Auni_Sy
- Reads 177
- Votes 23
- Parts 16
[Fanfic Genshin Impact]
Selama beratus-ratus tahun, mereka berdua hidup dengan tenang dan bahagia, di sebuah bintang yang jauh. Hanya Klee dan Albedo. Bintang yang dingin, sejuk dan membeku, tetapi anehnya, hangat.
Semuanya berubah apabila cahaya misteri muncul dari langit.
Cuaca di bintang berubah mendadak. Salji berubah hitam pekat. Lebih malang, abangnya berubah menjadi batu, meninggalkan Klee bersendirian.
Demi Albedo, Klee meniup Dandelion agar memberitahu si angin mengenai harapannya. Angin mendengar kata-katanya, mengubah Klee menjadi tahi bintang di langit. Mengantar si kecil itu ke sumber cahaya aneh itu, iaitu Bintang Teyvat.
Bintang Teyvat.
Tetapi, bintang itu seperti dilanda kiamat. Hancur. Menunggu masa untuk hilang dari angkasa, menjadi sejarah yang lenyap.
Sehinggalah, Klee bertemu dengan dia, Si Pengembara itu. Maka, bermulalah pengembaraan Klee ke dunia yang lebih gelap daripada yang disangkakannya. Persoalan demi persoalan menjentik fikirannya.
Dari sana jugalah, Klee mula mengetahui rahsia Albedo, juga dirinya sendiri.