01052023] #5 in action-romance [18082023] #1 in darkromance [28092023] START: 120622 END: 020922 ⚠️ No plagiarism. 100% by my idea. ⚠️ 18+ such a harsh words, abuse, torture, kill, rap3 and etc. Genre: Action + Romance + Comedy
Mr Hot Daddy( New VERSION) by mum_linz
mum_linz
  • WpView
    Reads 663,824
  • WpVote
    Votes 4,333
  • WpPart
    Parts 7
Hidup Ilham Wazir hanya berkisar tentang anak, umi dan babahnya. Cukuplah keluarga kecil mereka bahagia. Baginya, keluarga kecil itu sudah lengkap walaupun dia tiada peneman hidup. Suri hidup bukanlah satu keperluan. Salam dan layanan mesra dari rakan sekerja hanya dibalas dingin. Dia sudah tak berminat untuk berkahwin lagi. Namun dengan kehadiran seorang 'cleaner' dalam hidupnya secara tiba-tiba telah membuatkan hidupnya yang tenang menjadi haru biru dan berubah 360°. "Hisyy.. orang tua miang. Gatal!" Amanda Aisyah. Lepas laku Ilham dicop 'gatal' oleh Amanda. "Muka segak tapi merenyam." Amanda Aisyah. Tak habis gatal, merenyam pula dituduhnya Ilham. Merenyam Ilham akhirnya membuatkan mereka terikat. Bagi Ilham dia tak salah bila mahu menggatal dengan Amanda kerana mereka sudah halal. Isteri adalah untuk disayangi dan dibelai. Hadirnya Harlina, cinta pertama Ilham menggoncang rumahtangga yang baru sahaja dibina. Hati Ilham diduga dan Amanda pula terpaksa menjeruk rasa. "I nak you, Am." Harlina. Luahan Harlina buatkan hati Amanda berkecai. Sesungguhnya rumahtangga itu ibarat kapal yang sedang belayar menuju ke pelabuhan. Sebesar manapun ombak yang menghalang dan sekencang apapun badai yang menerjang jangan sampai kapal karam di tengah lautan.