Shining lights🌠
40 stories
I Miss You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 2,568,425
  • WpVote
    Votes 97,872
  • WpPart
    Parts 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ Jayden pernah menjadi bayangan silam yang menghantui Sofea. Lelaki yang membuli, menghina, dan meninggalkannya dengan luka. Selepas lima tahun, mereka bertemu kembali dan ditakdirkan sebagai suami isteri kerana satu fitnah yang menjatuhkan maruah Sofea. Perkahwinan itu tidak dimulakan dengan cinta, namun Jayden diam-diam belajar menyayangi wanita yang pernah dia sakiti. Dia cuba membayar semua kesalahan masa silam, namun sayangnya... sejarah berulang. Satu lagi fitnah memisahkan mereka dan kali ini, Sofea yang pergi meninggalkan Jayden tanpa menoleh ke belakang. ❄ I Miss You ++ Bonus I Miss You 2 ~ Kisah cinta Amar Gadafi dan Yara © 2018
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,312
  • WpVote
    Votes 13,058
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
Tolong Jagakan Dia by mrssakeena
mrssakeena
  • WpView
    Reads 366,545
  • WpVote
    Votes 16,160
  • WpPart
    Parts 75
( Tengku Iyan Shah Darren × Nurul Insyirah Delysha ) NURUL INSYIRAH DELYSHA seorang gadis polos dan naif. Dia terpaksa bekerja di kelab malam hanya disebabkan satu perjanjian bersama ayah kandungnya yang kaki judi. Hidupnya tidak seindah wanita diluar sana. Hanya disebabkan kerjanya , dia diperlekehkan dan dibenci orang luar. Ternyata impak dia bekerja di situ amatlah mendalam. Hidupnya berubah 100% selepas mengenali seorang pemuda yang sanggup membantunya. Hati yang robek kini terpaut dengan kebaikan lelaki itu. Tetapi perangai dan kelakuan lelaki itu membuatkan dia buntu dan keliru. TENGKU IYAN SHAH DARREN merupakan seorang kapten juruterbang yang kaya, mempunyai harta dan seorang yang mempunyai rupa paras yang menawan. Lelaki yang ego, sombong, berlagak, playboy dan sudah jauh terpesong dari agama islam. Pertemuan bersama seorang gadis yang sungguh comel dimatanya telah mengubah kehidupannya menjadi seorang yang lebih baik. " Why baby? Kau suka ke dia raba-raba kau sesuka hati? Kau suka lelaki buat macam tu dekat kau? Dah tak ada maruah ke hah?! Oops, yeah, aku terlupa pula. Pelacur kan? Pelacur akan tetap jadi pelacur! Memang tak ada maruah!" - Iyan Shah Darren. " Saya bukan pelacur macam yang awak cakapkan itu! Saya masih ada maruah dan harga diri. Apa hak awak nak hina saya!" - Insyirah Delysha. Pelbagai halangan dan rintangan yang mereka lalui bersama selama ini. Mampukah mereka bersatu dan hidup bahagia seperti pasangan yang lain suatu hari nanti? Adakah orang ketiga akan membiarkan mereka hidup bahagia? " Tiada siapa yang boleh mengubah takdir kita." - Iyan Shah Darren. " Tetapi jika hati tiada ruang untuk diberi peluang , apa gunanya lagi takdir kita ini?" - Insyirah Delysha. ~Love is the voice under all silences, the hope which has no opposite in fear; the strength so strong mere force is feebleness: the truth more first than sun , more last than star~ e.e. cummings. jadi, jemput baca gais❤️
Lelaki Dingin itu Suami Aku✔ by AmaraAishh
AmaraAishh
  • WpView
    Reads 8,194,289
  • WpVote
    Votes 236,066
  • WpPart
    Parts 68
Arissa, yang dibeli oleh Rayyan dari kelab malam tidak ubah dilayan seperti perempuan simpanan Rayyan. Bukan cuma itu, Rayyan mengurungnya di dalam kondominium yang serba mewah. Rayyan mula cemburu apabila melihat layanan Kamal terhadap 'perempuan simpanan' dia seperti seorang kekasih. Lagi-lagi kalau Arissa melayan Kamal. Perkahwinan dilakukan atas dasar bertanggungjawab dan menutup kes desakkan mummynya. Wanna know what happen next? Read it! =) Not a novel. Just imagination for cast =) Achievement:- #5 in romance
Benci Mr. Tengku √ by syahhnn
syahhnn
  • WpView
    Reads 1,424,674
  • WpVote
    Votes 53,017
  • WpPart
    Parts 101
Dua nama. Dua perangai. Dua penampilan. Semuanya berbeza. Tapi hanya satu jasad. Dia seorang yang penyayang, periang, penyabar dan seakatan denganya. Digelar 'pembawa malang'. Dilabel 'perempuan murahan'. Dibuli secara mental dan kadang-kadang fizikal. Disakiti tanpa orang sedar. Terlalu letih dia menadah telinga, menahan sakit dengan semua itu. Sejak lahir, tidak pernah rasa aman. Walau dia tidak mengerti. Adapun dia tersenyum lebar hanya dapat dikira dengan jari. Dia seperti itu nekad untuk mengubah diri dan penampilan jika itu yang orang mahukan. Dan biarlah dia yang dulu tidak dicari oleh sesiapa pun selepas bertukar. Dalam diam seorang berdarah kerabat. Setelah kepulangannya dari luar negara, satu-satu ujian mula hadir. Orang yang dibenci, kini hadir semula. Itu juga dikira ujian. Lagi-lagi apabila jejaka itu tidak berputus-asa untuk luahkan rasa bersalah terhadap si dia yang dulu selepas diketahui perkara sebenar. Disebabkan seorang perempuan, dia berubah. Cara hidupnya pun berubah. Sangat jahiliah. Hadirnya si dia dalam hidup membuatkan dia mula sedar. Tidak dapat dikira lagi berapa kali bibirnya tersenyum sepanjang bersama dengan wanita itu. Tanpa sedar seseorang telah menaruh dendam kepada ahli kerabat keduanya dan telah dirancang dari Mayamin berpindah ke bandar. Satu-satu rancangan yang diatur rapi, gagal kerana halangan seseorang. Membuatkan dia membuat rancangan baru. Mampukah Maisarah mengharungi ujian dan konflik kehidupannya?
