MallyYuki's Reading List
6 stories
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 244,311
  • WpVote
    Votes 16,252
  • WpPart
    Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 210,923
  • WpVote
    Votes 19,670
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||
Cuti Semester (Buku 1) ✔ by Shim_Yoo
Shim_Yoo
  • WpView
    Reads 109,279
  • WpVote
    Votes 4,683
  • WpPart
    Parts 19
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama kerana tidak dapat balik untuk CUTI SEMESTER. Ini adalah pertama kali mereka terpaksa tinggal di situ tanpa penjagaan warden. Sepanjang waktu itu, banyak perkara yang tidak dijangka berlaku dalam hidup mereka. Yang paling mencemaskan mereka apabila salah satu daripada mereka didapati hilang tanpa sebab secara tiba-tiba. Dan ia tidak terhenti di situ. Setelah kehilangan orang pertama, orang seterusnya menjadi mangsa. Dan yang tinggal terpaksa mencari tahu apa sebab mereka hilang. P.s::: Kalau nak baca dalam English, baca kat second account saya. @Shim_Yoo2
The Darkness Fighters by MikiAria
MikiAria
  • WpView
    Reads 15,923
  • WpVote
    Votes 778
  • WpPart
    Parts 39
Tiga orang adik beradik lelaki Fushimi iaitu Shizuo,Natsuru dan Yuki telah diterima masuk di sebuah sekolah elite. Disebabkan terlampau gembira mereka terus bersetuju untuk bersekolah di situ tanpa berfikir panjang. Setelah tiba disekolah itu mereka mula mengetahui bahawa sekolah itu adalah untuk melatih pahlawan kegelapan. Bagaikan menempah tiket kematian, mereka ingin berhenti dari sekolah itu tetapi sesuatu telah memaksa mereka untuk bertahan. Di situ mereka diberi seekor haiwan untuk menjadi teman seperjuangan mereka. Tanpa mereka sedari takdir mereka mula berubah.
ERYL , NAGA BERMATA SATU (BOOK 2)  by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 55,410
  • WpVote
    Votes 5,873
  • WpPart
    Parts 52
-Sila baca Eldera Lelaki berdarah Syaitan terlebih dahulu supaya lebih faham.- [His bloody promise] "Tak kira lah berapa ratus tahun aku tidur dan hilang dari dunia ni, aku akan ingat janji aku sampai bila-bila.." Dia lelaki yang tidur puluhan tahun lamanya dan terjaga untuk berhadapan dengan hakikat yang menyakitkan. Terlalu banyak tangisan air mata dan darah yang tumpah sebelum kebangkitanya. Nyawa menjadi mainan. Kehidupan didunia bagaikan neraka! "Kenapa bonda dan ayahanda sanggup pergi sejauh ni demi Eryl?" "Ayahanda..Harapan." Siapa dia untuk menerima pengorbanan sebegini rupa daripada orang tuanya? Dari rakyat kerajaan ayahandanya? Mengapa harus dia yang memikul tanggungjawab yang belum tentu dia mampu laksanakan? Sesungguhnya, dia sendiri terhimpit. Terhimpit diantara janji dan pengorbanan. "Aku..Aku tak boleh bunuh dia." "Kau membelot kedua ibubapa kau!" Eryl Ryuzaki.. Apa yang takdir ada untuk sang naga yang akhirnya bangkit dari lena? "Lama tak berjumpa. Sang naga bermata satu.." "Yeah.. Lama tak jumpa. Sang syaitan yang lupakan kawan. Asal kau makin hot ni? Terliur lah pulak. Hahaha!" ". . ." "Cakap sesuatu!" "Bodoh." "Oi!"
[C] BEAST MASTER by -CornSalad
-CornSalad
  • WpView
    Reads 48,902
  • WpVote
    Votes 4,296
  • WpPart
    Parts 24
+hanya dia sahaja yang mampu menjinakkan si buas. Idea; komik.