amorita
33 stories
DIFFERENT [OG] by ikanbertauliah
ikanbertauliah
  • WpView
    Reads 1,112
  • WpVote
    Votes 352
  • WpPart
    Parts 67
[KARYA PERTAMA] Dissociative Identity Disorder (DID) Penyakit yang memisahkan jiwa dan raga. Nuha Evelyn, salah seorang mangsa penculikan ketika usianya dua belas tahun. Segalanya bermula dengan pengkhianatan keluarga. Sikap pentingkan diri Encik Muaz dan Puan Sarah kononnya pemancing konflik demi membuat haluan masing-masing, membiarkan hak penjagaan Nuha jatuh ke tangan insan yang salah. Penderaan demi penderaan menghancurkan dirinya, sehingga membentuk tiga 'Alter Ego' Ash Xavier, Arumi dan Fasha. Namun, yang menjadi dominan dalam menguasai dan mempertahankan kehidupan Nuha walau dengan apa cara sekalipun adalah Ash Xavier. Personaliti Itali berjiwa dingin, tegas dan penuh dendam. Ancaman masih belum berakhir. Bayang-bayang masa lalu terus memburu, dan dunia gelap pemerdagangan manusia kembali menghampiri. Hakeem Ifwat, lelaki misteri yang menyimpan kisah silam, hadir membawa harapan. Namun kasih sayang tidak semesti menjadi penawar bagi jiwa yang retak. Nuha kini terperangkap... antara cinta seorang lelaki dan kuasa personaliti lain yang ingin menguasai hidupnya. 💬 "Apa yang awak perlu tahu, niat saya masih sama... saya nak jaga awak sampai hujung nyawa saya." - Hakeem Ifwat 💬 "Kita kahwin. Sekarang memang tak boleh. Tunggu aku balik dari Jerman. Aku ubah tubuh ni, demi engkau. Okay? Kau sudi?" - Ash Xavier 💬 "Jangan fikir alters cuma bayangan kosong. Aku akan pastikan Darren sayangkan aku!" - Arumi Cinta yang menyembuhkan? Atau personaliti yang menghancurkan? 📍 Sebuah karya penuh misteri, trauma, dan emosi, disulam dengan sentuhan thriller, komedi dan romantik. Kisah ini mengandungi banyak flashback, jadi pembaca digalakkan untuk focus. 📌 Sila hormati hasil tangan ini. 📌 Jika ada kekurangan, mohon dimaafkan. 📌 Jika ada persamaan, mungkin hanya kebetulan.
Psiko by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 190,865
  • WpVote
    Votes 13,086
  • WpPart
    Parts 40
Aku agak terkejut apabila ais krim sundae kegemaranku turut dihidang di atas meja. Sekali lagi Asyraf peka dengan apa yang aku suka. "Kalau suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau suka.Aku nak kau jangan lupakan satu perkara." Asyraf bersuara kembali. "Apa dia?" "Jauh mana pun kau pergi, kau masih 'rama-rama' aku Mar. Dan aku akan pastikan hanya aku yang boleh patahkan sayap kau.Ingat tu." Asyraf melentokkan kepalanya di atas tapak tangan. Wajahnya yang sedikit senget dihiasi senyuman manis ketika mengutarakan ayat itu.Nada Asyraf mempunyai obsesi yang mendalam. ... Tiada apa yang luar biasa dalam hidup Mar kecuali dia dan ibunya menetap di kediaman rumah agam datuk Adam apabila ibunya bekerja di rumah itu sebagai pembantu rumah tetap sejak Mar kecil lagi.Kebetulan pula, datuk Adam dan datin Auni mempunyai seorang anak lelaki bernama Asyraf.Mereka membesar bersama di dalam rumah itu membuatkan Mar tidak ketinggalan untuk mengetahui bahawa Asyraf merupakan seorang penghidap Psychopath. Namun, keadaan menjadi pelik apabila Asyraf mencecah umur 21 tahun.Perangainya kelihatan licik dan segala tingkahnya mempunyai maksud tersirat sehinggalah terungkai apabila Mar mengetahui bahawa Asyraf cuba membunuh ayahnya sendiri iaitu datuk Adam. ... "Dan bila aku sedar je, perasaan ni membesar dan aku menjadi tamak.Aku tamak sebab aku nak sentuh kau.Aku tamak sebab aku nak diri kau.Jadi Mar beritahu aku..." Asyraf mendekatkan wajah kami dan memandang tepat kedalam anak mataku. "Perasaan apa yang aku rasakan sekarang?" Soalnya serius membuatkan jantungku tidak berhenti berdegup kencang.Aku membalas renungannya dengan lidah terkelu.
