We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
AiniUlya9's Reading List
49 stories
OG | THE CAPTAIN  by ainasofiae
ainasofiae
  • WpView
    Reads 816
  • WpVote
    Votes 76
  • WpPart
    Parts 34
Bagi Zara Sofea, hidup dia hilang sekelip mata selepas satu kemalangan ngeri. Tersedar di hospital, dia hilang ingatan dan terus jadi "isteri" kepada Noah Khalid. Tapi, sekeping gambar perkahwinan yang dipotong wajah pengantin lelakinya mula mencetuskan tanda tanya. Siapa Noah yang sebenarnya? Bila rahsia pecah yang Noah sebenarnya seorang penipu psiko, Zara nekad melarikan diri demi menyelamatkan nyawanya. Beberapa bulan berlalu, Zara cuba membina hidup baharu sebagai seorang fisioterapis. Di saat dia menutup rapat pintu hatinya, takdir mempertemukannya semula dengan Kapten Uwais Affan, seorang juruterbang jet pejuang TUDM yang pernah memayunginya dalam keheningan hujan di kubur dahulu. Mampukah seorang Kapten TUDM menyembuhkan parut di hati Zara, atau bayang-bayang kegilaan Noah akan kembali memburu?
Cinderella Milik Tuan Ceo | OG by syam1m1e
syam1m1e
  • WpView
    Reads 47,523
  • WpVote
    Votes 2,894
  • WpPart
    Parts 21
Karya ketiga by syamimie⏳️ Blurb: Sempurna? Jauh sekali. Dia membesar dengan serba kekurangan. Kekurangan yang pada awalnya hanyalah sekadar perkara biasa pada seorang Mirea Sofea. Namun, kekurangan yang ada pada dirinya mula menjadi bahan hinaan orang sekeliling. Sehinggakan dia berfikir bahawa dia adalah orang yang paling malang di dunia ini. Hari-harinya berjalan seperti biasa, memekakkan telinga tatkala dirinya menjadi umpatan orang. Padanya, dia mampu harungi semua ujian ini, sehinggalah satu malam yang mengubah segalanya. Zayn Evryn. Sempurna? Ya, cukup sempurna. Satu kejadian yang membawa pertemuan mereka berdua itu membuatkan dua jiwa meronta dalam tak rela. "Eh kau tak payah nak berlakon lah depan aku! Kau yang rancang semua benda ni kan?! Kau goda aku semalam sebab kau nak bolot semua harta aku kan?!" -Zayn Evryn "Encik merepek apa ni?! Saya tak kenal pun siapa Encik!! Kenapa Encik fitnah saya macam ni!!" -Mirea Sofea Setelah malam itu, masing-masing memilih untuk meneruskan hidup seperti biasa. Namun, munculnya kembali Zayn disisi Mirea membuatkan Mirea semakin gila. Bukan gila kerana lelaki itu berbuat jahat padanya, namun gila kerana perubahan mendadak lelaki itu. "Love me, Mirea Sofea..." -Zayn Evryn Bagaikan terhenti dunianya. Kelu lidah Mirea dengan pengakuan berani mati lelaki itu. Cinta? Mirea tidak kenal apa itu cinta. Dirinya yang serba kekurangan itu, layakkah dia untuk dicintai? Dan Zayn Evryn? Mengapa dia tiba-tiba sahaja meluahkan rasa cinta? Adakah ada sesuatu di sebalik perkenalan mereka itu sehinggakan Zayn sanggup mengejar cinta Mirea sebegitu rupa? Dan apakah rahsia yang tersembunyi di sebalik semua ini sebenarnya? Start: 1/1/2026 End:
My Grumpy Jealous Husband-TAMAT by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 804,232
  • WpVote
    Votes 10,581
  • WpPart
    Parts 46
