NurAsfaBatrisyiaa008's Reading List
72 stories
Best Friend Ke Boyfriend - Ilmar Imia (e-book) by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 108
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 3
BLURB : Annur dan Juan sering kali terlihat berdua. Pergi kerja sama-sama, balik kerja pun sama-sama. Bahkan mereka juga selalu melepak bersama di luar waktu bekerja. Tapi apabila ditanya tentang status hubungan mereka, jawapan klise diberikan. "Kita orang kawan-kawan ajelah." - Annur "Kau tak pernah dengar ke teori pasal lelaki dengan perempuan tak mungkin boleh jadi kawan saja?" - Hayza Dia dengan Juan bercinta? Memang taklah! Itu kata Annur. Tapi kenapa apabila dia bersama dengan Muaz, dia tidak rasa perasaan yang sama sebagaimana dia bersama dengan Juan? Kenapa apabila dia tidak berjumpa dengan Juan, dia asyik teringatkan lelaki itu? Lebih parah lagi, hatinya dah mula pandai cemburu apabila ada gadis lain cuba rapat dengan Juan! Annur cuba menjarakkan hubungannya dengan Juan kerana tidak mahu menjadi orang ketiga. Sebagai sahabat, dia patut mendoakan sahabatnya itu bahagia, tetapi Juan tidak pernah lari daripadanya, malah selalu ada ketika dia memerlukan seseorang. Benarkah hubungan mereka hanya sekadar kawan baik atau sebenarnya ada rasa yang tersembunyi antara mereka?
Risik Pada Hati by teratak_kasih
teratak_kasih
  • WpView
    Reads 32,211
  • WpVote
    Votes 55
  • WpPart
    Parts 7
Tajuk : Risik Pada Hati Penulis : Hanni Ramsul
MY 'RUDE' WIFE by ByCikNorCinta
ByCikNorCinta
  • WpView
    Reads 2,518,003
  • WpVote
    Votes 28,559
  • WpPart
    Parts 44
SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang tapi abi paksa abang kahwin dengan Melur. Tu je bezanya." "Abi tak paksa la. Dia pun minta abang kahwin dengan Melur." jawab Firdaus mendatar. "Habis tu yang hari-hari cakap terpaksa kahwin tu kenapa? Takkan drama semata-mata kot?" "Dah tak nak,memanglah rasa terpaksa." jawab Firdaus perlahan. Melur senyum. "Tup-tup dapat bini cun. Perghh! Dalam hati cakap 'nasib baik aku terima. Kalau tak,melepas. Lawa tu...mana nak cari.' Kan?" kata Melur sambil mengangkat-angkat keningnya. Firdaus menahan senyum melihat riak wajah Melur yang nakal itu. "Perasan." Memang Melur selamba dan selamba itulah yang membuatkan Firdaus marah. Tapi,marah acah-acah dan sombong pun acah-acah. " Abang tak payahlah nak jadikan kisah kita ni klise macam novel yang diadaptasikan ke drama TV tu. Buang masa je." kata Melur memulakan. Firdaus menoleh. "Maksud awak?" "Tengoklah kisah-kisah novel sekarang. Kahwin paksa. Mula-mula tak nak,marah-marah,gaduh-gaduh. Tidur asing-asing. Cakap awak-saya. Lepas tu perlahan-lahan suka dan jatuh cinta. Very cliche. Bersepah kat kedai buku cerita gitu. Kita ni pun dah nak jadi macam tu jugalah. Watak utamanya abanglah. Temanya,kena kahwin paksa." Mampukah isteri yang RUDE itu mematahkan ego seorang lelaki yang bergelar suami? Ya,kekadang Melur dapat merasai kasih Firdaus membaluti hatinya,namun kekadang ianya bagai bayu yang berhembus dan berlalu pergi dari sisinya. Kekadang dirasakan tangannya bersatu dengan tangan Firdaus lalu menerbitkan bunyi tanda mereka saling menyayangi. Namun kekadang dirasakan tangannya terbiar sepi dan bertepuk sendiri. Ya,ianya berbunyi tetapi hanya mimpi. Di mana dan ke mana kasihnya Firdaus pergi? Adakah masih utuh untuk Dee atau sudah berputik untuknya yang setia menanti?
