spekretak's Reading List
200 stories
𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐏𝐫𝐨𝐦𝐢𝐬𝐞 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 490,071
  • WpVote
    Votes 18,451
  • WpPart
    Parts 52
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐳𝐪𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐦𝐞𝐞𝐝 | 𝐍𝐮𝐰𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐙𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 Satu perkahwinan yang terjadi tanpa cinta. Tiga hati yang terikat dalam perasaan yang tidak sepatutnya bersatu. Nuwaira Zafira melangkah masuk ke dalam hidup seorang lelaki yang hatinya sudah dimiliki orang lain. Namun dia tidak datang untuk mengalah. Ada sebab mengapa dia memilih untuk bertahan. "I cuma nak pertahankan hak I yang pernah hilang dulu." Tengku Rizqan Hameed pula bergelut dengan hatinya sendiri. Antara janji yang pernah dia buat, dan perasaan yang perlahan-lahan berubah tanpa dia sedari. "Sampai bila-bila, hati aku cuma untuk Sandra." Cassandra Alora yakin, cinta mereka tidak pernah pudar. Dan dia tidak akan membiarkan sesiapa merampas apa yang dia percaya miliknya. "Riz cintakan I. Riz tak cintakan dia." Di sebalik hubungan yang semakin rumit, tersimpan satu rahsia dari masa lalu. Rahsia yang mampu mengubah segalanya tentang perkahwinan ini dan tentang siapa sebenarnya Nuwaira dalam hidup Rizqan. Apabila kebenaran muncul,adakah cinta akan memilih untuk kekal...atau akhirnya, ada hati yang perlu terluka untuk selamanya?
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 83,536
  • WpVote
    Votes 5,989
  • WpPart
    Parts 58
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
Tertulisnya Takdir Kita [ COMPLETED] ✔️ by msrhzry98_
msrhzry98_
  • WpView
    Reads 60,284
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 40
"Dalam ni, ada RM5000. Aku tahu, kau mesti perlukan duit kan? Lagi tengah tengah bulan. Kerja kau senang je. Kau bagi aku maklumat dan kau ikut apa yang aku suruh. Kau akan dapat duit ni, senang kan?" -Khaleel Alee- "Assalammualaikum. Cik, kami terima aduan yang cik berdua-duaan dengan bukan muhrim? Boleh saya masuk?". Tanya seorang lelaki yang memakai jubah berwarna putih dan berserban. "Sarah, how could you? jangan buat macamni, Sarah. Kenapa buat keputusan bodoh macamni? Sarah, saya kenal awak macam mana. Kenapa awak nak kahwin dengan dia? Saya percaya awak takkan buat apa-apa dengan dia".- Ariff Irfan- "Saya minta maaf, Ariff. Bagi awak, mudah. Tidak bagi saya. Kalau awak kata ini takdir pasal hubungan kita. Saya akan cakap ini takdir kita berdua yang antara kita, tiada jodoh". -Sarah Alisha- "Kau gila ke? Aku perangkap dia? Aku?? Kau ingat aku nak sangat tunang kau, tu? Tunang kau yang nak sangat kahwin dengan aku, kan? Jadi? Salah siapa lagi? Salah aku atau tunang kau? Bro, aku taknak pun dia. Pandang dia pun jauh sekali. Dia bukan type aku, tauu. - Sallehzul- Aku tak percaya Sallehzul tak suka aku! Tak mungkin dia boleh berubah sekelip mata! Aku tahu ini semua permainan Sarah! Aku akan membuat perhitungan dengan kau nanti! - Sahara Shazleen- Apa yang kau lihat dari aku, aku tak bahagia yang kau sangka. Hati aku rapuh, saat aku sendirian. Jiwa aku menangis saat aku kehanyutan perasaan. Aku celaru diantara bahagia yang aku terima atau luka yang dicipta. -Sarah Alisha-
DELETE by tyasylvie
tyasylvie
  • WpView
    Reads 129,815
  • WpVote
    Votes 25
  • WpPart
    Parts 2
delete sebab saya tak suka. muehehehe..