TUAH DHIZWAR : BORN TO BE A LEGEND (FIRST DRAFT MANUSKRIP) by CINTA_MELUR
CINTA_MELUR
  • WpView
    Reads 54,366
  • WpVote
    Votes 2,254
  • WpPart
    Parts 74
UNEDITED Karya ini adalah fiksyen semata-mata. Nama, watak, tempat, pasukan atau kejadian yang dirujuk seperti VAT69, PDRM, atau lain-lain hanya digunakan sebagai latar rekaan. Sebarang persamaan dengan individu atau kejadian sebenar adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. P/s : Watak adalah berlapis, baca ikut urutan. First story
SILENT SIN (E-BOOK) by PutraRize_
PutraRize_
  • WpView
    Reads 2,228
  • WpVote
    Votes 223
  • WpPart
    Parts 18
𝟏.𝟎 | 𝐅𝐮𝐠𝐢𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Pembunuhan bersiri yang mengerikan telah menggoncang seluruh daerah Saint Amos. Shah Mirza, seorang pegawai polis senior di unit jenayah berat, ditugaskan untuk menyelesaikan kes ini. Namun, jejak si pembunuh seakan-akan ghaib, meninggalkan teka-teki yang mustahil untuk dipecahkan. Keadaan semakin tegang apabila Farhan Mikael, anggota baru yang muda dan penuh keyakinan, ditugaskan sebagai rakan setugasnya. Mirza dan Mikael tidak pernah sebulu. Perbezaan pengalaman, cara kerja, dan ego masing-masing menjadikan mereka lebih banyak bertelagah daripada bekerjasama. ❝ Dengar sini, budak bandar. Jangan nak bertindak bodoh dalam kes aku. ❞ - Shah Mirza ❝ Budak bandar? Mungkin cara aku terlalu bagus untuk seseorang yang masih terperangkap dengan teknik kurang bijak macam kau! ❞ - Farhan Mikael Di sebalik pertelingkahan mereka, si pelaku terus beraksi, meninggalkan mesej misteri yang membingungkan. Mampukah Mirza dan Mikail mengetepikan perbezaan mereka sebelum lebih ramai nyawa melayang? Atau adakah pertelingkahan mereka akan menjadi punca si pelaku terus bermaharajalela? ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu Beautiful cover by: @melonater / @reiir- Started: 4/3/2025 Ended: 15/6/2025 ©PutraRize_ ©2025
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,171,163
  • WpVote
    Votes 92,402
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
BIDADARI TUAN ELQAR |PBKL25 by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 725,363
  • WpVote
    Votes 16,298
  • WpPart
    Parts 27
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
MY GREY GUY by adawiyahasmadi
adawiyahasmadi
  • WpView
    Reads 1,734,315
  • WpVote
    Votes 48,372
  • WpPart
    Parts 57
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) FIRST BOOK! -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadis-gadis di luar sana jatuh hati kepadanya. Bagaimana tidak kalau wajah kacukan perancis dan melayu itu menjadi tatapan mereka. Paling istimewa ialah matanya yang berwarna kelabu menjadi tumpuan orang ramai. Kaya ? Hanya petik jari terus dapat apa yang dia mahukan. Nama pun CEO kan ? MADIENA DELISHA seorang gadis yang hanya berasal dari kampung. Seorang yang lemah lembut dan yang paling tidak terduga perangai polosnya. Hanya seorang peniaga nasi lemak di tepi jalan. Itu sahaja yang mampu dilakukan oleh gadis kampung ini untuk menampung kehidupan sehariannya. ... Bang ! Bang ! Bang ! Siapa sangka wajah kacak itu mempunyai sisi gelap yang amat menakutkan. Hanya keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu. "I will not let go of those who have touched what should be mine.." - Luth Aelden Evrard. "I-I'm sorry.." "Kepala bapak kau sorry !" -Henry Dzakwan. "Bapak dia dah mati lah Henry.." -Aryan Gilbert. "Dia dah mula dah.." -Felix Adry. "Stupido.." -Markuez Raymond. Bang ! Bang ! Bang ! ... ⚠️ karya tersendiri. ⚠️ siapa copy esok santau aku sampai.
