Uncompleted story
196 قصة
Permission to Fall, Prof! بقلم cherryjryuna
cherryjryuna
  • WpView
    مقروء 350,270
  • WpVote
    صوت 20,078
  • WpPart
    فصول 46
📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?
When We Love Again بقلم lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    مقروء 360,806
  • WpVote
    صوت 28,955
  • WpPart
    فصول 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
+15 أكثر
[ OG ] BEAST : HAO ZHANG بقلم elvnaa
elvnaa
  • WpView
    مقروء 1,227
  • WpVote
    صوت 85
  • WpPart
    فصول 6
⚠️ MEMERLUKAN KETAHANAN MENTAL YANG TINGGI! [18+] ⚠️ - SPIN OFF BLOODY DANCER Hao Zhang, Orang mengenalnya sebagai jejaka yang periang, pembawa tawa dan senang dibuat kawan. Kehidupan Hao tampak begitu sempurna. Ketangkasannya membolehkan dia berbakti sepenuhnya pada negara. Selepas bertahun menetap di bumi asing, dia pulang ke tanah nenek moyangnya, China. Atas alasan datuknya yang berada di ambang maut, dia sebagai cucu yang berbakti pulang membawa kasih dan setia. "Atuk aku dah nazak, aku nak balik China nak curi harta atuk aku. Kayalah aku lepasni." - Hao Zhang. Setiap bicara lelaki itu pasti dihiasi jenaka. Dramatik, buas dan nakal-itulah gelaran yang sering disandang pada Hao. Namun, siapalah yang tahu bahawa di sebalik perwatakan periang itu, Hao menyimpan rahsia paling gelap yang tiada siapa pun tahu? "Because I'm such an empathetic person, that's why I murder them. I don't torture them for a lifetime. But don't worry, aku dah bertaubat." - Hao Zhang. Lin Yuxuan, Pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia. Dia membesar dengan trauma yang dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyembuhkannya. Setiap hala yang dituju, setiap nafas yang diambil, dan setiap pemandangan yang dilihat, dia mengharapkan sekecil-kecil perkara dapat memberinya kekuatan untuk terus bertahan. "In this life, we all have our own coping mechanisms to survive." - Lin Yuxuan. Dia tidak punya keluarga mahupun sesiapa dalam hidupnya selepas kejadian mengerikan itu. Dia hanya mampu bergantung harap pada Yang Maha Esa agar takdir tidak menyeretnya kembali ke masa lalu. Dia takut. "Saya lelah, Hao... saya tak mahu lagi percaya Tuhan. Saya putus asa..." - Lin Yuxuan. Mereka adalah sepasang kekasih yang cuba mencari jalan Tuhan, tapi terpaksa patah di tengah jalan. Duhai dunia yang penuh dengan kekejaman, semoga cepat berakhir di tangan Tuhan yang Maha Adil.
[C] Cinta Terakhir بقلم IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    مقروء 105,023
  • WpVote
    صوت 8,831
  • WpPart
    فصول 33
[SECOND BOOK] - PREKUEL HER ANGEL Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #1 Love #1 Cute #1 Healing Romance #2 Malay #3 Trauma #3 Keluarga #4 Family #5 Sayang #9 Malay
+11 أكثر
Find The Heart Again بقلم mieserene
mieserene
  • WpView
    مقروء 734,724
  • WpVote
    صوت 20,915
  • WpPart
    فصول 95
[ B O O K 1 ] NEW VERSION Dalissa hanyalah gadis biasa - sehingga satu perangkap di hotel menjeratnya dalam skandal yang bukan miliknya. Ayden, lelaki kaya penuh dendam, percaya 'dia' telah menghancurkan cinta pertamanya. Tanpa menyiasat, dia membalas dengan cara paling kejam: memerangkap Dalissa menjadi isterinya. Dalam gelora kebencian dan rahsia yang terpendam, apakah kebenaran akan terbongkar sebelum segalanya musnah? Apabila dendam mula goyah dan hati mula berbicara, adakah cinta masih punya ruang untuk hidup semula? beautiful cover by @AizackMesle
+8 أكثر
[OG] Canvas of Her بقلم Lyraasha_
Lyraasha_
  • WpView
    مقروء 903
  • WpVote
    صوت 87
  • WpPart
    فصول 12
