herestella's Reading List
200 stories
Sekali Lagi Memiliki by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 502,333
  • WpVote
    Votes 16,806
  • WpPart
    Parts 69
[ Book 8 ] Selepas kehilangan cinta pertama, hati kembali terbuka untuk menerima cinta baru apabila dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan mereka tidak dirancang, malah awal pertemuan mereka, mereka sering bertengkar disebabkan perselisihan faham. Pantang bertemu empat mata, pasti ada saja yang mahu digaduhkan. "Kau tak nampak ke aku tak suka kau?" -Fayyad Asyraf "Tuan ingat saya suka tuan? Saya berlipat kali ganda tak suka tuan." -Nur Asyrah Tiada siapa dapat menduga, daripada menjadi musuh, mereka boleh menjadi kawan sehingga menimbulkan perasaan sayang tanpa sedar. Namun, perasaan itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. "Tahniah atas perkahwinan tuan dengan Umaira. Saya tumpang gembira." -Nur Asyrah Apa lagi yang boleh dia lakukan selain daripada mendoakan kebahagiaan rumahtangga lelaki yang dia cinta itu biarpun sakitnya tidak tertanggung. Bagaimana dia mahu menerima hakikat bahawa lelaki itu mengahwini sahabat baiknya? Jika dia tahu, lelaki yang sering disebut-sebut oleh Umaira adalah lelaki yang sama dia kenali, takkan mudah-mudah membiarkan hatinya jatuh cinta pada lelaki itu. Kini, bagaimana dia harus melalui hari-harinya selepas ini dengan hakikat itu? Mampukah dia reda dengan takdir Tuhan? Masih ada peluangkah untuk dia memiliki lelaki itu sebenar-benarnya?
YOU ARE MINE (#4): MRS.JERICHO by NZA1125
NZA1125
  • WpView
    Reads 1,747,482
  • WpVote
    Votes 52,061
  • WpPart
    Parts 31
"You will carry my surname until the day you die sweetheart"- Tengku Jericho "Nanti awak malu pula bila orang tahu budak cacat pemegang nama keluarga Jericho"- Luqyana Farha Nisrina Tengku Dhiyaulhaq Elhasiq Jericho. Jejaka berkacukan Belanda, Brazil dan Arab. Bergelar billionaire dan punya segalanya. Menjadi pemilik syarikat penerbangan dan syarikat sekuriti terhebat menjadikannya dambaan wanita. Duit masuk dan keluar seperti air. Playboy. Kelab dan wanita. Itulah keseronokannya. Namun, takdir mempertemukannya dengan seorang doktor. Luqyana Farha Nisrina. Seorang Pakar Gynaecology. Dia bukanlah seorang wanita yang alim dan warak, tetapi dia sangat menjaga maruahnya. Pertemuannya dengan Tengku Jericho yang arrogant membuatkan hatinya terpaut dengan lelaki itu. Kisah mereka bermula lebih awal daripada Tengku Adam dan Aurora. Pada awal perkahwinan, semuanya kelihatan bahagia. Namun, semuanya berubah saat kelahiran anak perempuan mereka. Tengku Eshal Madelief Jericho. Seorang anak istimewa yang menjadi kebanggaan Luqyana tetapi bukan Tengku Jericho. Itulah petanda pengakhiran hubungan mereka dan akhirnya dia pergi meninggalkan lelaki itu. 3 tahun Luqyana berhadapan cacian dan makian orang sekeliling demi membesarkan anaknya. Berkat kesabarannya, kini dia dan Eshal bahagia. Namun disaat dia hendak menuai rasa bahagia bersama jejaka lain, Tengku Jericho hadir kembali di dalam hidupnya. Hadir untuk menuntut pewaris dan isterinya. COVER: Special thanks to a lovely and adorable girl (_newsara_)
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 191,803
  • WpVote
    Votes 8,597
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
Dia, Bintang di Syurga by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 137,113
  • WpVote
    Votes 10,478
  • WpPart
    Parts 80
( inspirasi dari kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
C |  Warkah Cinta Terindah by notafoxy
notafoxy
  • WpView
    Reads 103,477
  • WpVote
    Votes 3,470
  • WpPart
    Parts 43
"Siapa kau sebenarnya?" suara garau itu, memecah keheningan malam itu. Pandangan matanya tajam menikam pada wajah polos itu. "Aku tanya... siapa... kau sebenarnya?" soalan itu diulang lagi oleh Megat Nufail. Nafasnya dihela kasar, dada bidangnya jelas kelihatan berombak. "Jawab!" tengking lelaki itu. Langkahnya kian mendekati tubuh wanita yang kecil itu hingga rapat bersandar pada dinding. Anak mata mereka berdua saling bertaut. "S..saya..." suara Indah Qasreena serak, dia menelan liur. Renungan Megat Nufail semakin tajam, seolah pisau belati yang menikam. "Kau isteri aku. Aku percayakan kau... Ini yang kau balas? Siapa kau!" tengkingnya lagi. Megat Nufail semakin mendesak Indah Qasreena untuk memberikan jawapan. Tak semena-mena, segaris senyuman sinis merekah di bibir Indah Qasreena. "Jadi... kau dah tahulah ya?" ucapnya, dingin. Megat Nufail menghentak tangannya ke arah dinding. Dia