Isteriku Cik Bos [Republish] by MissTaeyeon
MissTaeyeon
  • WpView
    Reads 1,427,010
  • WpVote
    Votes 46,148
  • WpPart
    Parts 86
[SINOPSIS]: (Raisya Amyra) Seorang bos yang sangat komited. Tahap garang dia tak usah cakaplah. Mak singa pun boleh lari kalau dengar dia mengamuk. Tetapi, dia tak ada lah selalu sangat pun mengamuk. (Tengku Zafran Adam) Seorang yang agak merendah diri dan sweet! Walaupun berpangkat seorang Tengku, namun dia tidak pernah angkuh dengan pangkat tersebut. Bagi Tengku Zafran, bekerja sebumbung dengan Cik Raisya memang memerlukan kesabaran yang tinggi! Mereka disatukan bukan kerana terpaksa. Tetapi atas arahan Raisya sendiri. Ada sebab kenapa dia sendiri meminta Tengku Zafran mengahwininya, sedangkan dia pernah menolak lamaran Tengku Zafran sebelum ini. "Awak, saya sayang awak."-Raisya Amyra "Apa dia? Tak dengarlah."-Tengku Zafran Baru sahaja Raisya terpaut hati pada Encik Suami, muncul pula Maya mengganggu hubungan mereka. "Apa semua ni Zaf? Betul ke apa yang papa tengok ni?" -Dato' Faizal- "Tak, papa. Zaf tak buat pun semua ni. Sayang percaya abang, kan?" -Tengku Zafran- "Kahwin dengan Maya. Then, I will trust you."-Raisya Amyra- Credit the beautiful cover to: @HinyDyaa Best Achievment: -2 in Romance -2 in Viral List -Wattys Awards Winner 2016
Give Your Little Heart by sweetipie_
sweetipie_
  • WpView
    Reads 920,493
  • WpVote
    Votes 21,547
  • WpPart
    Parts 75
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak mahu hidup merempat lagi. Tetapi takdir tuhan itu sangat cantik. Dia ditemukan dengan seseorang yang sudi menumpangkannya secebis kasih untuk meneruskan sisa hidupnya yang masih panjang. Yang mana dia sendiri tidak tahu bagaimana kehidupan dia selepas ini. Pasrah. ... Hidupnya berubah bila munculnya Faris Idham yang memang menyakitkan hati sejak dia kecil. Hanya disebabkan satu insiden yang dirancang orang lain, keduanya terpaksa bersatu tanpa kerelaan masing-masing. "Eii mangkuk! Hari tu cakap nak tunggu tiga bulan lagi kan? Kenapa tak ikut deal?" -Nuha Fitriyah "Itu deal kau bukan aku. Lagipun semalam tu kau yang nak dan aku tak pernah paksa pun. Jadi tak jadi masalah kut." -Faris Idham Apabila keduanya ingin menangkan ego, akan wujudkah bahagia itu?
ISTERIKU BUDAK SEKOLAH [COMPLETED] by HilmiSpencer
HilmiSpencer
  • WpView
    Reads 2,242,398
  • WpVote
    Votes 42,483
  • WpPart
    Parts 81
Irfan - Seorang lelaki 23 tahun berkahwin dengan budak perempuan yang baru 17 tahun. Tak sangka dia menjadi suami kepada budak sekolah. Isterinya merupakan pelajar yang menjadi kegilaan pelajar lelaki. Dan juga mempunyai ex boyfriend yang masih menagih cintanya. Kekasih lamanya yang merupakan isteri kepada kawan baiknya juga menaruh harapan padanya. Mampukah hubungan mereka bertahan? START : 13/11/2018 END : 25/12/2019
(E-BOOK) NUR QASEH  by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 2,681,983
  • WpVote
    Votes 86,102
  • WpPart
    Parts 42
Regular price : Rm20 RUJUK LINK INSTAGRAM UNTUK PEMBELIAN EBOOK 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡, 𝐛𝐚𝐫𝐭𝐞𝐫, 𝐬𝐮𝐛𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞, 𝐫𝐞𝐦𝐮𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐦𝐞𝐧𝐝𝐬. "𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠. 𝐊𝐚𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐮." 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐥𝐤𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐍𝐮𝐫 𝐐𝐚𝐬𝐞𝐡?