Eun's Reading List
6 stories
Dear, Arjuna  by IeqahKazumi
IeqahKazumi
  • WpView
    Reads 48,837
  • WpVote
    Votes 6,634
  • WpPart
    Parts 26
ARJUNA | INARA Mempunyai kelebihan boleh melihat dan berinteraksi dengan roh bukanlah satu benda yang menyenangkan malah membuatkan diri seorang gadis iaitu Inara benar - benar menyedihkan. Tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya dan tiada pilihan melainkan hanya menyendiri. Siapa aje yang berani nak kawan dengan orang yang suka cakap sorang - sorang ni ? Dah gila agaknya kalau ada ! Namun dalam diam, gadis ini telah lama menyimpan perasaan pada seorang pelajar lelaki a.k.a bakal ketua pelajar sekolahnya iaitu Arjuna. Walaupun kewujudannya tidak pernah disedari oleh Arjuna namun Inara tetap menyukainya. Alahh kira Arjuna tu crush Inara lah. Suatu hari telah terjadi satu kejadian yang betul - betul tidak Inara sangkakan. Kejadian apa ? Kejadian di mana Arjuna telah menjatuhkan dirinya dari tingkat 3 bangunan sekolah mereka pada hari karnival sekolah. Dalam erti kata lain dia bunuh diri. Tapi betul ke Arjuna bunuh diri ? Atau ada kisah lain disebaliknya ? Nak tahu ? Teruskan membaca cerita " Dear, Arjuna " yaaa ? P/s : Jangan lupa vote selepas baca ya. - Hak cipta terpelihara ! Jangan sesiapa pun copy ya ? Please be honest 😊 [ 25/08/2021 - 06/11/2021 ]
Mr.Hoodie Pujaan Hati | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 4,244,052
  • WpVote
    Votes 133,221
  • WpPart
    Parts 37
2018 | TERBIT 2021 Sometimes I wonder, that I should keep this book in Wattpad. Too much flaws though, perhaps this is my young mistake and I can't undo the time. *** Bagi Dhia, tak salah rasanya kalau dia cuba mencari kawan baru dan berbaik dengan semua orang. Boleh juga mengelakkan permusuhan. tak gitu? Tapi, mamat ber'hoodie' hitam ini pula tunjuk perilaku sombong. Pelawaan Dhia untuk menjadi kawan ditolak mentah mentah. "apa? kau ingat aku ni ada masa nak layan perangai budak budak kau tu?" -Farhan Iskandar Sudahlah dikutuk Dhia seperti budak budak, dikatanya pula Dhia ini mengambil kesempatan. "Tolong, behave yourself. Sudahlah suka suka peluk orang, hmph! perempuan memang suka ambil kesempatan eh?" -Farhan Iskandar Seperti 100% salah diletakkan kepada Dhia, ini memang tidak adil! Kejadian tersebut tidak saja berhenti setakat itu. Mereka berdua asyik bertemu. Dhia Irdina asyik tersenyum dan Farhan Iskandar asyik mendengus! Menyampah betul nampaknya dia. Sehingga satu hari, satu rahsia mula terbongkar. Hatinya remuk, nyawa pula menjadi taruhan. Dan saat itulah, sisi charming Farhan muncul. "I will protect you, kitten. Nobody can hurt or even touch you again, i swear." -Farhan Iskandar. Mampukah Farhan berpegang dengan kata katanya? Gadis yang dianggap menjengkelkan suatu ketika dahulu sudah kelihatan persis puteri raja di matanya. Kalau dah hati terikat sayang, apakah Farhan sanggup berkorban? Bagaimana pula Dhia Irdina? Jejaka separuh dingin separuh charming itu betul betul mencuri hatinya. Elok mereka memendam rasa yang sama, datang pula satu konflik yang memberi tamparan hebat. Dia harus memilih, antara cinta dan sahabat. Ataupun..dia bakal kehilangan segalanya? *** Cover by: @hdaynie❤️ Start : 1 January 2018 End : 28 December 2018 Latest updated: Buat kau yang dah baca sampai habis, sengaja datang sini untuk bagi spoiler kat ruang komen, kalau tiba-tiba kena mute jangan tanya kenapa. Ya saya jahat, terima kasih.
