We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
🍿
61 stories
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 12,034
  • WpVote
    Votes 2,212
  • WpPart
    Parts 36
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
The Endgame by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 19,185
  • WpVote
    Votes 1,508
  • WpPart
    Parts 40
STAND-ALONE ⋆͛︎ Prequel & Spin-Off Zade Archer. Memiliki perwatakan yang bertentangan daripada sepupunya. Dianggap tidak berperasaan dan kurang mahir dalam menunjukkan emosi, dia merupakan seorang pemain bola sepak atau posisi yang lebih tepat, penjaga gawang gol. Layla Anasia. Kerana minat dan bidangnya, dia bersetuju menjadi seorang pelatih peribadi bagi pasukan bola sepak Selangor FC namun martabat dirinya sebagai seorang wanita diperlekehkan. "Be with me for one year. Stay with me. Aku janji aku akan jaga kau." Angkara perbuatan orang lain, Zade sanggup menggadai dirinya demi Layla. Sukar untuknya berpura-pura tidak peduli bila hatinya inginkan Layla seorang. Apa yang Zade lakukan, semuanya berlandaskan satu perasaan. Cinta. Perasaan yang belum pernah dia rasai selama ini. Layla yang mengajarnya erti menyayangi. Tidak mungkin Zade mampu melepaskan Layla pergi.
𝐀𝐫𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐚 | C  by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 220,227
  • WpVote
    Votes 12,012
  • WpPart
    Parts 53
𝐈𝐝𝐫𝐢𝐬 𝐄𝐬𝐡𝐚𝐚𝐥 | 𝐓𝐚𝐬𝐧𝐢𝐦 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐚 "Bunga akan mekar bila dijaga dan dihargai betul-betul. Tapi kalaulah seorang pun tak boleh jaga dan hargai, lambat-laun bunga tu akan layu." Hidup adakalanya seperti bunga. Ada masanya ianya mekar, ada masa ianya layu. Tasnim Adela tidak pernah menyangka sebuah khabar mampu menghancurkan sesuatu yang telah susah payah dibinanya semula. Namun, melihat masa lalu memilih untuk bahagia bersama orang lain membuatkan segala yang dipendam kembali berdarah. Hinggalah dia bertemu dengan Idris Eshaal. Lelaki yang berdiri di persimpangan luka yang sama. Lelaki yang memahami perasaan itu tanpa perlu Tasnim menjelaskannya dengan kata-kata. "E-Eshaal?" - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Pertemuan itu tidak pernah diduga Tasnim. Dan siapa menyangka, pertemuan pertama itu juga boleh mengubah segala-galanya dalam hidup mereka. "Tanya kenapa lagi, kau tak nampak ke yang aku tengah lamar kau ni." - 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐄𝐒𝐇𝐀𝐀𝐋 "Nak melamar perempuan bukan macam ni caranya. Cara awak tu nampak macam memaksa, bukannya romantik." - 𝐓𝐀𝐒𝐍𝐈𝐌 𝐀𝐃𝐄𝐋𝐀 Maka dari situ, termeterailah satu ikatan yang tidak pernah dirancang oleh hati. Tanpa cinta. Tanpa harapan. Dan tanpa janji untuk saling memiliki. Tetapi, ada perkara yang sukar dikawal apabila dua jiwa yang pernah patah dipaksa berjalan seiring. Sedangkan semakin mereka cuba meletakkan batas, semakin takdir menemukan alasan untuk meruntuhkannya satu demi satu. Kerana kadangkala, orang yang hadir untuk membantu kita melupakan seseorang... akhirnya menjadi orang yang paling sukar untuk dilepaskan. Persoalannya, adakah hubungan ini sekadar jalan keluar daripada masa lalu? Atau sebenarnya permulaan kepada sesuatu yang tidak pernah mereka rancang?
Takdir Dua Empayar [Complete] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 76,840
  • WpVote
    Votes 4,363
  • WpPart
    Parts 53
"Perkahwinan mereka bukan bermula dengan cinta... tetapi takdir dua empayar." Di sebalik nama besar, kekayaan, dan dunia elit yang penuh aturan, Tengku Ameer Rayqal dan Ellara Arissa dipertemukan demi menyatukan dua empayar paling berpengaruh di Malaysia. Satu perkahwinan yang pada awalnya hanya dianggap strategi keluarga. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik protokol, media, dan tekanan dunia korporat lahir satu perasaan yang perlahan-lahan mengubah segalanya. Saat cinta mula hadir selepas akad, mereka terpaksa belajar bahawa menjadi suami isteri bukan sekadar berkongsi nama tetapi berkongsi luka, rahsia, dan hati. Dalam dunia yang sentiasa memerhati, mampukah dua hati benar-benar bertahan apabila takdir, keluarga, dan empayar terlalu besar untuk dilawan? Takdir Dua Empayar kisah cinta selepas perkahwinan antara dua waris yang terperangkap di antara tanggungjawab dan perasaan. 🌻 Karya Agung ByHas🌻
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 815,462
  • WpVote
    Votes 60,804
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
CARDIO: ASH (COMPLETE) by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 328,806
  • WpVote
    Votes 12,562
  • WpPart
    Parts 49
Muhammad Ayyash Hazmi, seorang pakar bedah jantung yang hidup sebatang kara. Kehidupannya hanya berkisarkan hospital semata-mata. Bagi mereka, Ayyash hanyalah seorang lelaki yang tak suka bergaul dengan manusia lain. Pelbagai nama panggilan yang dia dapat daripada staf bawahannya kerana kedinginan dan ketegasannya. Nur Hazirah Husna, seorang wanita yang baru saja mendapat gelaran doktor pelatih. Dia telah memilih jabatan kardiologi sebagai tempat lapangannya. Mengenali Ayyash membuatkan dia terasa ingin menjadi anak didik yang terbaik lelaki itu. Mampukah Hazirah Husna mencairkan kedinginan Ayyash Hazmi?
