NadhrahHusna1's Reading List
5 stories
FREEDOM | KEBEBASAN [✓] by snurzafirahk-
snurzafirahk-
  • WpView
    Reads 1,826
  • WpVote
    Votes 447
  • WpPart
    Parts 25
Seringkali atma berbisik sendiri, bertanyakan bila kesudahannya. Lelah? Memang. Penat? Itu pasti. Sesak? Selalu terjadi. Sehinggakan dia tertanya, mengapa Tuhan tidak bersikap adil kepada dirinya? Mengapa dunia ini terlampau kejam buat dia? Air mata, menjadi peneman setia. Seakan menyalurkan kekuatan dalam menahan walang hati yang menikam tanpa belas kasih. "Semua yang berlaku ada hikmahnya, Mina. Baik kau nampak ataupun tidak, satu hari nanti kau akan faham kenapa Tuhan uji kau sampai macamni sekali." - LAURIS INI bukanlah kisah percintaan yang tinggi nilai cintanya, mahupun kisah fantasi yang penuh dengan magis dan ilusi. Tetapi ini hanyalah sebuah rentetan hidup seorang Larmina. Nasibnya sangat malang. Jiwanya pula meronta menginginkan kebebasan, disebabkan liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri dalam pahit maung kehidupannya. Begitu juga dengan janji, untuk dia kecapi bagi melunaskan sebuah permintaan yang dihajati. 'Aku pasti akan tunaikan suatu harapan, suatu permintaan dan suatu keinginan yang menatang keharuan, suatu janji pada diri sendiri yang bertolak dari titik-titik derita.' "Pasti!" Berlalunya masa, dari hari ke hari... Mampukah Larmina untuk terus tabah dalam mengatasi apa jua rintangan yang menghalang kemaraannya?
Kerna Syurga Bukan Percuma by PendakwahInsyaAllah
PendakwahInsyaAllah
  • WpView
    Reads 2,750
  • WpVote
    Votes 70
  • WpPart
    Parts 5
"Takkan nak ngorat awek tengah-tengah jalan kot bro? Ni set-set tudung labuh pun kau minat?" tanya Khai. "Bukan Khai.. Ni haaa dua perempuan pakai khemah atas kepala ni rasa dah besar sangat nak tegur aku. Hahahaha." gelak Is kuat, diikuti Hanif. "Eh ,kau cakap baik sikit eh? Siapa yang kau cakap pakai khemah atas kepala?" marah Solehah. Darahnya naik setelah diperli sedemikian rupa. "Takkan sebab tu je kau nak buang masa bergaduh dengan dua budak tak matang ni. Is? Hanif? Come on la." kata Kahi sambil menepuk bahu kedua-dua kawannya itu. Khairul Rafeeq. Ya mungkin melihat pada barannya dia seakan bukan manusia. Tapi satu; baginya perempuan bukun untuk dikasari. Orang selalu mengambil alih kerja Tuhan. Lantas, Khai dihukum Nereka oleh manusia yang memandangnya dengan penuh hina. Hidaya, kerja Tuhan. Kita hamba, wajib percaya. Mudahnya menghukum, padalah kita perut tak pernah kosong. Selalu memaki, lupa bahawa aib sendiri bergunung tinggi. Manusia tak jahat, it is the dosa that makes the poison. Pain-changes people. "Kerana Syurga bukan percuma. Sebab tu kena usaha." Khai - Najmi Fetih
Menagih Kasih Darimu by -athrh-
-athrh-
  • WpView
    Reads 10,614
  • WpVote
    Votes 509
  • WpPart
    Parts 27
"Kau memang tak gunakan?" Itulah yang keluar daripada mulut Noor Sahara tatkala melihat kemesraan suaminya bersama wanita lain di depan matanya sendiri. Sudah tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Hatinya yang luka dibawa bersama dengan anak yang dikandungnya, meninggalkan Sejarah silam membuka lembaran baru tanpa sang suami disisi. Tanpa diduga, muncul seorang jejaka yang merubah semua. Jejaka yang mementingkan kerjayanya lebih dari segalanya sehinggalah adanya Sahara dalam hidupnya. "Awak boleh pilih mana-mana perempuan pun, yang lebih cantik daripada saya, yang sama-sama bekerjaya macam awak. Kenapa awak nak saya yang dah pun ada anak?" - Noor Sahara "Macam yang awak cakap tu, saya boleh pilih mana-mana perempuan dan saya pilih awak." - Qaisar Zuhayr.
Kisah Gadis Nerd by atiqahhanifuddin
atiqahhanifuddin
  • WpView
    Reads 2,295
  • WpVote
    Votes 118
  • WpPart
    Parts 4
Batrisya adalah seorang budak yang cantik,baik dan sopan. Namun dia digelar 'budak nerd' kerana dia suka belajar dan memakai cermin mata.
HATI YANG MEMANGGIL NAMAMU [TELAH TERBIT!!] by AwaaHaris
AwaaHaris
  • WpView
    Reads 6,366
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 4
'...Tuhan punya cara paling indah untuk mempertemukan kita...' "Perempuan tu... Hidupnya menuntut tiga nyawa, kak!" - Engku Fadzlan ENTAH di mana bermulanya hubungan dingin antara dia dan lelaki itu. Walau tidak dibutirkan secara nyata, tindak-tanduk dan renungan tajamnya melemaskan jiwa. Dia terkapai-kapai dalam keserabutan fikiran. Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dirinya bagai seorang musuh yang harus diperangi? "Nama sama, paras serupa. Awak seolah-olah jelmaan 'Humairah' kami." - Haikal "Dia... Di mana?" - Humairah "Hilang." - Haikal Pertemuan tanpa disangka rupa-rupanya telah membuka selembar hikayat duka dua hati yang selama ini sarut menelan pahitnya erti sebuah kehilangan. Kemunculannya seumpama satu anugerah walau ada rasa ragu menyusup ke dalam jiwa. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lalu tidak tersingkap, waima dalam sepintas panahan petir di kaki langit. Apatah lagi dirinya sering terhumban ke dalam lembah tidak berdinding itu, yang turut menjelmakan paras seseorang. Lembaga itu saling tidak tumpah menyerupainya! "Aneh, kan? Kami... Sama. Saya dan Ara... Seolah-olah­­ orang yang sama." - Humairah Bagaimana hendak diperhalusi perhitungan ini? Alur simpang yang terbentang tidak mungkin mampu disusuri sendirian. Ia penuh onak dan duri, bahkan telah wujud halangan yang bakal meragut nyawanya. Ada mata yang memerhati. Ada hela nafas yang bergulung mahu dia mati! .... Novel HATI YANG MEMANGGIL NAMAMU boleh dibeli melalui shopee Karyaseni!