EBOOK
2 stories
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐃𝐈𝐀 (Bakal Terbit) oleh asunnaraa
asunnaraa
  • WpView
    Membaca 355,064
  • WpVote
    Vote 10,188
  • WpPart
    Bab 24
"𝙅𝙖𝙣𝙟𝙞, 𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙎𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Falliq Dhaffa | Arfabella Arfabella. Maaf. Andaian anda silap andai memikirkan dia seorang gadis yang pemalu, sopan-santun atau jauh sekali pendiam. Arfabella seorang gadis berumur 26 tahun yang sungguh kontra dengan namanya yang acah baik. Bukan tiada malu, namun dia tidak suka menyembunyikan perasaannya sendiri. Kalau dah benci, buat apa nak pura-pura suka? Kalau dah cinta, nak buat apa? Ya! Takluki lelaki itu! Siapa? Tepat sekali! Falliq Dhaffa. Entah apa dosanya sepanjang 30 tahun dia hidup di muka bumi ini. Hari-harinya semakin tidak tenang bermula apabila kemunculan gadis cantik manis itu di kafe tempat dia suka melepak bersama teman-teman. Bayangkan... Dia order kopi ais, Bella siap tampal sticker di gelas. Dia order chicken chop, Bella sempat menggulung kertas yang ditulis nombor telefon di tisu. Mana dia tidak menyirap? Sudah nama pun teruna dan dara, takkan tak ada magnet yang menarik antara satu sama lain? Godaan demi godaan, usikan demi usikan, Falliq Dhaffa cuba menepis. Namun Bella tidak pernah mengenal erti putus asa. "Encik tahu tak kenapa ibu encik letak nama Falliq with double L? Sebab dia tahu bila encik dah besar handsome macam ni, encik akan buat saya faLL for you." "Miss Bella... Kalau rasa lutut tu tak kuat nak tengok godaan Falliq Dhaffa pula, jangan berani muncul depan aku lagi. Once aku jumpa kau, aku ikat kau. Sampai syurga."
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ oleh Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Membaca 1,010,685
  • WpVote
    Vote 13,730
  • WpPart
    Bab 13
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022