Her Sapphire Tides [C] ✓ by miss_sakura2
miss_sakura2
  • WpView
    Reads 41,510
  • WpVote
    Votes 1,270
  • WpPart
    Parts 60
UNTUK PEMBACA MATANG ❗TRIGGER WARNING❗ [Suic1de,SA,Harsh Words,Immoral Actions] 🥈#2 trauma 🥇#1 angst 🥇#1 thriller 🥇#1 malay Ambil yang positif,buang yang negatif. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. The world isnt as beautiful as you see. Her and His Series: 1 "ᴡʜᴇɴ ꜱʜᴇ ᴅɪᴠᴇꜱ.." DIANDRA,hidupnya tidak secerah nama. Hanya kerana satu malam yang ditakuti semua wanita dan gadis,takdir hidupnya berubah. Kesalahan diletakkan di bahunya,beban dalam hidup dipikulnya seorang. Kasih sayang dari keluarga bertukar benci sehingga si ayah sanggup membuangnya dari keluarga. Dia tekad mengubah nasibnya,kekuatan dikumpul semula namun kebencian pada malam hari tidak akan hilang. Terdesak,dia datangi satu-satunya rakan lelaki yang dia punyai. Dia sedar akan perasaan yang disimpan oleh lelaki itu dan fikirnya,Adam akan menerimanya bulat-bulat. "Adam,aku perlukan kau untuk buat satu kerja gila."- Noor Iris Diandra "Kerja gila? Apa pula yang kau nak buat ni,Dian?"- Syed Adam "Kahwin dengan aku."- Noor Iris Diandra Alasan dibalik lamaran Dian itu merobek hati seorang Adam. Siapa saja yang mahu buah yang sudah ditebuk tupai? Sekali lagi,Dian dilambung ombak deras. Adam meninggalkannya dan lebih ironi,lelaki itu sudah punya kekasih. Namun,siapalah mereka ingin melawan takdir? Ombak yang deras di tengah lautan nampaknya takkan surut. Dua insan itu disatukan jua tetapi perkahwinan mereka seakan tidak wujud. Seorang di Timur dan seorang lagi di Barat. Dalam masa yang sama,Dian didedahkan dengan sikap sebenar Adam. Dalam pada Adam menyesali perbuatannya,semuanya sudah terlambat. Bulan yang bersinar itu sudah dilindungi awan gelap. Dian mengangkat kaki dari kehidupan orang-orang yang mengecewakannya dan berusaha sendiri demi keadilannya. "Please..return to me,Seleno" [Karya Pertama,2023]
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 105,638
  • WpVote
    Votes 3,061
  • WpPart
    Parts 60
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
Cukuplah Cinta Itu by NurAzeera_
NurAzeera_
  • WpView
    Reads 18,622
  • WpVote
    Votes 304
  • WpPart
    Parts 50
Tengku Arina, seorang wanita dari keluarga berada, hidup dalam dunia yang penuh dengan kemewahan tetapi kekosongan emosi. Setelah kematian ibunya, hubungannya dengan ayahnya, Tengku Sharifudin, semakin meruncing, terutama setelah ayahnya menikahi Umi Azizah, wanita yang berusaha mengambil hati Arina. Namun, segala usaha Azizah sia-sia, Arina semakin membenci ibu tirinya. Di tengah konflik keluarga ini, Ammar Daniel muncul sebagai satu-satunya lelaki yang berani menentang sikap angkuh Arina. Dalam situasi yang tidak diingini, Daniel melamar Arina di hadapan orang ramai . Walaupun terpaksa menerima lamaran itu, hubungan mereka dingin dan penuh ketegangan. Setelah berkahwin, Daniel melayan Arina dengan baik. Dalam proses itu, Arina mula berubah menjadi wanita yang lebih baik dan akhirnya jatuh cinta kepada suaminya. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Tengku Atiya, kakak kepada Arina, muncul dengan niat membalas dendam dan menuduh Arina berbuat curang. Daniel yang terpengaruh dengan tuduhan tersebut mula menyiksa Arina, menjadikannya seperti orang gaji dan mencaci isteri yang sedang mengandungkan anaknya sendiri. Ketika kebenaran terbongkar, Daniel menyesali tindakan dan kata-katanya yang menyakitkan. Kini, dalam perjalanan untuk mencari pengampunan dan cinta semula, Daniel berusaha untuk memenangi hati Arina. Adakah Arina akan membuka pintu hatinya semula kepada Daniel, atau adakah luka yang ditinggalkan terlalu dalam untuk diubati?
Inara Amanda | C by ainelaaa
ainelaaa
  • WpView
    Reads 457,080
  • WpVote
    Votes 19,968
  • WpPart
    Parts 56
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
PROMISE me?  by RaraIsmail9
RaraIsmail9
  • WpView
    Reads 377,403
  • WpVote
    Votes 7,140
  • WpPart
    Parts 41
"Please lupakan i Rian.."~ Tengku Nessa Imani "NEVER!! Sekali you muncul dalam hidup i..selamanya you akan berada disini,dan itu janji i pada you.."~ Tengku Hadrian Syah [ COMPLETED ] Start: 27 July 2023 End : 29 December 2024 Warning ? Sexy Storyline ? 18 + ? Matured © All rights reserved by RaraIsmail9