Nino's Favourite
2 stories
MAWAR ARLYA [HIATUS] by etherealelara
etherealelara
  • WpView
    Reads 8,764
  • WpVote
    Votes 828
  • WpPart
    Parts 10
*Biarlah cerita ini tergantung tanpa ending. Agak membosankan kepada saya dan tersangatlah cringe* ---------- "Senyumanmu mengaburi segala duka" "If roses tried to be sunflowers, they would lose their beauty, and if sunflowers tried to be roses, they would lose their strength." Mawar Arlya, nama yang indah persis bidadari. Namun, kehidupannya yang penuh duka dan derita. Bahagia? Entah bila akan hadir. Baginya, dunia terlalu kejam. Ya, sangat kejam! Senyuman yang terlakar di bibir hanya untuk menutup segala duka dan derita. Rykarl Haqeem. Seorang jejaka yang sombong tetapi gerun jika dipandang. Namun, empunya nama punya kisah silam yang tidak mampu terungkap. Ya, dia benci akan cinta. Sakit? Terseksa? Itu yang dia rasakan. Sesiapa sahaja tidak mampu menolak takdir. Dan dengan takdir juga telah menemukan mereka berdua. "The world as we have created it is a process of our thinking. It cannot be changed without changing our thinking. Jangan fikir awak seorang sahaja yang terseksa di dunia ni!" - Mawar Arlya "Kau tak pernah faham apa yang aku rasa. Kau juga tak pernah faham apa yang aku alami selama ini! Kau tak faham semua tu, Mawar!" - Rykarl Haqeem "Tak semua yang terlihat gembira itu tak punya derita. Sedarlah, Rykarl. Awak pun tak faham juga diri saya. Awak pun tak pernah tahu apa yang saya alami."- Mawar Arlya. Sehingga tiba satu masa, Rykarl mula mengetahui segala kisah silam Mawar yang disimpan rapi. Hatinya bercampur baur. Rasa kesal mula memaut diri. Gadis yang dianggap periang itu ternyata punya derita yang tiada siapa tahu. "Kita berdua adalah dua jiwa yang tersakiti, tetapi disatukan untuk melengkapi. Mawar, izinkan aku untuk jaga kau? Izinkan aku untuk hilangkan rasa sakit kau? Dan tolong izinkan aku untuk menjadi pendamping kau dunia dan akhirat?"- Rykarl Haqeem "Layakkah saya untuk merasa bahagia?" - Mawar Arlya Apakah kisah silam Mawar dan Rykarl? Bagaimanakah pengakhiran hidup mereka? Derita? Bahagia?
1 | Hai, Inspektor! [✅] by sofeaaaaa-
sofeaaaaa-
  • WpView
    Reads 23,776
  • WpVote
    Votes 2,424
  • WpPart
    Parts 40
Beautiful cover by @xerlickmentos58 Pintu hati sudah ditutup serapat-rapatnya oleh Nurin supaya tiada sesiapa yang masuk setelah ditipu orang yang dipanggil 'lelaki'. Tetapi apakan daya, datang semula Hazreel Emirul untuk cuba membuka semula hati Nurin. Bukan benci tapi mungkin disebabkan dia minta untuk putuskan hubungan dulu dengan asbab yang tak kukuh, itu menjadi punca Nurin Sofea tak mahu berbalas mesej dengannya. "Satu je peluang, saya takkan sia-siakan" -Hazreel Emirul. "Awak usaha lah. Tengok berapa lama masa yang saya perlukan untuk terima orang lain. Hati saya baru je hancur. Pintu hati saya, saya dah tutup. Tiada siapa yang saya terima sekarang." -Nurin Sofea Jarang bertemu , jarang juga ada pandangan 2 pasang mata. Hanya panggilan telefon dan mesej saja yang boleh. "Tunggulah saya habis sekolah, dapat apa yang saya impikan. Awak pun sama, nak jadi polis kan? Usaha sampai dapat. Nanti saya akan fikirkanlah pasal benda ni" -Nurin Sofea Hati? kau dah sedia ke? Mampu ke nak bagi orang jaga kau wahai hati? Tuan punya hati sendiri tiada jawapan. 🌙🌙🌙🌙 12 tahun berlalu... Sedang berbahagia, datang orang ketiga dipihak masing-masing yang ingin meruntuhkan cinta mereka. "Ceraikan saya" -Nurin Sofea "Cerai? Okey, awak nak sangat kan? Nurin Sofea Bt Sukiman.." -Hazreel Emirul "Aku akan dapatkan dia tak kira macam mana sekalipun" -Enzur Zaimie "Dia milik aku dan sampai bila-bila pun dia akan tetap jadi milik aku. Kalau aku tak dapat dia, kau pun sama" -Ayu Sofea Betulkah Nurin dan Hazreel akan bercerai? Apa jadi pada Enzur? Berjayakah Ayu mendapatkan Hazreel? Sahabat sentiasa disisi demi menguatkan diri dan cinta yang telah berputik sejak 12 tahun lalu. Perkahwinan tidak bahagia mana, tapi cinta yang menguatkan mereka. ⚠️KATA-KATA KESAT DIGUNAKAN DALAM PENULISAN. HARAP TIDAK DIAMALKAN⚠️ Sediakan mental untuk membaca cerita ini. First Romance❤ 100% by @sofeaaaaa- D: 301220 - 270521