alrnsya's Reading List
33 historias
MILIK SANG PENJAJAH por Valerie4ziz
Valerie4ziz
  • WpView
    LECTURAS 9,484
  • WpVote
    Votos 104
  • WpPart
    Partes 22
Mengambil latar belakang Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 (sekitar 1887), novel ini mengisahkan tentang Arthur William Sterling, seorang Leftenan British yang dikhianati oleh bangsanya sendiri dan dibiarkan mati di dalam hutan belantara Perak. Arus sungai yang deras membawanya ke hulu, di mana dia ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan oleh Melati, anak kepada seorang guru silat yang disegani, Pak Idris. Di bawah jagaan Melati, Arthur bukan sahaja sembuh dari luka fizikal, malah dia "dilahirkan semula". Namun, cinta yang mekar di antara mereka bukanlah sebuah dongeng indah. Ia adalah sebuah hubungan yang sarat dengan pengorbanan, konflik budaya, dan nafsu yang membara. Apabila masa lalu Arthur mengejar mereka hingga ke sempadan Siam, Arthur berubah menjadi seorang lelaki yang gelap, posesif, dan dominan. Di tengah-tengah penghinaan penjajah terhadap Melati yang dianggap sekadar "orang gaji," Arthur bertarung dengan syaitan di dalam dirinya sendiri-antara menjadi pelindung yang dicintai atau raksasa yang menakutkan.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] por Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    LECTURAS 636,696
  • WpVote
    Votos 24,076
  • WpPart
    Partes 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
THE REVENGE BEGINS © por _niahara_
_niahara_
  • WpView
    LECTURAS 917,157
  • WpVote
    Votos 31,711
  • WpPart
    Partes 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
Dendam Dalam Cinta [REVAMPED] por marleenotme
marleenotme
  • WpView
    LECTURAS 677,739
  • WpVote
    Votos 21,412
  • WpPart
    Partes 85
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
PSYCHOPATH GAME [C] por FIYAresta
FIYAresta
  • WpView
    LECTURAS 25,639
  • WpVote
    Votos 1,207
  • WpPart
    Partes 98
PSYCHOPATH GAME [COMPLETE] HaelxAira Dua cinta, dia tubuh. Yang tak pernah mampu bertahan bersama. Tak semua cinta, perlu memiliki hingga akhir hayat. Tak semua cinta perlukan kedekatan. Mereka menyukai satu sama lain. Tapi untuk hidup bersama semula? Itu mustahil setelah semuanya. Kisah cinta, yang cukup toksik, cukup gila, cukup sakit. Mereka mampu bahagia namun mereka hanya mementingkan diri masing-masing. Hingga bahagia itu tidak sempat singgah. Kisah penuh tragedi, penuh luka, penuh kesakitan. Dari hidup biasa. Hingga hidupnya berubah sepenuhnya. Dengan lelaki yang ia tidak kenali. Tidak sayangi. Hingga masa kecil mereka yang tiba-tiba hampir sepadan. Cinta itu hanya bertahan 2 tahun. Selebihnya musnah buat selamanya. Hanya menjadi sejarah gelap dalam hidup mereka. Kalau kau di tempat lelaki itu, mampukah kau bertahan untuk tidak menjadi keras? Bertahan untuk hidup? Dan kalau kau jadi perempuan itu, kau nak buat apa? Terus hidup dengan lelaki yang kau tak cintai? Heh memang jika ditanya pada pembaca, mungkin lebih ramai memilih untuk bertahan. Walau selepas kaki kau dipatahkan. Tubuh kau disiksa. Tapi realitinya kau tak akan mampu bertahan. Kau akan gila. Aku harap, kau tak jumpa lelaki macam Hael. - Aira. Aku masih sayang dia. Dia isteri aku. Aku akan tetap cintakan isteri aku. - Hael. Mula : 17/5/2025 - Tamat : 5/7/2026
Ruang Waktu (COMPLETED) por cgladiolusss
cgladiolusss
  • WpView
    LECTURAS 660
  • WpVote
    Votos 70
  • WpPart
    Partes 17
Apabila masa bukan lagi sekadar angka, dan cinta melangkaui sempadan zaman... Julia, seorang ahli teknologi dan penulis buku moden telah terperangkap dalam sebuah insiden yang membawanya jauh ke zaman Melayu klasik. Dunia di sekelilingnya berubah... dan begitu juga identiti dirinya. Kini dikenali sebagai Che Bahiyah atau Yah, dia menjadi anak kepada pasangan kampung bernama Aminah dan Che Rashid, menjalani kehidupan serba sederhana dalam suasana yang asing tetapi perlahan-lahan menjadi dekat di hati. Namun, Julia tidak mampu memadamkan semangat inovasi yang telah tertanam dalam dirinya. Terinspirasi daripada pelbagai kesukaran hidup yang disaksikan, dia bertekad untuk memperkenalkan kemudahan teknologi moden demi membantu masyarakat yang kini menjadi dunianya. Usahanya bukan sahaja membuka mata penduduk kampung, malah menarik perhatian istana dan... seorang pemangku mahkota. Di sebalik misi dan impian, benih cinta mula tumbuh. Tapi mampukah cinta bertahan dalam dunia yang tidak sepatutnya menjadi miliknya? Ikuti pengembaraan epik Julia merentas masa, takdir dan perasaan dalam kisah penuh magis ini.
SEIF por Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    LECTURAS 471,020
  • WpVote
    Votos 43,886
  • WpPart
    Partes 25
Bermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.
Kerana Dendam [Terbit] por daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    LECTURAS 1,454,003
  • WpVote
    Votos 22,644
  • WpPart
    Partes 25
Adam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping, murder, self-harm, and suicide. If any of these topics are triggering for you, please consider skipping those parts or stop reading altogether.
Thriller : Wais Ayden ✓ por dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    LECTURAS 604,659
  • WpVote
    Votos 43,152
  • WpPart
    Partes 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.