Nayyara Jesnita ✰ Laith Hatta Nayyara Jesnita dikenali sebagai model antarabangsa paling berpengaruh di dunia. Cantik, elegan dan penuh kelas. Namun di sebalik kehidupannya yang mewah, tiada siapa mengetahui bahawa dia sebenarnya satu-satunya pewaris kepada empayar couture terkenal dunia, Al-Yazra Empire. Dia pernah dihancurkan oleh manusia yang memandang kedudukan, keturunan dan kekayaan lebih tinggi daripada hati dan keikhlasan. Sejak itu, dia bersumpah untuk berdiri atas kakinya sendiri. Di saat hidupnya berada di titik paling lemah, muncul seorang pelukis misteri terkenal dunia. "You should cry like this when you lose something precious... not when you lose something that never truly belonged to you." - Kaelean Namun satu kejadian yang berkait dengan masa lalunya memaksa Nayyara meninggalkan tawaran terbesar dalam kerjayanya dan pulang ke Malaysia. Dan di situlah dia bertemu dengan lelaki paling menjengkelkan dalam hidupnya. Laith Hatta. Lelaki kampung bermulut pedas yang bekerja sebagai nelayan dan pesawah itu sentiasa membuatkan darah Nayyara naik setiap kali mereka bertemu. "Harap rupa ja handsome tapi mulut macam longkang..." - Nayyara Jesnita "Hang cakap apa? Aku dengaq part handsome tu ja." - Laith Hatta Keadaan menjadi semakin huru-hara apabila Dato' Kamarul memaksanya berkahwin demi menghalangnya kembali ke Paris. Dalam keadaan terdesak, Nayyara membuat keputusan paling gila dalam hidupnya. Contract Marriage. Dan lelaki yang dipilihnya ialah Laith Hatta. Pada awalnya, semuanya hanyalah perjanjian tanpa perasaan. Tidak boleh jatuh cinta. Tetapi semakin lama mereka hidup sebagai suami isteri, semakin banyak sisi Laith yang menggoyahkan hati Nayyara. Dan lebih menakutkan... lelaki itu seolah-olah mengenalinya terlalu baik. Siapa sebenarnya Laith Hatta? Adakah dia benar-benar sekadar lelaki kampung biasa?
HER MR TROUBLEMAKER (C) بقلم yayarossz
yayarossz
  • WpView
    مقروء 3,619
  • WpVote
    صوت 82
  • WpPart
    فصول 54
Mine Series 1 Kerana pernah menolak cinta seorang lelaki, Dia trauma dan hidup di dalam mimpi ngeri. HAYLA ROSE - Seorang gadis Alpha yang berkerjaya sebagai Make Up Artis Professional kini menjadi wanita yang sangat... Sarkastik? Hidupnya dihiasi dengan dua orang sahabat dan keluarga tersayang. Dia bangkit semula demi keadilan untuk dirinya. Namun, segalanya berubah apabila seorang lelaki yang berjaya menyembuhkan lukanya tanpa ia sedar. RAJA HATTAR ARSLAN - Model Antarabangsa yang berjaya mencuit hati Hayla Rose dengan sikapnya yang suka mencari masalah dan kesalahan. Urghhh! Sangat menyakitkan hati Hayla Rose. "Roses! Nak kek!" - Raja Hattar Arslan "Encik Raja dah tak ada tangan ke nak makan sendiri?" - Hayla Rose Namun, satu kontroversi yang berlaku antara mereka. Raja Hattar dan Hayla Rose diikatkan dengan tali pernikahan tanpa rela. "Aku minta maaf..." - Raja Hattar Arslan "Kenapa pula awak nak minta maaf?" - Hayla Rose Tetapi, mereka hidup dalam kebahagiaan selepas masing-masing membuka hati untuk saling mencintai. Dan... Satu persatu rahsia kisah 'lama' Hayla Rose mula terbongkar menyebabkan Si Raja melindungi Si Bunga tanpa noktah. "Aku boleh terima apa yang kau ceritakan pada aku. Tapi, aku tak boleh terima apa yang dia buat pada hidup kau. Kau menderita Hayla." - Raja Hattar Arslan "Tapi saya tak nak awak jadi jahat." - Hayla Rose Adakah Si Raja mampu jadi penawar untuk Si Bunga? ⚠️AWAS Cerita ini mungkin berkait dengan... - Mental health issues - Anxiety and depression - Harsh word - UNTUK PEMBACA MATANG‼️ - Cerita ini adalah rekaan semata-mata! - Idea asal author❗ - Tidak dibenarkan plagiat karya saya‼️‼️