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 12,136,633
  • WpVote
    Votes 402,445
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
✓ TUNKU NOAH NATHAN  by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,590,083
  • WpVote
    Votes 491,015
  • WpPart
    Parts 71
#1st UNDER HE SERIES: •Tunku Noah Nathan 👑 ~Under His Killing Eyes~ TUNKU NOAH NATHAN... Sebut saja Noah De'Angelo, nama yang digeruni dan ditakuti. Nama yang tidak dinafikan kehebatan. Nama gah yang terkenal di mata dunia. Bila dia Tunku Noah Nathan... semua wanita menggila. Namun bila dia Noah De'Angelo... tak ada siapa yang berani melihat anak matanya yang membunuh itu. Tapi bukan bagi ARMAYA MIKAEYLA... Baginya lelaki itu bukanlah sesiapa untuk dihormati dan disanjung tinggi. Hanya sebaris nama buat dia rasa muak. Menyampah dengan dunia orang kaya seperti Tunku Noah itu. Menyampah dengan dunia sendiri semestinya. Tunku Noah pastinya tak ubah seperti orang kaya tipikal yang lain. Cliche! "He is nothing. Dengar nama pun aku tak suka. Semoga muka macam jamban tak siap. Kalau muka dia handsome macam mana sekalipun, aku takkan jatuh cinta dengan dia. Cinta tentang hati bukan tentang muka. Kan?" Saat pertama kali berjumpa Tunku Noah Nathan... bagi Armaya Mikaeyla, dia tak ada masa nak jatuh cinta pandang pertama, love at first sight, tersungkur tergolek ke apa ke, tak PAYAH! Buang masa. Bak kata sahabatnya, dari mata turun ke hati. Tipulah kalau hati Armaya tidak lemas dengan pandangan membunuh mata cantik itu. Tapi maaf... he just not my type! Armaya tersilap langkah. Dia hanya kenal Tunku Noah Nathan. Namun dia belum kenal siapa Noah De'Angelo. "Welcome to my world, my little angel." When his golden eyes collide with mine, when my dark eyes meet him's, That's when the feeling comes. Always...
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,373,965
  • WpVote
    Votes 302,628
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*
Light Of My life [C] by missraicom
missraicom
  • WpView
    Reads 152,262
  • WpVote
    Votes 18,061
  • WpPart
    Parts 50
[2021] <KARYA PERTAMA> Amalia Narnia | Amsyar Neezreeq . . Kerana satu doa menjadi jalan kebahagiaan. Pertemuan di kedai buku, menjadi salah satu sebab untuk dia ingin mengetahui Amalia lebih mendalam. Apabila Amsyar mengetahui mereka menuntut ilmu di tempat yang sama, Amsyar mula mencari peluang untuk mendekati Amalia. "Assalamualaikum, cik gadis. Kenal saya tak?" - Amsyar Neezreeq "Tak." - Amalia Narnia "Saya rasa kita baru je jumpa tadi" - Amsyar Neezreeq "Sorry boy, you got wrong person" - Amalia Narnia Tetapi tidak semudah itu untuk Amsyar. Hati Amalia cukup keras dan penuh dengan sifat dinginnya. Payah sungguh untuk mengeluarkan kata-kata. Baginya dia langsung tidak penting untuk sesiapa. Hatinya cukup sakit apabila mendengar kata- kata sampah yang dilontarkan oleh orang disekelilingnya. Hilang ibu dan rakan baiknya. Sekali gus menarik segala kebahagiaannya. Segala hancur. Hidup mulai gelap gelita. Bahkan bayang langsung tidak dapat dilihat. Apakah penyebab yang membuatkan Amalia berpelakuan sebegitu? Adakah cara untuk Amalia kuat untuk terus berdiri di dunia ini? "Allah takkan uji seseorang kalau dia tak kuat untuk menerimanya" - Amsyar Neezreeq *** "Why are you still single?" - Amsyar Neezreeq "Jodoh belum sampai, kut. Kau pula? Kenapa kau masih single?" - Amalia Narnia "Sebab awak belum sedar jodoh awak depan mata" - Amsyar Neezreeq Namun, mampukah Amsyar mengubati hati Amalia? Bagaimana? . . *** ° Feel free to comment. To appreciate what i did. ° TW/ DEPRESSION ° You will know what benefits of du'a in this book. Start: 09 September 2021 End: 30 December 2021