ReginaAkhira
- Reads 1,902
- Votes 76
- Parts 1
Siapa sangka anak bongsu Datuk Zhameer segila itu?
Kini Bunga Analeya dan Bunga Araleya sudah menginjak usia 24 tahun. Masing-masing mempunyai karakter yang sangat ketara perbezaannya. Naik runsing Datuk Zhameer nak melayan perangai kedua-duanya. Seorang keras kepala, seorang lagi sering buat orang geleng kepala.
Pantang bertembung, mereka bagai anjing dan kucing.
Bulan berganti bulan. Saat Araleya bertemu jodoh Analeya merasa tergugat.
"Kau mesti cemburu kan? Iyalah, sampai sekarang tak laku." - Bunga Araleya.
"Kak, kau ini dah tua pun tak insaf lagi. Apa je yang ada pada suami kau itu? Setakat ada harta tapi tak ada rupa buat apa?" - Bunga Analeya.
Satu hari, Bunga tekad membawa diri dan bekerja sebagai Maid di rumah ahli perniagaan terkemuka. Misinya hanya satu. Mahu berdikari tanpa bergantung pada harta keluarga, tetapi makin menjadi-jadi perangai tak semenggah Bunga.
Misi utama dia letak ke tepi. Kini, misi memikat duda yang berjaya buat hidup dia tak tenteram.
"Papa tak setuju! Tak pernah lagi keluarga kita ini pergi meminang pihak lelaki." Datuk Zhameer.
"Sebab tak pernahlah kita yang jadikan pernah, papa." - Bunga Analeya.
"Jangan jatuhkan air muka papa, Bunga Analeya." - Datuk Zhameer.
"Jatuh air muka pun, jatuhlah! Asalkan dia tak kahwin dengan janda dia semula." - Bunga Analeya.
"Dia duda? Kamu dah gila ke apa?" - Datuk Zhameer.
"Duda lah hot, papa!"
Gigih Bunga memikat si pencuri hati. Setiap hari ada saja rancangan nakalnya.
"Bunga, tolong bagitahu saya apa yang parent saya cakap adalah tak betul." Tuan Malique Ar-Rayyan.
"Betullah itu! Saya yang meminang Tuan. Surprise!" - Bunga Analeya.
Dapatkah si Bunga memikat hati si kumbang saat bunga yang pernah menjadi suri dalam hidup si kumbang kembali menagih cinta?