V●ᴥ●V
193 stories
WANITA TUAN GHAZRIL by qashard
qashard
  • WpView
    Reads 274,078
  • WpVote
    Votes 11,484
  • WpPart
    Parts 43
Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?
[C] Her Angel by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 981,469
  • WpVote
    Votes 46,329
  • WpPart
    Parts 66
[FIRST BOOK] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRIGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #1 Cinta selepas nikah #1 Clingy #2 Friendship #3 Revenge #3 Cute #6 Bromance #7 Sayang #8 Melayu #15 Love Start published: 1/1/2025 Completed: 17/11/2025
SEBELUM KITA (C) by nrdyann_
nrdyann_
  • WpView
    Reads 1,398,804
  • WpVote
    Votes 60,929
  • WpPart
    Parts 101
SIXTH 🍂 ZILL & NURA 🍂 Berkisar mengenai dua perkahwinan yang terkandas ditengah jalan dan dari kedua kisah tersebut punya dua orang manusia yang terluka. " I'm sorry..I tak boleh teruskan semua ni dengan you."- Nadia "Kau boleh pergi dan ikut kemahuan hati kau sekarang,aku tak kan tuntut apa-apa." - Zill -------------------------------------------- "Awak cakap awak nak berusaha untuk saya,untuk kita.Tapi kenapa macam ni?"- Nura "Jangan tanya kenapa macam ni,saya tak nak awak terluka.Awak tahu sebab yang jelas Naurah."- Adlin MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START : 17 JANUARY 2025 END : 11 JUN 2025 EDITED : 7-23 MEI 2026
COMPLETE | | MEJAR'S CODE G28 ( IN EDITING) by farhaenanurr
farhaenanurr
  • WpView
    Reads 92,397
  • WpVote
    Votes 2,904
  • WpPart
    Parts 65
SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa sama ada di atas darat atau udara. Kelajuan yang sering menjadi perkara yang akan dilakukan untuk 'healing' bahkan tidak menghiraukan nyawa sendiri. Namun siapa sangka Anggota Tentera Udara berpangkat Mejar ini sudah berani mengintai bunga ditaman. NUR ARFANA FAIQA Nur Arfana Faiqa juga mempunyai perwatakan sangat dingin dengan orang tidak dikenalinya terutamanya manusia bernama 'Lelaki'. Oleh kerana sering kali bertentang mata, Hati turut mengkhianati Tuan tatkala Sang Jejaka mula mendekati. Disaat Hati menerima, ada pula yang menolak. " I followed my heart and it led me to the Air Force" KARYA FARHAENANURR
TAKDIR KITA | SIBF25 by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 175,623
  • WpVote
    Votes 2,137
  • WpPart
    Parts 17
[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri) dan macam-macam lagi. Yang penting happy ending! Kalau baca tu, sedekah la vote untuk saya dan komen lah jugaa! Benda yang awak anggap kecil ni lah sebenarnya yang buat penulis lebih bersemangat. Tinggalkan review juga kalau boleh supaya saya tahu apa yang perlu diperbaiki. Ini cerita pertama saya di wattpad jadi jangan expect lebih. Tegur boleh, menghina jangan. Saya tak perlukan haters di sini. Kalau awak tak suka, jangan baca. Jangan judge story ni selagi tak baca sehingga garisan penamat. Itu je apa yang saya boleh pesan. Start writing this story: 15/2/2024 Finish publishing all chapter: 6/2/2025 SEBARANG PLAGIARISM TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI! ⚠️ JIKA BERLAKUNYA KARYA SAYA DI PLAGIAT, SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN.
Janji Di Bawah Langit Biru by Nurul_Icha_6772
Nurul_Icha_6772
  • WpView
    Reads 557
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 36
Tristan Li. Lelaki Kristian berketurunan Tionghua. Ayah dan ibunya berkhawin beza agama dan berpisah. Dia tidak pernah menyangka, yang dia akan seperti Ayahnya, mencintai seseorang yang tidak seiman Syafara Aisyah. Gadis Muslim berdarah kacukan india-melayu. Di matanya, lelaki itu hanya seorang teman. Dia tidak mahu membuka ruang untuk terluka kerana hal yang sudah jelas. Meski tembok tertinggi runtuh, halangan antara mereka tak pernah berhenti. Apakah ini ujian, atau petunjuk?
KENZOYA by sakiraalfitri
sakiraalfitri
  • WpView
    Reads 2,145,639
  • WpVote
    Votes 83,654
  • WpPart
    Parts 42
Bagi Kenzo, kata-kata Zoya saat sedang emosi terdengar seperti alunan musik yang merdu di telinganya. Nada tinggi, nada rendah, bahkan sindiran tajam dari bibir perempuan itu entah kenapa mengingatkannya pada gesekan biola yang indah. Kenzo menikmati setiap detik kemarahan Zoya, yang sering kali muncul akibat ulah jahilnya sendiri, sebuah kebiasaan yang selalu ia lakukan tiap kali merasa jenuh. Memiliki sepupu seperti Zoya adalah kesenangan tersendiri di tengah kehidupan Kenzo yang monoton. Baginya, mempermainkan emosi Zoya sebagai hiburan kecil tidaklah buruk. Setidaknya, itulah yang Kenzo pikirkan di awal. Start: 25 November 2024 ©copyright: Syakiraalfitri ⚠️ violence, harsh words, anti-hero, mental issues, family issues, criminal act.
MY LECTURER MR. DANIEL [C] by sihaazuu_
sihaazuu_
  • WpView
    Reads 899,512
  • WpVote
    Votes 20,541
  • WpPart
    Parts 52
NAZREEN DANIEL X MIKAYLA ALEXANDER Nazreen Daniel merupakan pensyarah disebuah universiti di Kuala Lumpur. Seorang lelaki yang handsome dan mampu mencairkan mana-mana wanita yang melihat dirinya. Namun sikapnya yang mudah marah dan mempunyai aura negatif membuatkan orang takut untuk mendekatinya. Mikayla Alexander merupakan pelajar baru di universiti tempat Nazreen Daniel berkerja. Dia seorang wanita yang manja dan 'gatal' bak kata Daniel membuatkan Daniel rimas. "Nak cerita tu cerita tak payah tangan tu bergerak." kata Daniel lalu memandang Mikayla tajam. Mikayla buat tak endah "Comel dekpun." puji Mikayla. "Boleh serius tak?" marah Daniel. "Tak boleh." kata Mikayla main-main. Daniel menahan sabar. Nafas ditarik lalu dihembus keluar. Disebabkan satu kejadian membuatkan Daniel tidak percaya pada Mikayla. "Kau betul ke kau makan pil perancang tu?" "Aku lupa nak makan pagi tu." Dada Daniel seperti dihimpit kuat oleh sesuatu. Dadanya sesak mendengar bait-bait kata itu. Dia tak kuat. Hingga sesuatu yang terjadi membuatkan Mikayla jauh dari Daniel. Dan Daniel mula rasa kehilangan Mikayla. Apakah yang aku terjadi? Saksikanlah! Saya tak pandai nak buat sinopsis ni tapi saya cuba. ⚠️ 100 % idea saya sendiri. Kalau tersama dengan cerita orang lain, saya minta maaf ⚠️ Jangan copyright cerita ini. Author melarang sama sekali untuk menciplak milik author. ⚠️ Berumur 15 tahun keatas yang boleh baca. Takut terganggu emosi pula nanti ⚠️ Kalau ada typo jangan segan silu untuk menegur. ⚠️ Jangan lupa vote, follow dan share!! Start : 22 OGOS 2024 End : 17 OKT 2024