Salahkah Kita? [OG] بقلم _noninu
_noninu
  • WpView
    مقروء 2,188
  • WpVote
    صوت 111
  • WpPart
    فصول 16
Spin off : Lukisan Takdir ⚠️Sila baca novel Lukisan Takdir dahulu sebelum membaca novel ini! SALAHKAH KITA? "Apa kita sebuah kesalahan, sayang?" HANANIA LIN - Seperti sekuntum bunga matahari yang tidak pernah berhenti mencari cahaya, walaupun hidupnya berkali-kali ditenggelamkan dalam kegelapan. Tubuhnya masih bernyawa, namun jiwanya telah lama mati. Terbelenggu dengan dosa yang tidak pernah dipilihnya sendiri. Dipandang hina kerana masa silam yang tidak mampu dipadamkan, hingga bahagia terasa seperti sesuatu yang tidak pernah ditakdirkan untuk dirinya. UWAIS KHALID - Lelaki yang kelihatan memiliki segala-galanya. Kehidupan yang sempurna, keluarga yang disegani dan masa depan yang cerah. Namun di sebalik senyuman itu, tersembunyi seribu rasa bersalah yang bukan miliknya untuk ditanggung. Tubuhnya teguh berdiri, tetapi hatinya semakin rapuh, sehingga ada waktunya dia hanya mampu berdoa agar Sang Pencipta menjemputnya pulang lebih awal daripada terus hidup dengan penyesalan. Dua insan. Dua hati yang sama-sama terluka. Seorang percaya dirinya tidak layak dicintai, manakala seorang lagi sanggup mengorbankan segala-galanya demi membuktikan bahawa cinta itu tidak pernah memandang masa lalu. Namun... Benarkah cinta sahaja sudah cukup untuk melawan takdir? Atau ada luka yang sememangnya tidak ditulis untuk sembuh? "Kalau saya pergi... awak jangan ikut saya, Uwais..." Slow update!
Dendam Cinta  بقلم _noninu
_noninu
  • WpView
    مقروء 51,735
  • WpVote
    صوت 3,828
  • WpPart
    فصول 93
Book Vol 2: Luna Delara x Qaleef Hanan Spinoff : Cinta Helena Berkahwin tanpa cinta? Apakah ertinya? Bahagia? Takdir mempertemukan lagi mereka namun dalam versi yang begitu berbeza. Dahulunya seakan benci tapi kini berubah sayang? Apakah benar? "Kau ni pedofilia ka? Aku ni muda 2 tahun dari kau." "Baru 2 tahun. Apalah sangat umur yang berlandas angka tu? I still cantik kan?" QALEEF HANAN menerima takdirnya apabila dia harus menikahi gadis yang tidak pernah terlintas dalam takdir hidupnya. Gadis yang menjeratnya ke dalam perkahwinan ini. "Aku dah bertunang." "I don't care. I always get what I want." LUNA DELARA. Gadis yang menghancurkan hidup seorang Qaleef. Munculnya secara tiba-tiba dengan niat untuk menjadi isteri sah lelaki itu. Perkahwinan mereka terjalin atas cara yang mengorbankan perasaan yang lain namun bagi Luna dia tidak peduli asalkan lelaki itu menjadi miliknya. "Aku terima nikahnya, Luna Delara binti Syed Fawaz..." Tidak membenci mahupun menyakiti malah Qaleef memberikan seluruh cinta dan sayangnya pada gadis itu. "Syed Fawaz? Why does that name sound so familiar, Luna?" "I don't know, Qaleef. Kebetulan mungkin? You pun tahu I anak tunggal mana ada keluarga lain." Kerena cinta, Qaleef percaya. Kerana cinta, Qaleef larut dalam lembah dusta. Dan kerana cinta, Qaleef kalah dengan permainan Luna. Cinta bersulam dendam. Kasih bersulam dusta. Itulah kenyataan yang Luna simpan. Kata cinta yang menata di bibir hanya kepuraan semata dan niatnya cuma satu. Menjatuhkan seluruh keluarga Dato Qadir. "Kau pun tipu aku, kan?! Kau tak pernah cintakan aku sepanjang perkahwinan kita, Luna Delara!" "So? Nothing different between us, Qaleef. You never loved me. You chose me because I look like her, right?! Mampukah mereka bertahan dalam cinta yang bersulam dendam? Setiap langkah dalam perjalanan hati mereka seakan ditenun daripada benang luka lama, membuatkan cinta itu sendiri terasa rapuh, seperti menunggu masa untuk kembali pecah.