@aishzy
4 stories
The Strong Heart by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 46,719
  • WpVote
    Votes 4,412
  • WpPart
    Parts 18
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rata-ratanya daripada orang kampung. Mereka tak lalui apa yang keluarganya lalui sebelum ini. "Kenapa kau biarkan pak cik tu hina kau!" Hadirnya dia ibarat cahaya baru yang bakal menyinari hidup Hannah. Ketampanannya, sikapnya yang tak ubah seperti lelaki prihatin dan bertanggungjawab membuatkan jantung Hannah sentiasa berdegup kencang. Namun disebabkan Hannah lebih mementingkan adiknya, Muhammad Aryan, dia terpaksa mengabaikan perasaan yang telah berputik itu. Fokusnya cuma kepada Aryan sahaja. Dia ingin menjauhkan adiknya daripada Airin Nasuha iaitu adik kepada Luth Naufal. Bukan niatnya ingin menyekat kebebasan Aryan tetapi dia tak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Aryan berhak bahagia. "I'm sorry, kakak. Iyan terpaksa buat semua ni. Kakak terlalu mengongkong Iyan. Kakak buat Iyan tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Sorry but I'm done. Totally done." "Hannah, ini semua salah adik kau!" "Tak apa, Ana. Aku redha dengan ketentuan ni. Mungkin aku tak layak untuk dia." Hannah buntu. Satu demi satu masalah menjadi bebanan di bahu. Tangisannya seolah tiada penghujung. Dia terlalu kusut menerima kata hinaan dan kutukan yang bertubi-tubi. "Tolonglah balik... Mama rindu kau..." "Hannah, aku nak minta maaf." Keadaan Hannah seakan mayat hidup. Walaupun masih mengalir rasa benci terhadap perbuatan Hannah, Naufal masih punya rasa simpati. Ego perlu direndahkan untuk mencapai matlamatnya. Naufal tak boleh menafikan bahawa... Hatinya sakit melihat keadaan Hannah sebegitu. "Kita kahwin. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku." ••• cover & banner by @stargazell @nazblqs @azleyanaaa @nurflwr
Hanya Rindu ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 68,701
  • WpVote
    Votes 6,289
  • WpPart
    Parts 17
Qaayed - melambangkan seorang pemimpin. Amna - Memberi ketenangan Ini kisah mereka, Amna dan Qaayed. Persahabatan yang tidak dijangka kukuhnya ia. -------- "Kau marah aku lagi ke?" "Kau expect apa?" Ditinggalkan terkapai-kapai tanpa sahabatnya di sisi, dibiarkan bertahun-tahun tanpa sebarang komunikasi. Hanya kenangan yang menjadi titik melepaskan rindu pada dia yang tidak punya hati. "Aku minta maaf, ada sebab aku pergi tinggalkan kau, Amna." Atas sebab apa dia perlakukannya begini? Setelah bertahun-tahun ditinggalkan, lelaki itu kembali hadir dengan pohonan tersebut? Minta maaf? Bukan semudah ABC untuk Amna memaafkan. "Menutup aurat ni wajib, Amna. Saat Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita." Akhirnya hubungan persahabatan kembali pulih seperti sedia kala. Orang yang tidak mengenali mereka pasti sudah memandang Amna dan Qaayed ibarat pasangan kekasih. Rapat lain macam! Qaayed, dia telah banyak memberi ilmu dan nasihat serta teguran yang mendatangkan faedah kepada Amna. Nasihat-nasihat yang Amna akan ingat sampai bila-bila. "Happy birthday in advance, Amna!" Dan kau tipu, Qaayed. Kau tipu... Kau tipu untuk kesekian kalinya. --------- beautiful cover by @azleyanaaa
A m e t h y s t by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 9,391
  • WpVote
    Votes 1,400
  • WpPart
    Parts 12
