RozainiAbRahim7's Reading List
4 stories
Ratu hatiku Laila (Completed) by Ainn_AINNUR
Ainn_AINNUR
  • WpView
    Reads 249,183
  • WpVote
    Votes 12,690
  • WpPart
    Parts 97
Cover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tidak perlu mencari kau, tetapi kau yang datang mmembawa takdir kau. Menimbulkan dendam di hati lelaki yang bergelar suaminya. Malu bila malam pernikahannya, si isteri yang baru dinikahi meninggalkannya . "Macam mana kau buat kerja ni? Kau saja nak bunuh aku kan... ?" Hanif Mikail. "Betullah saya mop lantai ni. Bila masa pula saya nak bunuh encik. Dah encik tak berhati-hati. Tu sebab Encik jatuh..." Laila Azwa. Si suami yang mengecam wajah isterinya tetapi sebaliknya si isteri tidak langsung mengenali suaminya. Bahagia yang dicari ... Bencana pula yang menimpa.
Terciptanya Derita by Cik_mia
Cik_mia
  • WpView
    Reads 86,882
  • WpVote
    Votes 5,322
  • WpPart
    Parts 59
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ A Cover by @RoseFelline KENANGAN Kadang bukan penyesalan yang datang tapi kesakitan kerana mengenali terlalu senang dan akhirnya menjadi kenangan. Disangkakan selepas ribut petir akan ada angin melambai ternyata bukan angin tetapi ombak yang menghempas membuat diri semakin tenggelam. Disangka keluar dari rumah mendapat bahagia ternyata seperti terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau. Dibenci, dicaci dan dimaki bagai tiada perasaan, Dhiya tegar menghadapi segalanya sehinggalah dia kehilangan jantung hati yang dikandungnya, dia menjadi Dhiya yang baharu. Bersatu kerana dendam, berpisah kerana benci, akhirnya tiada yang bersatu selain hati yang mati. Kadang bahagia tidak perlu dengan orang yang sama, kerana tak semua akan mendapat peluang kedua lagi-lagi selepas membuat hati yang lemah, hancur berdarah. Terciptanya Derita bukan kerana rela namun kerana hati yang telah lama disakiti, kini dilukakan lagi. "Sometimes being hurt more interesting than be happy but full of lying" Miaaa.s -Tunjukkan aku jalan bahagia kerana segala derita sudah ku terima- Start 🦋 : 11 NOVEMBER 2020 Ending 🦋 :
Bahagia Yang Tertangguh  by Miss_Ayra16
Miss_Ayra16
  • WpView
    Reads 570,810
  • WpVote
    Votes 18,867
  • WpPart
    Parts 82
Impian Raysha hanyalah membahagiakan orang yang disayangi. Namun semua itu musnah akibat diceraikan dengan kejam pada usia perkahwinan yang cukup singkat. "Raysha Alya binti Kamil. Aku ceraikan kau dengan talak satu! Mulai hari ni aku tak nak tengok muka kau lagi!"- Syed Imran Hancur harapan Raysha apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Namun dikuatkan juga hatinya demi keluarganya yang sentiasa menyokongnya. Selepas 5 tahun, Raysha berubah menjadi seorang yang baru. Bukan lagi seorang yang murah dengan senyuman malah seorang yang murah dengan jelingan pula. "Kalau Cik Raysha bosan, Cik call lah saya"- Kyle Hedzriq "Pembetulan. Saya bukan Cik Raysha. Saya Puan Raysha."- Raysha Alya Mungkinkah bahagia akan datang menjenguk Raysha? Bagaimanakah jika Imran datang semula memujuk Raysha? Adakah bahagia masih akan tertangguh?
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 411,580
  • WpVote
    Votes 22,776
  • WpPart
    Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021