Aliya berkahwin dengan Faliq. Lelaki dingin dan serius yang sukar menunjukkan perasaan. Pilihan Nenek Aliya dan Mama Faliq. Di sebalik wajah tegas dan sikap grumpy itu, tersembunyi seorang suami yang sentiasa memerhati - Faliq tidak suka bila setiap pandangan lelaki lain yang berani singgah terlalu lama pada isterinya. Faliq tidak menjerit. Dia tidak suka bertengkar. Dia juga bukan lelaki yang mudah meluahkan cinta. Tetapi bila melibatkan isterinya? Dia berubah. Dia cemburu. Aliya pula suka mengusik. Suka melihat rahang Faliq menegang. Suka bila tangan suaminya spontan melingkar di pinggangnya - seolah-olah memberi amaran tanpa perlu bersuara. Aliya pernah lari kerana menyangka Faliq masih menyimpan perasaan pada wanita lain. Namun Faliq tak pernah mengejar sesiapa dalam hidupnya. Saat Aliya hilang kerana merajuk cukup untuk meruntuhkan ego seorang lelaki bernama Faliq. Kini, dia bukan sekadar mencintai. Dia melindungi. Faliq mungkin lelaki yang dingin. Mungkin juga suami yang pendiam. Tetapi satu perkara yang pasti - Dia tidak pernah berkongsi apa yang menjadi miliknya. Dan Aliya? Dalam diam... dia menyukai cara suaminya cemburu. note: cerita ni untuk 18 ke atas sahaja!!
Sweet Punishment  [ in editing ] by uchisske
uchisske
  • WpView
    Reads 303,676
  • WpVote
    Votes 9,588
  • WpPart
    Parts 36
Ayish Aiman x Aleesya Nabilah cerita rekaan semata-mata, tiada berkaitan yang hidup ataupun yang mati. ________ Aleesya tidak menyangka hubungan cinta yang dibina selama ini hancur begitu sahaja apabila mengetahui kekasihnya berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri. Hancur luluh hatinya, namun Aleesya tidak mahu terus meratapi nasib. Demi membalas dendam, dia mengambil keputusan yang nekad berkahwin dengan Ayish, pak cik sepupu kepada bekas kekasihnya. Pada awalnya, perkahwinan itu hanya sekadar perjanjian tanpa cinta. Namun, sedikit demi sedikit, kebahagiaan mula menyapa hati Aleesya apabila Ayish melayaninya dengan penuh kasih sayang. Hubungan mereka semakin erat dan cinta mula berputik. Namun, ketika kebahagiaan terasa semakin dekat, sebuah rahsia dari masa silam Ayish terbongkar, membuatkan Aleesya mula meragui keikhlasan suaminya. Apakah rahsia yang disembunyikan oleh Ayish? Mampukah Aleesya menerima kenyataan tersebut, atau kebahagiaan yang baru dibinanya akan runtuh sekali lagi? _______ ⚠️ 18+ (c) 2023
SIR ZAYNE : SUAMI AKU [C] by Qaynyy
Qaynyy
  • WpView
    Reads 1,212,620
  • WpVote
    Votes 49,944
  • WpPart
    Parts 73
🏆 Ranking 1 Of Lecturer ( 14/11) BEST BOOK OF ROMANCE || LECTURER + STUDENT || ROMANCE STORY 2021 ADELIA SYAURA, pelajar yang 'sosial' suka melawan tapi baik. Aik, jadi jahat pun boleh kata baik ? Apa yang perkara baik yang dia buat ? Kehidupannya bertambah huru hara bila dia dikhawinkan dengan pensyarah satu kolej dengannya. Bertambah pening kepala Adelia Syaura apabila dia selalu dipanggil oleh pensyarahnya merangkap SUAMINYA. " Ura sayang..nanti jumpa saya dekat office yee.." Zayne Darris " Kenapa aku kena dengar cakap dia ? sebab suami ? ahh..kalau tak dengar nanti tak bau syurga.." Adelia Syaura ku " Awak..saya dah lama tunggu awak.." Mia " Adell kalaulah masa itu boleh putar aku akan tebus semua kesalahan aku kat kau..." Nadine Bila Adelia Syaura mula memainkan peranan untuk menyambut cinta suaminya datang masalah yang dia sendiri tidak sangka akan mengakibatkan hatinya terluka. Zayne yang penuh rahsia telah membuatkan Syaura melarikan diri jauh dari Zayne. Apa yang akan terjadi selepas Zayne dapat tahu Syaura meninggalkan dirinya. Mia dan Nadine masing-masing tidak mahu mengalah malah ingin meruntuhkan masjid yang dibina oleh Zayne dan Syaura. INFORMATION Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang lain..tiada sebarang copy paste berlaku ya anak-anak..sekiranya nampak macam sama, itu hanyalah kebetulan semata-mata.
