My reading list
8 stories
Projek Athena [3]: Amukan Manusia Ciptaan by SyahiraHozami
SyahiraHozami
  • WpView
    Reads 1,122
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 26
Mengisahkan Athena - manusia ciptaan di makmal bertujuan untuk lahirkan bangsa manusia baru (neo-manusia) yang memiliki daya penyembuhan luar biasa serta kekuatan dan kelajuan melebihi manusia biasa. Namun rupanya projek ini sebearnya satu konspirasi Ezakiel untuk mencipta senjata bio bagi mencetuskan peperangan; Athena kemudian melarikan diri. Perjalanan Athena menemukannya dengan Joseph daripada unit Inteligen Khas kerajaan dan Natalya, seorang bekas pembunuh profesional paling dikehendaki Erudayn satu ketika dahulu dan kini bekerjasama dengan Inteligen Khas. Matlamat mereka sama - menumpaskan Ezakiel! Projek Athena 2: Pertarungan Neo-Manusia - mengisahkan pertembungan Athena, Natalya dan Joseph dengan neo-manusia ciptaan Ezakiel yang baru; Zeus, dan kumpulan teroris yang cuba menjatuhkan tampuk pemerintahan Erudayn. Pertembungan antara Athena dan Zeus membuatkan Athena mula menyedari bahawa tiada manusia yang dilahirkan untuk menjadi jahat, tetapi bukan semua orang juga akhirnya mahu memilih untuk jadi baik. Projek Athena 3 - penutup trilogi Projek Athena - selepas Zeus berjaya melarikan diri, Athena dan rakan-rakannya mendapat berita mengejutkan bahawa Presiden dan isterinya Erudayn telah dibunuh. Lebih mengejutkan apabila mayat isteri Presiden William hakikatnya bukanlah isterinya yang sebenar. Athena, Natalya dan Joseph masing-masing mengesyaki ia merupakan susunan licik Ezakiel. Namun situasi bertambah rumit apabila Natalya menyembunyikan rahsia penting hingga Joseph mula hilang kepercayaan dan Athena mula merasakan yang kewujudannya hanya akan membawa musibah dan membahayakan nyawa orang yang disayanginya. "Keamanan apa hidup dihantui ketakutan?" "Hanya ketakutan yang akan buatkan manusia taat!" ** SELAMAT MEMBACA! ** Novel Projek Athena merupakan versi olah semula cerpen Kod: Athena saya (ada di wattpad ini) dan jalan ceritanya berbeza daripada versi cerpen.
HIJRAH (HIJRAH, #1) by ArifZulkifli_
ArifZulkifli_
  • WpView
    Reads 67,753
  • WpVote
    Votes 490
  • WpPart
    Parts 9
Apabila kita bercakap mengenai hijrah, sering kita kaitkan hijrah itu dengan satu perubahan daripada jahat kepada baik. Tapi macam mana pula yang sebaliknya? Ini kisah aku. Kisah manusia setan yang diberi peluang oleh Tuhan untuk kembali. Ini kisah aku. Kisah seorang manusia yang masih terkapai mencari Dia. Ini kisah aku. Kisah aku dan dia.
Masa-Sebuah Novel by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 120
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 3
"Kata Einstein, masa itu nisbi" 5 orang pelajar universiti masuk ke dalam hutan, bagi mencari spesimen yang dikatakan sepatutnya sudahpun pupus. Masing-masing mempunyai sejarah hitam masing-masing. Trauma yang berbekas dalam hati. Tanpa mereka ketahui, hutan itu menyimpan semua rahsia terpendam mereka, yang akan membawa mereka menelesuri masa yang bercelaru, bagi mengenal tempat mereka sebagai hamba kerdil di alam semesta ini.
Prisoner Six by tpinley
tpinley
  • WpView
    Reads 222,001
  • WpVote
    Votes 12,185
  • WpPart
    Parts 16
[WATTYS 2018 LONGLIST | WATTPAD FEATURED STORY] Sam Sterling is the lone commander of a risky space mission. Her task: to take six prisoners to a remote asteroid, Externo, for a life sentence. But Sam's careful plan is disrupted when a meteoroid storm cripples her ship, and requires more than one person to repair. To survive, Sam must free Dave--prisoner number six--to help repair the damage before it's too late. With time running out and Externo looming, Sam must decide whether she can trust Dave's tale of innocence, or if her entire mission is a lie... HIGHEST RANKING: #13 in Science Fiction. AUTHOR'S NOTE: This story remains unpublished, and I am currently looking to bring it to a wider audience. I hope you enjoy my space madness! Please leave a comment, vote, or introduce yourself. I'm new to the site and would love to hear from you! Copyright © 2017
TELAGA by khairimohd
khairimohd
  • WpView
    Reads 11,650
  • WpVote
    Votes 146
  • WpPart
    Parts 19
Pengalaman penulis membesar di sebuah rumah pusaka yang mempunyai sejarah tersendiri. Rumah itu mempunyai tandas di luar dan ada telaga di sebelahnya. Ada pelbagai cerita tentang telaga itu. Yang mencorakkan pengalaman mistik paling berharga pada diri penulis. Semua berlaku sewaktu penulis masih di darjah 5. Gangguan yang hampir meragut nyawanya. (Skrip Telaga sedang ditekuni editor Fixi untuk 2019, doakan berjaya ya)
Niatnya, Hendak Beri Pengajaran by SyahiraHozami
SyahiraHozami
  • WpView
    Reads 413
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 2
Merupakan sebuah cerpen berunsur sindiran kepada masyarakat kita yang suka memviralkan sesuatu yang memalukan seseorang kepada orang ramai. Dengan alasan, hendak memberi pengajaran kepada orang lain. Jika diberi pilihan, antara nyawa kita dan nyawa keluarga kita, siapa yang akan kita selamatkan sebagai galang ganti kepada perbuatan kita membuka aib orang hingga menyebabkan mangsa membunuh diri? Nyawa siapa yang akan kita taruhkan?
MATI by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 96,072
  • WpVote
    Votes 6,110
  • WpPart
    Parts 22
Mati. Tiada siapa boleh mengelakkan diri daripadanya. Alysia telah gagal dalam SPM dan berniat untuk membunuh diri. Namun apa yang diniatkan tidak berhasil dan muncul seorang wanita berjubah hitam muncul selepas insiden tersebut. Alysia seringkali melihat wanita itu dan merasakan dirinya tidak selamat. Dia memberitahu Kelab Deria Keenam mengenai kejadian itu. Satu hari wanita itu muncul di rumahnya tanpa dijemput. Siapakah wanita itu? Dapatkah ahli Kelab Deria Keenam membantunya? Semuanya dalam MATI(sekuel kepada cerita GILA) Highest Rank : #9(22/10/2016) Current Rank : #18 in Horror
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,388
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.