Genesis | ERROR  [Side Story 1] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 3,490
  • WpVote
    Votes 342
  • WpPart
    Parts 10
Badai sekali lagi datang melanda. Tiada siapa yang tahu bila ia bermula atau dari mana datangnya ia. Dalam sekelip mata Pulau Mentani menjadi huru-hara akibat wabak yang dulu mengancam keselamatan seluruh dunia muncul sekali lagi secara tiba-tiba. Sekumpulan remaja tekad untuk keluar dari pulau tersebut ketika ribut badai bencana melanda, meragut ratusan nyawa tidak kira keluarga, rakan dan penduduk yang lain. Namun semua itu bukanlah mudah. Semua dugaan yang mereka hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terutamanya apabila kebenaran yang terbongkar bukan mudah untuk dihadam apatah lagi diterima. "Tragedi Daerah Kudat mungkin akan berlaku sekali lagi." "Semuanya telah berakhir." ! Notis ! Karya ini merupakan cerita sampingan daripada cerita siri ERROR. Dwibahasa - Malay & English
»Abolition« [ERROR#2] by Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    Reads 75,343
  • WpVote
    Votes 8,261
  • WpPart
    Parts 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua sangka ianya terhapus sekali bersama-sama dengan daerah Kudat tetapi sangkaan mereka meleset. Dalam kekecohan, Peter tekad untuk mencari Ana. Untuk menyelamatkan dunia, mereka perlu menyelamatkan satu-satunya penawar bagi wabak Ex-16 itu terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika... "Ana, saya perlu beritahu awak sesuatu. Dan saya harap awak bersedia." Dr Christine mengangkat wajahnya merenung Ana. "Apa dia?" "Awak telah dijangkiti."
Hero Dalam Irama | TERBIT by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 584,186
  • WpVote
    Votes 32,194
  • WpPart
    Parts 26
2020 | TERBIT 2022 This story might not be the best from me, and I am sorry. "There's rhythm that right for your soul." *** Ini adalah kisah gadis Melayu Sarawak dengan Heronya. Pertemuan mereka langsung tidak indah, malah, lebih kepada memalukan! Kalau dah sampai orang ramai di taman itu tergelak sakan, mana Si Dayang ni nak sorok dia punya muka? "Tak apa, awak tak salah pun. Mungkin ini aturan Allah agar saya dapat lihat betapa cantik ciptaan-NYA," -Haraf Aidan. Mungkin bagi lelaki itu, pertemuan mereka membawa makna dan kehidupan yang baru. Tapi langsung tidak pada Dayang, setiap kali perkara memalukan terjadi, mesti lelaki itu yang terlibat sama. "Encik Haraf, saya tak kenal Encik dan saya taknak ambil tahu pun tentang Encik. Anggap sajalah pertemuan kita ni sekadar persinggahan, bukannya takdir," -Dayangku Nur Aima. Dan apabila sekali lagi kejadian buruk menimpa, mereka terperangkap berdua. Hubungan makin bertaut rapat dan ketika itulah kata kata Dayang di awal kisah memakan dirinya sendiri. "Mungkin benar, siapa yang hadir, tak semestinya akan jadi takdir," -Dayangku Nur Aima. Hubungan mereka akhirnya terputus. Puncanya tiada siapa yang tahu. Seorang kekal di Semenanjung, seorang lagi terbang ke tanah Sarawak, membawa takdir masing masing. Namun, jauh di sudut hati Dayang, dia masih berharap agar Heronya itu akan datang kembali, walaupun takdir mereka tidak sehala. Bagaimana pula dengan Haraf? Kembalikah dia menjadi Hero di hati Dayang? Ataupun, dia sudah menjadi Hero di hati perempuan lain? Apa pula punca hubungan mereka sekadar persinggahan, bukan berakhir di singgahsana perkahwinan? *** Cover by: @hdaynie❤️
Obliviate by _ljskwb
_ljskwb
  • WpView
    Reads 57,833
  • WpVote
    Votes 5,303
  • WpPart
    Parts 15
[MALAY STORY / BUKAN FANFICTION] Obliviate: To forget, to wipe from existence. Dia diberikan dua pilihan. "Would you rather going back and erased everything or will you keep the painful memories but end up getting hurts?" Tiga saat, dia memilih. "Obliviate." Dan tak ada sesiapa yang memberitahu dia bahawa pilihan itu tetap sama menyakitkan. ~*~ "If I go back and meet you again, I will tell you then... I'm sorry that I love you." ===== Obliviate. ©2018, Jiyan. All Rights Reserved.