AlisyahTan2's Reading List
1 story
KEBAHAGIAAN by alisyahtan
alisyahtan
  • WpView
    Reads 974
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 18
Bermadu? Itulah satu-satunya perkara yang paling ditakuti para isteri. Hubungan yang mampu memecah-belahkan rumah tangga. Namun tidak pada Ukaira Hanisya. Dia sanggup bermadu dan dia sedar bila seorang suami mahu berkahwin lain adalah kerana ketidaksempurnaannya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia hanya mendoakan kebahagiaan suaminya. Nur Maliqa Al-Jannah, indahnya nama tidak seindah kehidupannya. Mahkota yang dijaganya dengan rapi kini direntap sekelip mata dan tiada siapa boleh menyalahkannya bila dia perangkap suami orang untuk berkahwin dengannya. Dia hanya mahu lelaki itu bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan terhadapnya. Sekurang-kurangnya dia punya pelindungan dan anaknya masih mengenali ayah sendiri walaupun tidak diakui kehadirannya. Zarief Mikael, lelaki yang dianggap setia tetapi berlaku curang dibelakang isteri tanpa sedar. Dipaksa pula nikah oleh isteri sendiri dengan orang yang dianggap hanya mainan semata-mata. Betapa berdosanya dia sebagai seorang suami bila selalu saja membanding-bandingkan sesama isteri. Betapa kejamnya dia sebagai seorang lelaki menghina wanita yang dia sendiri hancurkan. Dan betapa sadisnya dia sebagai seorang ayah yang langsung tidak mahu mengaku anak sedangkan itu lah darah dagingnya sendiri. Sebesar mana pun dosa isteri, lebih besar dosa yang ditanggung suami apabila tidak berlaku adil. - Kebahagiaan ada di mana saja. Hanya diri sendiri yang perlu berusaha mencari kebahagiaan itu. - KEBAHAGIAAN.