Stiletto Sisterhood by FallonDeMornay
FallonDeMornay
  • WpView
    Reads 489,549
  • WpVote
    Votes 23,432
  • WpPart
    Parts 87
Stiletto Sisterhood is now published by W by Wattpad Books, available in paperback and E-book! As a Wattpad reader, you can also access the Wattpad Published Edition here upon purchase, or read the Wattpad Original Edition for free. ***** When they first met, best friends Priya, Isobel, Caitlin, Eshe, and Shayne swore a vow: Chase dreams not drama. Now, years later . . . ***** Priya Seth is determined to win the coveted one-year mentorship with her idol at New York's hottest law firm. Her rival? Last night's hookup, Hadrian Marek. Despite having a privileged upper hand, Hadrian is willing to form an alliance. Priya's only condition? No sex. Isobel Morgan is planning the perfect wedding, fighting to get the promotion she deserves, and caring for her dependent father. But when a video of her cheating fiancé goes viral, her world comes crashing down until she gets an offer that merges her passion for news and activism. The caveat? Long hours and travel away from her father. As these young women discover that achieving dreams is often erratic, and drama is as inevitable as adulting, the foundation of their friendship begins to crack, putting their sisterhood to the test [word count: 90,000-100,000 words]
Sayangku Hanan - Mia Azwari by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 727
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK : SAYANGKU HANAN PENULIS : MIA AZWARI BLURB: Hanan dan Hafiz... Pantang berjumpa, ada sahaja yang tidak kena. Hanya disebabkan Hanan selalu menumpang kasih ibunya, hati Hafiz terbakar gara-gara cemburu. Namun ada sesuatu yang membuatkan perasannya selalu keliru setiap kali gadis itu di sisi lelaki lain. "Mulut kau ni suka sangat cakap perkara buruk pasal aku. Aku nak balik dengan dia, suka hati akulah. Kau tak ada hak dalam hidup aku!" - Hanan "Kau nak bercakap pasal hak ya? Tunggu!" - Hafiz Tercabar dengan sikap Hanan, Hafiz sanggup membuat kerja gila sebelum bertolak ke Jepun. Kata Hafiz, mereka bertunang untuk menunaikan hajat orang tua mereka. Hanan yang lurus, buta-buta percaya. Namun semuanya berubah apabila lelaki itu muncul semula setelah lima tahun menghilang. "I will make you mine, shorai no tsuma." - Hafiz "Baik. Kau nak kahwin dengan aku sangat, kan? Kau tengoklah nanti. Huru hara hidup kau beristerikan aku." - Hanan Lain yang dirancang, lain pula yang berlaku selepas mereka diijabkabulkan. Sikap Hafiz terlalu berbeza membuatkan Hanan mula jatuh cinta. Namun kebahagiaan mereka tergugat saat satu per satu rahsia silamnya terbongkar termasuklah kisah suaminya ketika di Jepun. Siapakah Zati dalam hati suaminya sebelum mereka disatukan? Adakah sejarah silam hidup Hanan bakal terjadi sekali lagi sehingga ikatan perkahwinan mereka terlerai? KAPSYEN: Jangan benci, nanti jatuh cinta...
Intrigue Cinta Zarif - Jaja Ahmad by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 365
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK: INTRIGUE CINTA ZARIF PENULIS: JAJA AHMAD BLURB: Pangkat, darjat dan harta, segalanya datang tepat pada masanya. Kecuali cinta! "Kenapa baru sekarang awak hadir dalam hidup saya?" - Iffat Mencintai Iffat yang pada ketika itu merupakan kekasih Afiq telah merubah takdir Iffat, Afiq dan juga Zarif sendiri. Segalanya berlaku mengikut aturan takdir dan mereka hanya meneruskan perjalanan kehidupan seperti apa yang telah disusun oleh-Nya. Zarif dan Iffat mula mencipta bahagia bersama dan segalanya kelihatan sempurna sehinggalah satu demi satu kebenaran dibentangkan di hadapan mata. "Tak rasa ke yang tuduhan itu terlalu berat untuk saya sebagai seorang suami? Atau awak dah lupa yang saya ni suami awak?" - Zarif "Suami jenis apa kalau dah perangai macam ni?" - Iffat Iffat kecewa dan terluka. Terasa seperti dirinya diperbodohkan oleh suami sendiri. Tetapi Zarif tetap teguh berdiri di sisi dan setia mencintai. Namun cinta tanpa kejujuran tidak menjamin kebahagiaan. Sekali lagi cinta mereka diuji dengan kesakitan yang berbeza. Kesakitan yang membuatkan Zarif merasa asing dalam dunianya sendiri. Lalu, bagaimanakah pengakhiran kisah cinta Zarif dan Iffat nanti? "One after another, Zarif. I didn't know loving you will hurt me some day." - Iffat
