Ejen_Syabil_2008
- Leituras 258
- Votos 44
- Capítulos 7
Special thanks to:
Cover book made by: @nurazielaa
.
Muhammad Tengku Zikrullah bin A'lam, seorang peguam bela yang bekerja di Firma Guamannya sendiri. Beliau berumur 39 tahun namun umurnya tidak menggambarkan wajahnya yang seberna. Wajahnya kelihatan seperti seorang budak remaja berambut coklat atas sebab tertentu. Dia tidak mahu berkerja di bawah orang kerana mahu berusaha sendiri. Ramai orang datang berjumpa dengannya Untuk meminta pertolongan membela nasib si pesalah atau si mangsa. Setiap kali perbicaraan di mahkamah, dia pasti akan menang.
Suatu Hari, Zikrullah ditugaskan membela seorang lelaki berambut kuning panjang atas kesalahan pecah amanah. Namun, tanpa disangka, Zikrullah telah termasuk perangkapnya, Zikrullah dituduh cuba membunuh ayah Firman, lelaki berambut kuning keemasan, seorang CEO sebuah syarikat terkemuka yang bernama Encron Holding Berhad.
Zikrullah telah dimasukkan di dalam penjara paling bahaya di dunia iaitu Penjara Qazaf di dasar laut. Dalam tempoh kurang dari tiga bulan, dia akan dihukum pancung kepala kerana didakwa telah meracun ayah Firman. Firman telah menggunakan tektik kotor Untuk memperoleh kuasa menguruskan syarikat keluarganya daripada abang kembarnya, Firdaus.
Tiada sesiapa yang tahu kebenaran disebalik provokasi ini melainkan Zikrullah dan Firman. Hanya Zikrullah sahaja yang dapat menumpaskan Firman, salah seorang yang amat berkuasa di dalam dunia perniagaan. Zikrullah harus mencari jalan Untuk keluar daripada penjara itu sebelum matlamat Firman berjaya serta sebelum dia dihukum bunuh!
Mampukah Zikrullah mencari jalan keluar daripada kekalutan ini?