23 stories
الشمس [matahari]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 268,426
  • WpVote
    Votes 31,877
  • WpPart
    Parts 18
"bulan masih cantik." 2022 | @mintytxt - e
Dusta Puteri Palsu by Qayssz
Qayssz
  • WpView
    Reads 99,795
  • WpVote
    Votes 10,986
  • WpPart
    Parts 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menjadi misteri. Takhta tetap harus ada pemegangnya. Ancaman kerajaan musuh terus menerus memaksa Dahlia menggantikan puteri yang hilang. Satu persatu rahsia kerajaan terbongkar merungkai seribu satu misteri, mematahkan segala sejarah palsu. Dua jiwa bertemu kerana Allah. Namun yang disangkakan takdir ternyata hanya sekadar hadir.
القمر [bulan]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 978,110
  • WpVote
    Votes 99,005
  • WpPart
    Parts 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.
highschool love [nasya]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 312,658
  • WpVote
    Votes 32,755
  • WpPart
    Parts 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe (?), swag > hadir dari tiktok ke tu asjsbdlfcqilxcwy > thanks for supporting, have a great day! ♡ '・ᴗ・ '♡ tw : aesthetic love story <3
AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED) by hafzh92
hafzh92
  • WpView
    Reads 11,980
  • WpVote
    Votes 1,876
  • WpPart
    Parts 18
Che Puan Elizabeth John Abdullah dibunuh kerana harta peninggalan Tengku Rahmat. Demi menuntut bela kematian mamanya, Carl Dylan pulang ke Malaysia. "Carl akan cari pembunuh mama sampai dapat!" - Carl Dylan. Dalam misi pencarian petualang yang menyebabkan mamanya dibunuh, dia bekerjasama dengan Saifuddin dan Sofea. Namun, tidak disangka, cinta hati dalam diamnya pula diculik. "Orang atasan? Huh! Kau pembunuh!" - Camelia Aisya. Panggilan telefon yang mengatakan Camelia Aisya dalam genggaman penjahat membuatkan amarahnya membuak. Bajingan yang cuba merebut harta peninggalan ayahandanya terlalu licik! Antara saudara, harta dan cinta, yang mana satukah yang bakal dipilih oleh Carl? Berjayakah misinya memberkas pembunuh mamanya sebelum kembali pulang ke Itali? Tarikh mula: 13/9/2021 Tarikh akhir: 25/9/2021 Bil Bab: 15 Status: Selesai. _______________________________________ ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA Karya ini adalah hasil tulisan asli Angel_k20 dan para penulis seperti yang tertera di dalam buku ini. Tiada sebarang bahagian dalam buku ini dibenarkan untuk dicedok idea, ditiru, diterbitkan atau disimpan semula walau dengan apa cara sekalipun. Jik tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 13 September 2021
Kita by aaysstories
aaysstories
  • WpView
    Reads 4,375
  • WpVote
    Votes 316
  • WpPart
    Parts 18
"Hi, aku Syafiq. Ini adalah cerita tentang aku. Aku merupakan jejaka paling hensem, hot dan-" -"HOI!!" "-ARGHH!!" -"..ni bukan cerita pasal kau eh. Jangan berangan!" "Dahtu cerita tentang siapa?" -"...em kita" "...Kita?" -Syafiq "Yup. Cerita tentang kita" - Sara
BUKAN AKU YANG KAU CINTA [ BAYKC ] by adindabells
adindabells
  • WpView
    Reads 38,310
  • WpVote
    Votes 5,578
  • WpPart
    Parts 38