C | TEMPAT TERNYAMAN  by Dehana
Dehana
  • WpView
    Reads 82,372
  • WpVote
    Votes 2,526
  • WpPart
    Parts 40
"Sir dah ada girlfriend ke?" - Nayra Nelisya "Kenapa awak tanya?" - Ryan Eskandar Nayra Nelisya seorang pelajar degree tahun ke dua di sebuah university di tempatnya. Nayra telah jatuh hati pada seorang pensyarah yang mengajarnya. Nayra yang berumur 23 tahun menyimpan perasaannya kepada pensyarahnya yang berumur 33 tahun. Memang tidak dinafikan wajah Ryan Eskandar sangat memukau mata setiap pelajar di universitynya malah pensyarah perempuan tidak tertinggal untuk meminati Sir Ryan Eskandar. "Saya nak Sir tahu. Saya selalu ada kalau Sir perlukan seseorang" - Nayra Nelisya "Awak sukakan saya ke Nayra?" - Ryan Eskandar Ryan Eskandar semakin hari semakin merasakan sesuatu terhadap Nayra apabila dirinya sudah mula rapat dengan pelajarnya itu. Sejak adanya gadis manis itu didalam hidupnya, hidupnya terasa nyaman dan selesa. Perasaan yang dirinya sendiri susah tafsir. Adakah ini CINTA? "Saya janji saya akan jaga Sir. Selagi Sir bersama saya, saya tak akan biarkan sesiapa pun sakiti Sir." - Nayra Nelisya "I have no one right now. I only have you. Please don't ever leave me Nayra." - Ryan Eskandar "Never" - Nayra Nelisya START - 13 September 2024 END - 30 Jun 2025 EDITED -
𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧  by lostlynad_
lostlynad_
  • WpView
    Reads 37,773
  • WpVote
    Votes 1,269
  • WpPart
    Parts 42
𝓓𝓻𝓪𝔂𝓮𝓷 𝓔𝓷𝓷𝓲𝓸 - 𝓣𝓱𝓮𝓸𝓷𝓪 𝓕𝓮𝓵𝓭𝓸𝓻𝓪 Drayen Ennio seorang lelaki kejam yang berasal dari Itali . Dia merosakkan seorang wanita yang bernama Theona Feldora , kerana dendam . Selepas dendam nya tercapai , dia bertanggung jawab atas tindakan kejamnya . Namun segalanya menjadi sukar apabila , dia tersedar bahawa tindakannya membuatkan isterinya itu , mengalami kemurungan , dan trauma yang besar. Drayen mula bersumpah , terhadap wanita itu , yang dia akan berubah dan mahu membuktikan bahawa dia mampu menyembuhkan segala trauma yang dihadapi isterinya . "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝑫𝒓𝒂𝒚𝒆𝒏 ." - 𝐓𝐇𝐄𝐎𝐍𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐎𝐑𝐀 - "𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 , 𝒎𝒚 𝒍𝒂𝒅𝒚 . 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 , 𝒊'𝒎 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 , 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 , 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 ." - 𝐃𝐑𝐀𝐘𝐄𝐍 𝐄𝐍𝐍𝐈𝐎 - Adakah Drayen mampu bersabar untuk memulihkan segala trauma Theona , atau Drayen hanya menenangkan Theona dengan mulut manisnya kerana terpaksa sahaja ? KARYA : 1 GENRE : Darkromance | Thriller 🔞⚠️
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,066,880
  • WpVote
    Votes 38,193
  • WpPart
    Parts 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐑𝐀𝐅𝐀𝐄𝐋 || 𝐂 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 1,140,184
  • WpVote
    Votes 30,236
  • WpPart
    Parts 56