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 952,387
  • WpVote
    Votes 65,574
  • WpPart
    Parts 57
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
The Stupidos 2 | The Shadow Bones by izkhai
izkhai
  • WpView
    Reads 13,544
  • WpVote
    Votes 1,826
  • WpPart
    Parts 16
Teen Fiction ' Humor | on going Season 2 || The Stupidos Series ••• Luke Harvey telah terbiasa dengan gaya hidup yang cukup bebas untuk remaja seusianya. Memberontak, bergaduh dan merokok bagaikan sudah sebati di dalam hidupnya. Jejaka itu sudah terbiasa bersembunyi di sebalik topeng seorang remaja liar yang tidak peduli. Di sebalik kebebasannya, ada jiwa yang semakin rapuh. Berpindah ke sekolah abang kembarnya, Lucas Harvey telah memaksa dirinya untuk berubah. Brandon Jones, seorang jejaka yang terkenal dengan sifat ramah dan senyuman manisnya tetapi mempunyai rahsia terbesar yang dipendamnya. Sekadar menjadi topeng untuk menutup lukanya. Kini mereka ingin mencari sebuah kebebasan daripada dibelenggu kekosongan. "Kita orang ada untuk kau orang. Sahabat tak akan meninggalkan sahabat sendiri bila dalam kesusahan." ___ Highest ranking (in promote before 2022) #98 in Teen Fiction
𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐒𝐜𝐡𝐚𝐭𝐳 by rzealyssa
rzealyssa
  • WpView
    Reads 13,424
  • WpVote
    Votes 578
  • WpPart
    Parts 3
𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 "A soul mate is someone who understands you like no other, loves you like no other, will be there for you forever, no matter what." Banyak mana sekalipun dia cuba untuk melupakan kisah silamnya, percayalah gambaran lelaki itu selalu bermain-main di fikirannya. Bagi Dhia, dia terlalu bodoh kerana masih mencintai lelaki yang telah hilang tanpa khabar berita. Lagi menyedihkan apabila perkara terakhir yang dia tahu adalah- "Majlis pertunangan pewaris tunggal Angelo Empire dan puteri sulung The Black Eyez" Hancur! Berkecai hatinya apabila dia mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya adalah tunangan orang. Lelaki yang di anggap beku dan kasar itu rupa-rupanya sudah bertunang? "Patutlah hilang rupanya nak jumpa kekasih hati" - Adhia Haura Namun selepas beberapa tahun, ada seseorang mula muncul dalam hidupnya membuatkan kehidupan Dhia semakin huru-hara. "Nice to meet you, sweetheart" - Harriz Mikhael Dalam tempoh yang perit itu, Dhia juga ditemani oleh seorang jejaka yang selalu ada untuknya. Dalam erti kata lain, dialah knight in shining armour gadis itu. "Why my Adhia? Are you mad?" - Muhammad Faqih Eshal