Khairunnisa' akui dirinya sudah lama jatuh hati dengan Haqim. Walaupun, dia hanya anak seorang penoreh getah dan penjual popia. Kalau nak dipadankan dengan Haqim, memang Haqim blacklist terus namanya. Nisa' tidak sedar, rupanya dalam diam dia menyukai lelaki itu sebenarnya adalah benda yang akan memalukan dirinya sendiri. Tambah-tambah lagi, apabila dia sendiri dicaci maki dan dibahan oleh lelaki itu. Perit. Itu saja dia tahu. Semua ini terjadi gara-gara tindakannya juga yang terlalu obses dengan lelaki itu. Tapi, dia tidak kisah jika lelaki itu membencinya, asalkan dia tidak mengganggu hubungan lelaki itu. Namun, tanpa disangka, muncul pula Acap yang selalu membangkitkan api kemarahannya. Kalau Acap tidak muncul, Nisa' tak akan menanggung malu seumur hidup. Dan paling sakit, adalah untuk akui Acap itu adalah dua pupunya sebelah keluarga umminya. Shasha pula tidak senang hati apabila buah hati kesayangan menjadi dambaan Nisa'. Bukan apa, sebab Nisa' itu sudah keterlaluan menulis tentang buah hatinya. Dia tak nak, disebabkan itu takut Haqim boleh terjatuh hati pada Nisa'. Tambahan pula, apabila Haqim sendiri ialah pelanggan setia popia yang selalu Nisa' jual di pasar malam. Maka, berbagai agenda dia wujudkan untuk sakitkan hati Nisa'. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Bacalah, sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut kisah mereka. Anda juga pasti pernah lalui alam remaja, bukan? Jadi, apa salahnya jika kita selami kembali zaman ini melalui jalan cerita yang berbeza. Jemput baca. Peringatan ⚠️ Setiap bab yang anda baca di dalamnya mengandungi berbagai kesalahan tatabahasa yang masih belum sempat penulisnya membuat sistem suntingan. Hanya maaf dipohon jika anda tidak selesa dengan kesalahan tatabahasa yang bersepah di dalamnya. Terima kasih. Beautiful cover by : @DyannRose Start: 30/3/20 End: tak tau lagi daa
 A Royalty Female Lead [ FANTASY ] by Nsadlee
Nsadlee
  • WpView
    Reads 46,878
  • WpVote
    Votes 6,730
  • WpPart
    Parts 29
FANTASY. Satu dunia impian fantasi dalam pemikiran dan wujud dalam khayalan pembaca yang bergelut di dalam dunia novel . Bukan itu sahaja, namun lebih banyak imaginasi dalam pelbagai bidang di dalam pemikiran manusia yang mewujudkan satu dunia fantasi. Siapa sangka... Gadis polos yang hanya seorang gadis biasa merupakan seorang penulis novel yang tidak terlalu terkenal dalam bidang penulisan. Langsung tiada tarikan daripada pembaca dengan buku yang diterbitkan . Keazaman yang mendalam meminati bidang penulisan terus dibangkitkan dengan yakin diri . "Aku nak tanya... Kau memang tak mahu ada suami ke?" DELIMA ARRASYA "Kalau watak utama novel aku wujud baru aku khawin" AURORA TIARA ESTELLA Hanya kerana kejadian yang tidak dijangka berlaku membuatkan gadis ini jatuh terjerumus masuk ke dalam sebuah dunia jauh daripada realiti. Satu kehidupan dibawah kerajaan berlangit biru unggu , berbumikan tanah , berasalkan dari kerabat diraja. Adakah ini mimpi yang dipanggil mimpi indah? "Apa?! Puteri pilihan raja?!" AURORA TIARA ESTELLA Pertemuan dengan jejaka dingin persis sang Putera Raja bermata merah kehitaman yang menawan menjadi idaman ramai wanita "Kenapa kau tidak mahu menjadi isteri aku?" ALEXANDER DARRIEL Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka tidak seindah seperti yang diidamkan, Banyak rahsia yang terpendam dan menjadi tanda tanya sang Puteri. satu persatu kejadian dan rahsia mula terbongkar . Cinta yang mula berputik diantara satu pasangan dua dunia berbeza. "Hello my little pumpkin.." ALEXANDER DARRIEL Adakah ini hanya la sebuah mimpi? "Aku perlu ubah jalan cerita ni..." Cinta berbeza alam?... Mampukah mereka mempertahankannya bersama? Berjayakah misi Tiara untuk pulang ke dunia asalnya? Apakah pengakhiran bagi pasangan yang hidup dalam dua dunia berbeza? start : 29/10/2021 complete :
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,784,871
  • WpVote
    Votes 13,735
  • WpPart
    Parts 11
&lt;2nd Novel&gt; Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,518,363
  • WpVote
    Votes 256,738
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.