Themilkmilobos657
- LECTURAS 5,978
- Votos 124
- Partes 12
Lucca Matthew atau Tuan Ilham Haikal?
Adakah dua lelaki ini sebenarnya mempunyai kaitan?
Sejauh mana engkau sanggup pergi demi cinta?Sejauh mana engkau rela meninggalkan segalanya demi cinta?
Kyra Aisyah, seorang gadis yang sentiasa dikelilingi oleh abang-abang yang terlalu ketat mengawal hidupnya, membuatkan dia jarang keluar dan hampir tidak pernah bergaul dengan mana-mana lelaki.
Sehinggalah suatu hari, dia dipertemukan dengan Auntie Zahra, wanita yang beria mahu menjodohkan Kyra dengan anak buahnya. Seorang lelaki yang sudah hampir berusia 40 tahun.
Ingin sahaja Kyra menolak. Namun apakan daya. Dia tidak mampu berbuat demikian tanpa alasan yang kukuh.
Namun, kisah lelaki itu pula berbeza.
Selama 15 tahun, hatinya hanya tertumpu pada seorang gadis. Gadis yang pernah tidak sengaja terlanggar trolinya di sebuah kedai coklat di Langkawi, 15 tahun lalu.
Walaupun masa berlalu, perasaannya tidak pernah berubah. Akhirnya, dia terbang ke Malaysia demi mencari wanita yang masih setia hidup dalam ingatannya.
Namun, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang, bahunya dilanggar oleh seorang wanita yang tergesa-gesa keluar dari pintu utama.
Rasa ingin tahu membuatkan dia sanggup mengupah orang bawahannya untuk menyiasat wanita yang dipanggil dengan gelaran "Cik Cinta" itu.
"Now I know why they call you Cik Cinta..."-ππππ πππππ
"Encik Daim?"-ππππ ππππππ
Perkenalan mereka bermula secara perlahan, penuh rahsia dan tanda tanya. Sehinggalah mampu membawa mereka berdua ke jenjang pelamin.
Namun siapa sangka, kebahagiaan itu hanya sementara. Selepas rahsia Ilham terbongkar, kebahagiaan mereka seakan hilang dalam sekelip mata.
"Love is killing you, Matthew." -πππππ ππππ