🦋Waiting to be eaten🦋
5 stories
RISE OF ANGEL [DISCONTINUE] by syaliaaliash
syaliaaliash
  • WpView
    Reads 58,452
  • WpVote
    Votes 3,381
  • WpPart
    Parts 59
Alam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas itu, seorang lelaki yang bernama Vince pergi ke Alam Manusia untuk menjemput seseorang iaitu Oceana untuk balik semula ke tempat asalnya di Alam Pari pari. Kepulangannya dinanti, kedatangannya disambut, kehadirannya bukan sekadar kebetulan sahaja kerana semua takdirnya sudah ditetapkan sejak beratus ratus dekad yang lalu. Takdirnya, hidupnya dan matinya bakal membawa sinar kepada seluruh Alam Pari pari termasuklah 6 lagi alam yang lain. Hanya dia seorang sahaja yang boleh menyatukan semua alam dan menghentikan peperangan antara alam yang sudah berlarutan sejak beratus ratus kurun yang lalu. Kerana dia adalah yang terpilih. Namun, sebelum dia dapat menyatukan semua alam, dia bakal berdepan dengan rintangan dalam setiap tindakan yang diambilnya. P/s: sebenarnya buku ni dah tak ikut sinopsis dah. Sbb author tk ikut plot. Jadi jangan fikir sangat kalau cite ni dah lari dari sinopsis. Lagi satu author mls nk buat sinopsis baru🌸
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  by KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    Reads 211,029
  • WpVote
    Votes 19,670
  • WpPart
    Parts 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||
ELEMENTAL KEGELAPAN [C] by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 377,157
  • WpVote
    Votes 27,073
  • WpPart
    Parts 82
Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang tinggal di dunia ini termasuklah Haiwan dan Manusia Mitos. Shiro Ryuzaki. Siapa yang tidak mengenali sang lelaki yang malas tahap gaban ni? Kau tanya lah apa yang dia suka.. "Tidur. Aku suka tidur. " Apa yang dia suka buat.. "Same answer duhh. " Dan paling penting, apa matlamat hidup dia. "Tidur tak bangun-bangun. " Sakit hati. Gila kan? Apa boleh buat, inilah sifat sebenar lelaki itu. Tapi apa yang membuatkan dia istimewa? Kenapa ramai yang memburu dia? Puaknya? "Aku tak pernah mintak pun nak ada kuasa ni, sebab tulah kalau boleh aku rela jadi manusia biasa " "Kita mempunyai kuasa untuk melindungi diri kita dan orang yang kita sayang! " "Lucia peliklah, apa agaknya yang ada dalam otak abang sampai abang suka bermalasan sangat?" First Fantasy Book BEAUTIFUL COVER BY @airuml [6/2/2019] [EDIT] #ayat budak2. #typos banyakkk #dah kasi warning -Enjoy the story❤️
The Cursed Elves by Alexna_Syufa
Alexna_Syufa
  • WpView
    Reads 219,771
  • WpVote
    Votes 16,624
  • WpPart
    Parts 36
Aku puteri Elf yang terbuang. Berambut biru dan bermata biru. Tinggal di pinggir kota. Berseorangan. Kesunyian. Dipinggirkan. Kononnya aku ini disumpah dan sebab itulah rupa parasku begini.Berbeza benar dari Elf yang lain. Hari ini aku berumur 24 tahun 11 bulan. Pada bulan hadapan.. ...upacara pengorbanan akan dilakukan. Akulah yang akan dikorbankan itu. Mitos 'bodoh' ada mengatakan,Elf perempuan yang disumpah haruslah dibunuh ketika hari lahirnya yang ke-25 tahun. Aku bakal ditikam oleh ayahanda aku sendiri. Sadis bukan? Inilah kisah hidupku. Lycra Elfrian,The Cursed Elves. [03/07/2016]
The Last Great Magician [Completed] by Lais_Arsalan
Lais_Arsalan
  • WpView
    Reads 91,428
  • WpVote
    Votes 9,104
  • WpPart
    Parts 99
(BOOK 5 - Tempest Trilogy / Felidae Felis Catus) Sejak kecil, Asa terpaksa menjadi lebih matang dari usia sebenar disebabkan oleh situasi di sekelilingnya dan keluarga sendiri. Keluarga Asa merupakan tukang tilik yang terkenal. Perniagaan keluarga mereka adalah menjual barangan magik dan menilik nasib orang. Sejak kecil dia dan keluarganya diejek membuatkan Asa semakin lama semakin jauh dari manusia dan dia menutup pintu hatinya. Asa tak percayakan sesiapa. Asa cuma ada dirinya. Dunia Magik? Dia tak percayakan dongeng yang menjadi pilihan datuknya setiap malam untuk bercerita sebelum Asa tidur. "Hei." sehinggalah satu suara menegur. "Nama aku Lazarus." "Macam mana kau jumpa aku?" --- Asa. "Dalam diri kau mengalir darah keturunan The Great Magician, Alexander Laurence Remington." --- Lazarus. Asa menerima jemputan untuk ke Dunia Magik melalui keluarganya. Dia diterima masuk ke Akademi Magus, sebagai pelajar mewakili Dunia Manusia. Keluarganya dengan rela hati telah menghantar Asa ke Dunia Magik. Kini, dia duduk di atas katil sambil berhadapan dengan seekor kucing hitam. Sepasang mata bulat yang merenung ke dalam mata Asa itu kelihatan seperti basah dan bersinar. Anak mata itu berlainan warna, sungguh menakjubkan. Asa menekup wajah dengan sebelah tangan. Dia mengeluh. "Aaah~ kau boleh tinggal sini." dengan berat hati, dia akhirnya menjadi tuan kepada kucing tersebut. Sejak itu, pengembaraan Asa di Dunia Magik bermula. Hidupnya berubah 360°. "Asa, Asa~" --- Mao Mao. "Mao Mao, diam." --- Asa. Ini kisah pengembaraan The Last Great Magician bersama kucing tersayang dan Lazarus sebagai orang ketiga. "Cis..aku juga yang menyemak?" --- Lazarus. ************** ##Siri dunia magik. ##sambungan felidae felis catus dan tempest trilogy.