Malay
2 stories
PERLU KAMU by ssweetroses
ssweetroses
  • WpView
    Reads 3,399,828
  • WpVote
    Votes 62,698
  • WpPart
    Parts 44
PERLU KAMU (COMPLETED) (UNEDITED) Tanpa diduga Marisa terikat dengan lelaki itu tanpa kerelaan hati disebabkan kepentingan mereka. Marisa menjadi mangsa keadaan. Hati Marisa sakit diperlakukan kasar oleh Rykal sepanjang tempoh perkahwinannya. Cinta Rykal bukan untuk dirinya tapi untuk kakak tirinya. ________________________________________ Rykal pula sanggup berkorban apa saja demi Laila, kekasih pujaannya. Dia rela berkahwin dengan adik tiri gadis itu buat sementara waktu atas permintaan Laila. Dia sanggup asalkan dia dapat bersama dengan Laila pada akhirnya First Book Start : 16 June 2018 End : 24 May 2020 Author : ssweetroses
My Mr. Chef ❤{Completed}  by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 1,701,816
  • WpVote
    Votes 61,065
  • WpPart
    Parts 81
Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan dia seorang yang tidak suka bekerja tetapi ingin hidup dalam kemewahan. Tak kisahlah calon suami dia anak Tan Sri ke, anak Dato ke.. yang penting anak bukan bapak! Takkanlah si Wulan yang jelitawan inginkan suami yang sudah tua bangka? Tak ada kelas namanya! Namun, impiannya itu menyimpang jauh tatkala dia menjejakkan kaki ke Restoran Pasta Delight. Dia yang tidak pernah sekalipun jatuh cinta akhirnya terkena panahan cinta pada chef Raykal Hazizi. Seorang chef yang sangat segak dan penuh dengan karisma. Pelbagai cara yang Wulan lakukan demi untuk merebut hati chef idamannya tu walaupun acap kali dimaki hamun oleh si chef. Dia tabah. Katanya demi my chef... "Nama pun tak boleh nak tahu ke? Kedekutlah chef ni." "Tak ada sebab untuk cik nak tahu nama saya. Saya bukannya kenal dengan cik pun." "Siapa kata tak ada sebab?" Mata mereka saling berlaga. "Sebabnya awak tu bakal suami saya." Raykal merengus kasar. Kucar kacir hidupnya bila perempuan gila itu tiba-tiba muncul. Semua serba tak kena dia rasakan. Dia yang sememangnya terkenal dengan hati batu berubah menjadi lelaki yang paling sweet untuk cik bulan dia. "Aku mencintai kau kerana gigihnya usaha kau untuk mendapatkan aku. Sudikah kau jadi makmum aku buat selamanya?" Lamaran Raykal diterima tanpa berfikir panjang. Sungguhlah usaha dia selama ini tidak sia-sia. Gedik dia pun berjaya juga tundukkan chef hati batu itu. Kehidupan berumah tangga memang indah. Lebih-lebih hidup bersama orang yang dicintai. Namun, tidak semuanya menjanjikan kebahagiaan. Ujian tetap melanda walau utuhnya cinta antara mereka. Pelbagai cara yang Wulan gunakan demi menyelamatkan hubungannya bersama si suami daripada perempuan di luar sana. Termasuklah meminta tips hamil dengan kadar segera pada Dania, sepupu Raykal yang juga merupakan seorang doktor.