My Reading
3 stories
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 38,228
  • WpVote
    Votes 3,795
  • WpPart
    Parts 62
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸
Mr. Sweet Tu Aku Punya ! by IeqahKazumi
IeqahKazumi
  • WpView
    Reads 1,704,584
  • WpVote
    Votes 94,495
  • WpPart
    Parts 68
HUZAIRIE | ALIYA Apabila rakyat biasa harus berkahwin dengan anak raja ? Hanya kerana wasiat yang dicipta pada masa lampau ? Aliya Sofrina anak rakyat biasa perlu menunaikan wasiat atoknya dan atoknda Tengku Ilham Huzairie. Adakah Aliya Sofrina boleh bertahan dan bersabar dengan sifat dingin Ilham Huzairie yang tidak pernah tunjuk sifat sweet dia bila di khalayak umum ? Betul ke yang Iham Huzairie adalah Mr sweet yang Aliya Sofrina cari selama ni ? ⚠️ Hak cipta terpelihara ! Jangan sesiapa pun copy ya ? Please be honest ⚠️ #Rank | 1 in Malay Story #Rank | 2 in Romance
Dusta Puteri Palsu by Qayssz
Qayssz
  • WpView
    Reads 100,354
  • WpVote
    Votes 10,986
  • WpPart
    Parts 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menjadi misteri. Takhta tetap harus ada pemegangnya. Ancaman kerajaan musuh terus menerus memaksa Dahlia menggantikan puteri yang hilang. Satu persatu rahsia kerajaan terbongkar merungkai seribu satu misteri, mematahkan segala sejarah palsu. Dua jiwa bertemu kerana Allah. Namun yang disangkakan takdir ternyata hanya sekadar hadir.