beautyyna's Reading List
7 stories
EMERALD √ by reenmedina
reenmedina
  • WpView
    Reads 306,812
  • WpVote
    Votes 14,202
  • WpPart
    Parts 60
LAURA EMILIA Bahagia? Adakah benar bahagia itu wujud? Kalau benar bahagia itu wujud, mengapa dia tidak merasakan kebahagiaan? Sudah lama ibunya pergi meninggalkannya sendiri. Kini ayahnya pula mengikut jejak si ibu. Yang tinggal hanyalah dua orang syaitan yang bertopengkan manusia. "Ayah kau tu kedekut sangat. Meluat aku." "Jangan banyak cakap boleh tak? Buat je la bila orang suruh tu." Bahagia selepas kahwin? Banyak kali dia mendengar hal itu. Hampir setahun dia digelar isteri orang namun kebahagiaan yang dicari masih tidak menunjukkan rupa. Sebaliknya derita yang tidak dijemput pula datang menjengah ke dalam hidupnya. "Kenapa abang buat Laura macam ni?" "Kau diam la perempuan! Kau tu isteri aku, kena la dengar cakap aku." Mengapa nasibnya begini? Adakah takdir memang sudah tertulis bahawa tiada bahagia buat insan bernama Laura Emilia di dunia yang sementara ini? TENGKU QAYEED ARYAN Cinta? Sedikit pun tidak pernah terlintas di benak fikirannya. Selama 27 tahun dia hidup, tidak pernah lagi dia bercinta dengan mana-mana perempuan. Mengapa? Kerana baginya, perempuan zaman sekarang ini tidak boleh dipercayai. Cinta yang disemai selama berpuluh tahun pun boleh dikhianati kerana harta dan rupa. Masih wujudkah perempuan di atas muka bumi ini yang tidak memandang kedua-dua benda itu? Pertemuan selama 45 minit antara dia dan seorang gadis mampu membuatkan hatinya berdegup laju. Jatuh cinta mungkin? Tanpa mengetahui nama mahupun rupa paras, dirinya sudah tertarik dengan gadis itu. "Kenapa kau pandang tempat lain?" "Kau ni gila ke apa? Panjat tembok ni dengan pakai baju labuh macam ni. Nak bagi aku tengok free show eh?" Gadis itu berbeza. Ya,sangat berbeza daripada gadis lain yang pernah dia temui. Gadis yang satu-satunya mampu membuat jantung dia berdegup hebat. Pertemuan kembali? Agak mustahil tetapi belum cuba belum tahu bukan? Start :23 Julai 2020 End :1 April 2021
Aku Yang Menanti [EBOOK] by _louvrees_
_louvrees_
  • WpView
    Reads 236,028
  • WpVote
    Votes 3,647
  • WpPart
    Parts 12
*10 bab awal untuk sneak peak "Siapa budak tu?" "Dia anak aku." Bagaimanakah rasanya, bilamana kepulangan seorang suami yang ditunggu bertahun-tahun hanya membawa kepada luka yang tak pernah dipinta? Itulah yang dirasakan oleh Indah Qarissa. Walaupun niat sebenar dan rahsia seorang Faliq Adrean itu telah ketahuan lama, namun tetap juga dia mengharapkan keajaiban untuk rumah tangga mereka. Namun apabila satu kenyataan itu dihadapkan di depannya, tetap saja... Aris tidak menyangka sebegitu kejam Faliq merobek hatinya. Kenyataan bahawa, Faliq berlaku curang di belakangnya dan Ahmad Dean Ahnaf... Itulah buktinya. "Janji pertama dan kedua aku dah hancurkan. Boleh aku tunaikan janji ketiga tu sekarang?" Tatkala Aris sudah benar-benar nekad untik mengundur diri dari hubungan itu, satu-persatu ujian menimpa sehingga Aris jatuh terduduk, tak mampu berdiri lagi. Dan saat itu, Faliq ada menghulur tangan namun kuatkah hatinya untuk memberi kemaafan? cover from @syameerazrina
Kontrak Cinta Kita © by nurulshazliyana
nurulshazliyana
  • WpView
    Reads 1,565,862
  • WpVote
    Votes 37,187
  • WpPart
    Parts 41
Darwinsyah Filza & Tengku Iqram Zikri. Terpaksa bernikah atas untuk menutup malu adik kembarnya, Tengku Iqram Fikri yang lari semasa hari pernikahannya. Walaupun tidak disukai oleh Filza, namun perlu diterima juga. Zikri percaya bahawa cinta yang kedua tidak seteruk pertama, jadi dia membuka peluang untuk filza merebut hatinya kembali melalui ' kontrak cinta ' Berjayakah filza merebut hati suaminya itu ? Apakah makna kontrak cinta itu ? Rank : #34 in Romance by 26 Nov 2017
DIANA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,627,116
  • WpVote
    Votes 67,596
  • WpPart
    Parts 58
COMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perbuatan Cinderella sendiri. Kehadiran seorang 'Putera Hitler' menambahkan lagi ribut taufan sehingga menggoncangkan dunia milik Diana. Namun yang menggoncangkan itu jugalah yang membahagiakan. "Sampai bila-bila pun watak kakak tiri Cinderella macam kau ni orang akan benci." "Habis tu, awak buat apa kat sini? Dah kalau benci sangat dekat saya tu buatlah cara benci." "Aku lain." "Lain apa?" "Aku sayang. Jadi aku buat cara sayanglah."
KARINA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,439,922
  • WpVote
    Votes 50,776
  • WpPart
    Parts 52
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!