dn4rx_hn's Reading List
3 stories
Lukisan Takdir [C] by _noninu
_noninu
  • WpView
    Reads 79,563
  • WpVote
    Votes 2,465
  • WpPart
    Parts 56
MAWAR JUITA - gadis yang lahir bersama luka. Saat cintanya pergi, hatinya turut mati. Jiwa yang dulunya berwarna kini tenggelam dalam kelam, setelah kepergian ZIYAD EMIR, cinta pertama yang tidak sempat menjadi nyata. Begitu juga kisah seorang TENGKU IR ASHEL. Saat bahagia sudah hampir tergenggam bersama bidadari hatinya, takdir datang merenggut. SERI PUSPITA lebih dahulu dijemput Ilahi, meninggalkan sekeping hati yang retak tanpa arah. Hanya sepucuk surat terakhir Seri Puspita menjadi saksi. Sebuah amanah berat yang menghubungkan Tengku Ir Ashel dengan Mawar Juita, adik kembar yang menyimpan wajah dan bayangan yang sama. Dua jiwa akhirnya terikat oleh takdir, bukan kerana cinta, tetapi kerana janji yang perlu ditunaikan. Diikat dalam sebuah perkahwinan yang lahir dari duka, saat hati mereka masih berpaut pada cinta lama yang tidak mungkin kembali. Mampukah cinta tumbuh di celah luka? Akankah takdir membuka ruang untuk mereka kembali belajar mencinta? Atau mungkinkah amanah ini hanya menjadi persinggahan jiwa yang tidak pernah bersatu? 𝐒𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐮𝐣𝐢.
Sir, I love you  | C |  by THERHEIYERIN
THERHEIYERIN
  • WpView
    Reads 270,514
  • WpVote
    Votes 10,682
  • WpPart
    Parts 55
Zenriq Edzlan, pensyarah muda yang terkenal dengan ketegasan dan sikap dinginnya di dalam kelas. Baginya, peraturan adalah prinsip, dan hubungan dengan pelajar harus kekal profesional. Namun, dia tidak pernah mampu menafikan kehadiran Erissa Zahra, pelajar manja, penuh gelagat gedik yang selalu berjaya mencuri perhatiannya dalam diam. Apa yang bermula sebagai perasaan terpendam, berubah menjadi kenyataan apabila mereka disatukan dalam ikatan perkahwinan atas aturan keluarga. Erissa, yang sebelum ini hanya tahu mengusik, mula mengenali sisi Zenriq yang lembut dan penuh kasih. Dalam diam, cinta mereka tumbuh-perlahan, tetapi mendalam. Namun, di saat rumah tangga mereka mula mekar dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang tulus, takdir sekali lagi menguji. Satu kemalangan meragut separuh daripada memori Erissa termasuk semua kenangan tentang suaminya sendiri. Bagi Erissa, Zenriq hanyalah orang asing. Tetapi bagi Zenriq, Erissa tetap cinta pertamanya dan kini dia tekad untuk menjadikan dirinya cinta terakhir isterinya, walaupun harus bermula dari kosong... dan walaupun hatinya sendiri hampir hancur menanggung rindu yang tak dikenali lagi.
[C] HARDELL: Friend To Lover by hsdahlia
hsdahlia
  • WpView
    Reads 182,865
  • WpVote
    Votes 7,073
  • WpPart
    Parts 31
Dari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumur 16 tahun secara tiba-tiba digantikan dengan perkahwinan yang ditentukan oleh keluarga masing-masing. Awkward? Sudah pasti perasaan itu akan muncul diantara mereka, namun kedua-duanya cuba untuk menyesuaikan diri dengan hubungan yang baru sahaja dijalinkan. "Mungkin takdir sudah tertulis untuk kita bersama." "Kita dipertemukan sebagai kawan baik, dan sekarang disatukan dengan hubungan yang halal sebagai suami isteri." "I love you till Jannah, sayang. Ardell Dahlia, sahabat, kesayangan, isteri dan bidadari syurga buat seorang Hariz Aiman." ──────────────── ❝The best relationships start off as friendship ❞ All Right Reserved ©hsdahlia Start: 10 December 2021 End: 23 June 2022 Status: Complete ⚠️ NO PLAGIARISM ⚠️