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟏 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 Haikal Rafael, seorang lelaki dingin dan misteri, hidup dalam bayang-bayang kegelapan yang dia ciptakan sendiri. Dunia bagi Haikal hanyalah tempat penuh darah dan kekerasan. Sebagai pemimpin mafia terkejam di dunia, namanya menjadi mimpi buruk bagi siapa saja yang berani mengusiknya. Baginya, cinta hanyalah kelemahan yang membuang waktu. Hidupnya hanyalah tentang kuasa, balas dendam, dan kesetiaan yang dibangun di atas rasa takut. Mikayla Hijannah adalah seorang gadis sederhana yang hidup dalam penderitaan.Tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya, ia diperlakukan seperti pembantu. Meskipun memiliki ayah, kehadirannya hanyalah bayang-bayang tanpa erti karena dia telah mengabaikan Mikayla sepenuhnya selepas saja kematian isteri pertamanya. Di depan sang ayah, ibu tiri dan kakak tirinya bersikap manis, namun di belakang, mereka tanpa ampun menghina Mikayla. Segalanya berubah ketika hutang besar ayah Mikayla kepada Haikal memaksa mereka menyerahkan Mikayla sebagai ganti.Tanpa pilihan, gadis itu terlempar ke dunia gelap Haikal. Bagi Haikal, Mikayla hanyalah alat untuk melampiaskan amarahnya, tak lebih dari boneka dalam permainan kejamnya. Namun, takdir mempunyai rencana yang berbeza. Di tengah kegelapan dan kekerasan itu, Mikayla perlahan menembus tembok kebekuan hati Haikal. Namun, setiap kali Haikal mencuba membuka hati semula ada sesuatu yang menghalang. Dunia Haikal yang penuh bahaya dan dendam itu telah mengancam keselamatan Mikayla, sementara Mikayla harus menghadapi kenyataan bahwa ia mungkin hanya sekadar tempat pelampiasan amarah dan kekejaman Haikal. Adakah kegelapan hati Haikal boleh diterangi oleh cahaya Mikayla? Adakah Mikayla berjaya meruntuhkan tembok kekerasan hati Haikal yang telah lama dia kubur? Pembaca matang sahaja digalakkan ⚠️ ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.
Malaikat Tak Bersayap [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 378,551
  • WpVote
    Votes 36,046
  • WpPart
    Parts 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seperti orang lain. Aku adalah aku. Dengan kes jenayah yang aku lakukan, tiada siapa yang mahu mendekat. Yang paling penting, tiada siapa yang dapat ubah aku. Bekerja di underground menguatkan lagi mental dan fizikalnya. Dia mengendahkan segala apa yang diperkatakan kepadanya. Aku tak kisah. Hadirnya seorang lelaki yang hendak ambil tahu semua tentangnya sangat-sangatlah serabut! Dasar mamat bomba gila! "Marry me." - Qaayed Wakeel "Apa? " - Firjani Adiratna "Jom nikah, aku malaslah nak tatap muka kau tanpa ikatan ni." - Qaayed Wakeel "Aku tak pernah suruh kau tatap muka aku pon! Blah lah kau! " - Firjani Adiratna WARNING: Terlalu banyak typo, read on your own risk. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in action - 12/3/21 , 8/9/23 , 10/9/23 #1 in thriller - 14/3/21, 29/1/24 #1 in humor - 09/08/23 #1 in romance - 20/3/24 Start: 1/7/2020 End: 1/10/2020