mendekatkan wajahnya. Renungan matanya masih tajam dan tidak berganjak dari wajah polos isterinya. Indah Qasreena segera menepis tangan Megat Nufail. "Siapa pun aku... aku dah jadi isteri kau. Isteri kau yang sah." sinis, senyuman semakin melebar di wajahnya. Megat Nufail menggenggam erat pada tangannya, cuba menelan sabar yang semakin membara di ruang hatinya. "Kau...!" ucapnya, menahan marah. Indah Qasreena hanya menatap wajah suaminya yang sudah merah padam itu. "Nak pukul? Pukul lah," dia cuba memarakkan lagi api yang sudah tersedia membara. PANG! Satu tumbukan dilaynangkan tepat di sisi wajah Indah Qasreena. Nafas kasar Megat Nufail jelas kedengaran. "Aku belum dayus lagi, untuk pukul perempuan," ujar Megat Nufail, dingin. Start: 26th September 2025 End: 23rd November 2025
REVIRA : The Seductive Villain by eryvee
eryvee
  • WpView
    Reads 1,619,344
  • WpVote
    Votes 40,075
  • WpPart
    Parts 68
UNTUK PEMBACA MATANG (19+) *** Tiara - Seorang gadis kampung mempunyai rupa paras yang cantik. Bukan hanya itu. She's stunning, seductive and also -irresistible. Misinya : Goda bakal abang iparnya. Bakal tunang kakaknya, Tirah. Tapi itu tak mudah bila mana Han bukan seorang lelaki yang mudah masuk dalam jeratnya. Jadi adakah dia akan goyah? I bet you will not like this villain. Don't read it. - - - © 2025 EryVee. All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means without the prior written permission of the copyright owner. Completed : 3 October 2025
MASIH MENANTI ✓ by f4r33n
f4r33n
  • WpView
    Reads 24,687
  • WpVote
    Votes 2,259
  • WpPart
    Parts 55
TEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama 'Bryan' itu buatkan Eryna tidak sangka yang jejaka itu rupanya orang berbangsa Cina. "Tak nampak macam cina pun?" - Eryna Safiya "Habis, nak suruh aku lekat bak kut teh dekat muka baru nampak macam cina?" - Daniel Bryan Akan tetapi, dalam mereka elok berkawan, pasti akan adanya pendengki yang tidak senang melihat mereka bersama. Dan yang paling Eryna tidak sangka, pendengki itu ialah kawannya sendiri. "Bagi aku, kau cuma orang ketiga yang dah rosakkan hubungan kita orang." - Fasha Hani Kawan punya kawan, hari semakin berlalu. Tiba masa Eryna luahkan apa yang dirasakan selama ini. Tapi, dia tahu. Tak semua yang kita suka, akan kita miliki. "Pagi sekolah, petang kerja, malam penat. Mana sempat aku fikirkan benda ni." - Daniel Bryan SPM hampir tiba. Namun, Danial pergi tanpa berita. Eryna buntu awalnya. Tapi, jika ditakdirkan tiada jodoh, tiadalah. Akhirnya, dia merelakan. Tujuh tahun berlalu. Tanpa khabar dan tidak bersua. Eryna sudah hampir dua tahun menjadi tunangan orang. Sebulan lagi pernikahannya berlangsung. Faiq Ashraf, sedikit sebanyak telah mengubat rindunya pada Daniel. "Aku tak minta kau balas cinta aku sekarang, sebab aku yakin yang cinta tu akan datang lepas kita jadi pasangan halal." - Faiq Ashraf Justeru, Eryna masih mengharapkan Daniel kembali. Tapi jika Daniel kembali, akankah mereka bersama seperti dulu? Jika bersama semula, bagaimana dengan majlis kahwinnya yang akan berlangsung sebulan lagi? Bagaimana pula dengan Faiq Ashraf yang mula mengharapkan cintanya berbalas? "Ada perpisahan yang akan kembali. Ada juga yang takkan kembali. Dan perpisahan yang kembali itu ialah perpisahan sementara. Manakala perpisahan yang takkan kembali itu ialah sebaliknya." COMPLETED ✅
Trapped In Wildness | 21+ by anonyghostt
anonyghostt
  • WpView
    Reads 20,669
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 5
Trapped Series Book One Trapped In Wildness ≽^• ˕ • ྀི≼ Terperangkap berdua di private villa di tengah lautan biru. Tanpa halangan, tanpa gangguan. Yang tersisa hanya mereka berdua, terdampar di sana dengan perasaan yang ditahan-tahan... Namun, mampukah mereka bertahan? ≽^• ˕ • ྀི≼ Forbidden Desires. Hidden Pleasures. Endless Temptation.
My Grumpy Jealous Husband by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 770,558
  • WpVote
    Votes 10,297
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
Wife Ku Penggoda (complete 💞) by Shaffa_Easya
Shaffa_Easya
  • WpView
    Reads 4,872,288
  • WpVote
    Votes 65,257
  • WpPart
    Parts 56
*Bacaan 18 dan keatas shja! Kahwin dengan Mamat Ais Kutub Utara? Awal-awal Arheana geleng kepala. Tapi, bila dah kata jodoh, terpaksa juga Arheana terima. Dalam terpaksa, timbul jua rasa sayang pada Encik Suami. Tapi, Encik suami pula sebeku Ais atlantik. Jom usya.. macam mana Arheana jadi Penggoda si ais atlantik itu! #Make sure, anda adalah 18 and ↑!! *Heavy scene here♂