Boss Tolong Jaga Saya - Mell Mariann (e-book) by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 302
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk E-book : Boss Tolong Jaga Saya Penulis : Mell Mariann *Untuk pembelian boleh WhatsApp Admin Nina - 011-40049752
Bidadari Langit Untuk Si Hitam Manis - Aimie Izzati by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 70
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 3
Gara-gara kasut tumit tinggi yang melayang kepadanya dan dimalukan di hadapan orang ramai, dia mula menyimpan dendam. Saiedon Shaiful... selama-lamanya dia akan ingat wajah gadis kurang beradab itu. Sophiea Adelline... dia seorang gadis kaya dan angkuh. Keangkuhannya bagaikan Firaun. Jika dilanggar arahannya, pasti akan dihukum. Namun, ia tidak bertahan lama. Akhirnya, dia ditegur Tuhan. Gara-gara sebuah kemalangan, dia tercampak daripada kehidupan mewahnya. Paling malang, ingatannya turut hilang. Takdir menemukan kedua-duanya semula. Bonusnya kali ini, Saiedon mendapat tahu bahawa gadis itu telah hilang ingatannya, lagilah dia bertepuk tangan. Akal-akal jahat mula muncul dalam kepala untuk mentatasusilakan gadis itu. "Ros, ni rumah kita. Ni nenek kita yang dah jaga kita selama ni." - Saiedon "Ros?" - Sophiea. Bermulalah drama yang direka oleh Saiedon. Berpura-pura menjadi ahli keluarga Sophiea demi misinya. Dialah pengarah, dialah pelakon utama. Sungguh hebat lakonannya sehingga Nek Miah, neneknya turut terlibat sama. Namun, drama yang direka Saiedon menjadi cacamarba dengan kemunculan Hasya Tasneem dan Ryan Shauqie, tunang kepada Sophiea yang datang mencari. Begitu juga perasaan antara Saiedon dengan Sophiea a.k.a. Ros. "Sophiea? Siapa Sophiea? Aku Ros! Ros!" - Sophiea "Tak! Awak Sophiea. Sophiea saya. Tunang saya!" - Ryan Shauqie Hati Sophiea semakin berkecamuk. Dia semakin keliru dengan dirinya. Adakah dia Sophiea Adelline seperti yang dikatakan oleh lelaki yang langsung tidak dikenalinya ataupun Ros seperti dikatakan oleh Saiedon yang mengaku sebagai keluarganya itu? Sophiea semakin keliru. Saiedon tersepit. Perasaannya terhadap Sophiea perlahan-lahan muncul tanpa disedari. Dia terperangkap. Sama ada dia melepaskan Sophiea atau membiarkan sahaja gadis itu pergi. Adakah Saiedon akan meluahkan perasaannya itu sekali gus menamatkan drama rekaannya? Ataukah dia terus menamatkan drama ini tanpa kata penamat dan tergantung sepi? Dan siapakah Hasya Tasneem?
The Virus Within: The Road Ahead (Book 1 - SERIES COMPLETED!) by CrystalScherer
CrystalScherer
  • WpView
    Reads 7,485,759
  • WpVote
    Votes 376,415
  • WpPart
    Parts 92
If dish soap, rutabagas, and firecrackers aren't an essential part of your zombie apocalypse kit, you better grab them now! Season 1 of The Virus Within (SERIES IS COMPLETED!) * * * * * * * Trinity fights against the bloodthirsty influences of the zombie virus as she searches for her sister, hoping to find her still alive among the scattered survivors. But even if Trinity manages to find her, how will Jess react when she discovers Trinity is a zombie? When a group of survivors gets stranded by a vehicle malfunction, Trinity decides to guide them to safety. Rediscovering her sense of humor was the last thing she ever expected, but it just might be her best defense in keeping her humanity, especially on a zombie-infested road trip with more bad luck than potholes. But time is running out as the third wave of the deadly outbreak rapidly spreads. Trinity must decide if she can trust a backwater scientist who thinks she can help her new friends, all while combating the effects of the virus that threatens to steal what's left of her humanity. Cover designed by Marie Tilmant
JUJUR HATIKU UNTUKMU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 5,740
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 6
Tajuk: Jujur Hatiku Untukmu Penulis: Azimah Lily Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-158-5 Harga: RM32.00 (Semenanjung) // RM35.00 (Sabah & Sarawak) DAPATKAN SEKARANG SECARA ONLINE MELALUI APLIKASI KARYASENI ATAU PM MAKCIK KARYASENI DI FACEBOOK. NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA FREE POSTAGE!