"Act like an AGENT to shine like AMETHYST." Terkini, Malaysia digemparkan dengan sebuah kes bunuh diri yang berlaku ke atas seorang pelajar perempuan SMK Batu Muda Seksyen 1. Kira-kira jam lapan pagi, tenaga pelajar yang merupakan guru pendidikan jasmani telah menemui suspek menggantungkan diri di dalam bilik stor sukan. Hal ini demikian, kes tersebut masih berada di bawah pemantauan dan siasatan pihak polis. "Get ready. Kau orang akan dipindahkan ke SMK Batu Muda Seksyen 1." Sebagai permulaan untuk menyiasat kes tersebut, Tuan Zackry selaku pemilik kepada Agensi Fluorite telah mengarahkan enam ejen untuk berpindah ke sekolah tersebut agar penyiasatan mereka menjadi lebih mudah dan terancang. ACADEMY FLUORITE DE MAGNÍFICO Mereka dikutip, dibesarkan dan dilatih sebagai seorang ejen rahsia. Walaupun di usia muda, mereka berenam telah berjaya memiliki kepakaran dan keistimewaan tersendiri. Ejen Aish Ejen Qis Ejen Warda Ejen Belle Ejen Syapi Ejen Ayara Bermula dari pergaduhan sesama mereka, akhirnya masing-masing mula berfikiran matang dan bekerjasama untuk menyelesaikan kes yang kekal misteri. Maka dari situlah terhasilnya kumpulan Amethyst. Dengan itu, misi mereka pun bermula untuk mencari, Kebenaran, Bahan bukti, Suspek, Menggunakan kepakaran masing-masing. Namun, kes yang disangka hanyalah bunuh diri semata-mata rupanya terselit sebuah lagi rahsia yang tiada siapa tahu selain Amethyst dan Agensi Fluorite. Tapi mampukah enam ejen muda ini menyelesaikan kes tersebut dengan bijak? Dan mampukah mereka menggunakan kepakaran serta kebijaksaan yang dimiliki tanpa membongkarkan identiti satu sama lain? Semuanya berada di dalam AMETHYST. ••• A Collaboration Book.
TUJUH [ SU ] by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 10,195
  • WpVote
    Votes 1,592
  • WpPart
    Parts 17
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA MCO BOOK AWARD 2020 ] Tujuh sekawan. Tujuh identiti. Tujuh kuasa. Semuanya bermula daripada perjumpaan puzzle yang sarat dengan pelbagai cahaya di sebuah bangunan lama ketika mereka ingin membuat aktiviti paranormal. Daripada menjadi youtuber, kini hidup mereka berubah seratus peratus. Daripada hidup aman dan harmoni, kini mereka diburu sebuah kerajaan. "This is not a symbol. But this is the flag of a kingdom." Alam Fantano. Alam yang penuh dengan kuasa magis dan elemental. Asalnya, puzzle tersebut milik Alam Fantano. Namun, tujuh sekawan itu terus tawan semua kuasa yang terdapat di dalam puzzle. Tetapi, itu semua bukan kehendak mereka! "Ni semua mengarut! Sebab kuasa ni, nyawa kita jadi taruhan! Korang suka ke perang-perang? Ingat ni game PUBG ke?!" "Jaga kuasa ni. Jaga seperti nyawa kamu sendiri. Kalau kamu nak kekalkan keharmonian alam kamu, tolonglah jaga kuasa ini sebaik-baiknya. Jika tujuh berkuasa ini sampai ke tangan Raja Marlen, kelak akan meragut keharmonian alam kamu dan alam kami." Selepas perkara buruk yang hampir meragut nyawa salah seorang diantara mereka, kata persetujuan telah dinoktahkan untuk membuang kuasa tersebut. Namun, seseorang telah menyekat kata sepakat tujuh sekawan. Antara rasa simpati dan abaian, manakah menjadi pilihan mereka? "Raja Marlen mahukan King Of Fire." "Langkah mayat kami dulu!" Berkawan sejak kecil. Susah senang dihadap bersama. Saat gelaran King Of Fire ingin direbut, semua menjadi penghalang. Mereka tidak akan sesekali menyerahkan King Of Fire kepada Raja Marlen yang tamak akan kuasa. "Sial! Kau sanggup tinggalkan kita orang sebab dia?!" "Aku tarik diri dari TUJUH." Memang betul kata orang. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tidak semuanya akan kekal abadi. ••• cover by @azleyanaaa ••• Warning : Dilarang plagiat! Start : 17 Disember 2019 End : - Status : Slow Update