💌
14 stories
kita, dunia, dan fasa-fasanya. by effxlee
effxlee
  • WpView
    Reads 53,323
  • WpVote
    Votes 7,467
  • WpPart
    Parts 42
Terlalu lama hidup di Amsterdam, Qisya Amaris dilihat semakin liar setelah pulang ke Malaysia. Apabila berita tentangnya semakin membimbangkan reputasi keluarga, Tan Sri Ibrahim memutuskan untuk menghantar Qisya ke kampung untuk belajar menjadi manusia yang lebih berguna. "Habis tu selama ni I tak berguna ke papa?" - Qisya Amaris "Manusia yang berguna tak bahagia bila nama dia diburuk-burukkan media." - Tan Sri Ibrahim Di Kampung, Qisya tidak dapat hidup mewah seperti biasa. Dia diajar untuk hidup sederhana. Dan diajar untuk menjadi manusia. "Selama ni I bukan manusia ke Tok Ma?" - Qisya Tok Ma menghantar Qisya ke rumah jirannya untuk belajar kelas agama. Di situlah Qisya berjumpa dengan Noah, cucu kawan baik Tok Ma. "Tok Ma! Tok Ma! Kenapa you tak bagitahu I cucu kawan you handsome nak mampus?" Maka, di sinilah bermulanya kisah mereka. Gadis penuh diva dan lelaki berkacukan yang sombong, di hujung kampung. Muahaha. in life, we need cliche and cringy material and romance! #stay halal
Permission to Fall, Prof! by cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    Reads 222,624
  • WpVote
    Votes 13,987
  • WpPart
    Parts 41
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
INARA : His Eternal Love [TERBIT] by irenicmia
irenicmia
  • WpView
    Reads 6,835,396
  • WpVote
    Votes 91,632
  • WpPart
    Parts 17
[COMPLETE] [TERBIT] 1st romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN IDEA KREATIF Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut. "Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba. Namun siapakah dia untuk melawan takdir? Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya. Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati. Itu janjinya. Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you! ⚠️please note that this story is so cringey ⚠️extremely cliche ⚠️cringe ⚠️sexy storyline ⚠️no censored⚠️ highest ranking - ✿ 1st in #romance ✿ 1st in #novel ✿ 1st in #cinta ✿ 1st in #comedy ✿ 1st in #love ✿ 1st in #romantik ✿ 1st in #melayu
Vow Of Hope by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 1,673,385
  • WpVote
    Votes 60,815
  • WpPart
    Parts 81
[1st romance] Alice Dayana. Namanya secantik orangnya, namun kehidupannya jauh dari sempurna. Lahir dalam keluarga yang retak, dia hanya mampu menumpang kasih dari ibu tiri yang tidak pernah benar-benar menyayanginya. Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, hadirnya Ray Qhalif, seorang lelaki tampan dan misteri, mengubah segalanya. Hubungan mereka yang bermula secara profesional perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang lebih bermakna. Cinta yang tidak dirancang. Namun, mampukah cinta itu menjadi penyelamat Alice? Adakah Ray sanggup menerima masa lalunya dan membawa dia keluar dari kehidupan yang selama ini menyeksakannya? Atau bahagia itu sekadar impian yang sukar digapai?
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 539,576
  • WpVote
    Votes 27,515
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 313,297
  • WpVote
    Votes 14,187
  • WpPart
    Parts 31
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞
Vendetta by starryglossie
starryglossie
  • WpView
    Reads 32,575
  • WpVote
    Votes 4,430
  • WpPart
    Parts 17
Medina Al-Munawwarah | Eijaz Atheer Bukan kisah realistik. Trashy, nasty and disgusting romance.
Meant To Be (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 161,357
  • WpVote
    Votes 5,537
  • WpPart
    Parts 10
"I sebenarnya dah ada girlfriend. All this time, I memang anggap you sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. I minta maaf..." - Hawwas Muazzam Lepas kejadian yang paling memalukan dalam hidup, Nura Najiha telah tanam impian untuk tidak lagi berharap pada lelaki. Itulah azam yang dia pegang...untuk dua tahun. Tak lama pun. Dua tahun daripada kejadian itu, dia berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan dia dengan Syahmi, berbeza. Kamus percintaan dia yang dulunya hanya penuh dengan takrif negatif, kini diwarnai dengan warna-warna cerah. "Syahmi baik! Dia setia, tak berkawan dengan perempuan lain. Tak macam jantan tu. Aku yakin, Syahmi lah jodoh aku." - Nura Najiha Hubungan yang memasuki tahun kelima itu penuh dengan pahit manis. Apatah lagi apabila dia dan Syahmi telah pun bercadang untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya. Kata orang, bila mana pasangan mula pasang niat untuk berkahwin, ujian akan datang lebih banyak dan dalam pelbagai bentuk. Mampu ke Nura dan Syahmi bertahan? Apatah lagi apabila kehidupan Nura secara tidak sengaja berkait semula dengan Hawwas melalui seorang kanak kanak lelaki.
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 11,996,221
  • WpVote
    Votes 400,631
  • WpPart
    Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.