random
3 stories
NURIN [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 89,668
  • WpVote
    Votes 4,734
  • WpPart
    Parts 32
☆ [Winner of Wattys 2020 - New Adult] Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidupan sebenar Nurin. Kehadiran ibu dan kakak tirinya membuatkan hidup Nurin bertambah serabut. Ada saja perkara yang mereka cuba lakukan untuk menjauhkan dirinya dari Dato' Isma. Disebabkan hasad dengki kakak tirinya, Husna, Nurin terlibat dalam kemalangan. Kemalangan yang meragut nyawa wanita bernama Dahlia. Tidak pernah ada sehari pun, hati Nurin tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Dari insiden itu juga, dia mengenali Irsyad, peguam yang membela pihak Dahlia dan ingin membawa Nurin masuk ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman. Bagi Irsyad, wanita itu tak akan hidup tenteram selagi dia tidak dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah terjadi kepada tunangnya. Kerana keangkuhan Nurin, Irsyad berfikir negatif tentang diri wanita tersebut. Kejam. Tak berhati perut. Hanya gunakan duit untuk jatuhkan orang lain. Itu apa yang dia fikirkan. Namun, selepas mengenali Nurin pada setiap perjumpaan mereka, satu per satu rahsia Nurin diketahui. Nurin pula, semakin membenci Irsyad kerana daripada orang asing, kini Irsyad lebih tahu tentangnya berbanding orang yang sentiasa ada dengannya. Published: 16th July 2019 Achv: #1 for NovelMelayu (tag) [20th August 2021]
NURIN | 2 [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 37,583
  • WpVote
    Votes 2,810
  • WpPart
    Parts 27
Nurin - Tak perlu diceritakan lagi tentang dirinya. Pada mata orang luar, mereka mencemburui kehidupan Nurin yang serba mewah tetapi itu semua hanyalah taktik untuk mengaburi orang luar. Selepas Datin Salina dipenjarakan, kehidupan Nurin menjadi buah mulut orang ramai. Gosip dan cerita buruk tentang keluarganya ada di merata-merata tempat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Nurin tak berdiam diri, dia mengambil tindakan berat kepada sesiapa saja yang menyebarkan berita palsu tentang keluarganya. Kerana kesihatan Dato Isma yang kurang baik, bapanya membuat keputusan untuk menarik diri dari jawatan Pengarah bagi syarikat Isma Holding. Kekosongan jawatan tersebut membuatkan ramai ahli BOD menunjukkan belang masing-masing. Dato Isma menyerahkan jawatannya kepada Nurin atas kepercayaan yang tinggi tetapi keputusan itu mendapat tentangan hebat terutama sekali dari abangnya sendiri, Dato Ishak. "Masa Datin Salina ada pun, Nurin boleh tewaskan dia. Inikan pula..." "Argh! Kedudukan aku ini lagi tinggi dari Salina dan Isma, mereka berdua macam kacang hijau bila berada di sebelah aku. Setakat Nurin... Ceh! Aku boleh jatuhkan dia sekelip mata saja!" Nurin dengan konflik syarikat dan keluarga. Irsyad pula tersepit di dalam kes kliennya. Kes hak penjagaan anak bagi kliennya, Adel. Hanya kerana dia menang dalam kes itu, Irsyad diburu oleh bekas suami Adel. Musuh Adel menjadi musuh Irsyad. Tetapi ada sesuatu yang tak kena di mata lelaki itu. Dia diburu oleh bekas suami Adel tetapi kenapa Nurin juga terkena tempiasnya? Mustahil semua ini hanya kebetulan. Saat mata dan minda fokuskan kepada musuh masing-masing, musuh mereka sebenarnya ada di depan mata sahaja! "Setiap hari aku minta dekat Tuhan supaya kau hidup dalam kesakitan, Irsyad. Kalau aku tak bahagia, kau pun tak layak untuk bahagia!" Published: 29th January 2021
paper rings.   by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 200,710
  • WpVote
    Votes 24,470
  • WpPart
    Parts 40
- in which he waits for her. 224th, i'm still here. ミ☆ - short au! [ angst, pure love, imaginations ] > perfect for a crying session.