-Books to read-🍀
4 stories
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘 | COMPLETED by fancyfroy
fancyfroy
  • WpView
    Reads 1,419,980
  • WpVote
    Votes 50,937
  • WpPart
    Parts 79
(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego dan sifat angkuh sentiasa bermaharajalela, bagaikan sudah sebati dalam dirinya. Dia lelaki sombong yang sangat anti pada perempuan. Namun, dia juga lelaki yang punya nafsu. Nafsunya terhadap seorang perempuan telah mengubah segalanya. Dan kini, dia ingin menagih kembali cinta gadis itu. 𝐌𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐚 Seorang gadis yang berhati mulia. Hatinya telah dihancurkan pada mulanya. Namun, dia tetap mencintai lelaki itu. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja buat lelaki itu. Akhirnya dia sedar bahawa lelaki itu hanya mempermainkannya. Dirinya yang dahulu bukanlah yang sekarang. Dia pergi membawa diri bersama nyawa lain yang mulai membesar di dalam perutnya. "Saya sayangkan awak, Adam. Tapi, kenapa awak buat saya macam ni? Sampai hati awak mainkan perasaan saya." "Eh perempuan, cuba kau cermin diri kau tu. Layak ke kau nak bercinta dengan aku? Aku lebih rela matilah daripada bercinta dengan kau." "Maira, saya cintakan awak. Saya yakin yang saya boleh bahagiakan awak. Sudi tak awak jadi peneman hidup saya?" S T A R T E D : 15 | 07 | 2016 E N D E D : 04 | 06 | 2018 Highest ranking - #01 in Teen Fiction [27/02/2019]
 Lost Soul Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 48,508
  • WpVote
    Votes 6,161
  • WpPart
    Parts 40
Melody membuat dia terluka. Melody mencipta masa silam yang pahit. Melody juga membuat hidup dia tidak bermaya. Tapi apabila dia tersedar semua itu, dia mula melarikan diri dari melody. Meninggalkan melody dan meneruskan kehidupan baru. Pergi dari kesengsaraan dulu. Namun semua memori dulu hampir kembali akibat datangnya seorang lelaki pencipta melody yang baru. Seseorang lelaki yang ingin dia kembali kepada melody. Tetapi tidak mengetahui identiti dia. Dia takut. Takut akan memori dulu kembali lagi. Jadi dia terpaksa sembunyikan identiti itu dan jangan benarkan lelaki itu mengetahui identitinya. Adakah lelaki itu akan mengetahui identiti dirinya? Adakah perempuan itu akan kembali ke dunia melody? P/S. Mungkin description nampak boring tapi cerita ni serius best.
Beast And A Voyage ~Chapter 1~ by AdaHaris
AdaHaris
  • WpView
    Reads 394,224
  • WpVote
    Votes 37,652
  • WpPart
    Parts 151
Satu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenali sebagai 'The Uncut Beast' memulakan pelayarannya bersama beberapa orang sahabat demi untuk mencari Urre Gold, mother of all gold and a hidden legendary treasure yang sampai sekarang masih tiada yang tahu keberadaan sebenarnya. Apakah rahsia sebenar disebalik harta lagenda, Urre Gold? Apakah keistimewaannya? Kenapa ia dianggap tidak wujud oleh mata dunia? Dan bagaimana pula cara untuk menjejaknya? That is what Theo Atlas and his crew will discover in their voyage. Highest rank : #1 in fantasy #Pemenang Anugerah Wattys 2017 kategori pengkarya kreatif
Mencintaimu Bidadariku : Raisha Hanani | PHYSICAL by AliahSyuhada
AliahSyuhada
  • WpView
    Reads 81,297
  • WpVote
    Votes 4,591
  • WpPart
    Parts 56
Known as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani Spin off Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau." _IMAN RAYKAL_ "Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama." _RAISHA HANANI_ Setelah lima tahun berlalu, Raisha Hanani kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi Iman Raykal berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu. "Jangan sesekali Sha tanggalkan cincin ni selagi abang masih hidup dan menjadi suami Sha." _IMAN RAYKAL_ "Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang..." _RAISHA HANANI_ Iman Raykal fikirkan dia sudah berjaya memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya. "Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita." _IMAN RAYKAL_ Apa kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah di antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?