Nyllaraa's survive
10 stories
CRUSH  by lemonteafrappe
CRUSH
lemonteafrappe
  • Reads 153,516
  • Votes 10,114
  • Parts 70
Apa itu Crush? C inta yang di R ahsiakan hanya U ntuk S eseorang dengan H arapan dia akan menyedarinya ❇ menurut twitter sebanyak 98% crush tidak menyedari bahawa dia sedang diperhati oleh seseorang ❇ dengan penambahan kata-kata semangat dari seorang gadis bernama syaf yang masih dalam proses move on
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE] by anlhpermy
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
anlhpermy
  • Reads 242,640
  • Votes 16,243
  • Parts 117
Kairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz membunuh kesemua ahli puak Kairi. Malangnya, Kairi berjaya melarikan diri tetapi dia tidak menyedari Rafiz mengekorinya sehinggalah tubuhnya yang cedera memakan dirinya dan menyebabkan dia pengsan di tengah hutan. Pada masa inilah Rafiz mengambil peluangnya untuk membunuh Kairi tetapi disebabkan keinginan lama yang mula muncul secara tiba-tiba, Rafiz tidak membunuh Kairi. Sebaliknya, dia membawa Kairi pulang bersamanya. Dia juga melindungi dan menyorok Kairi daripada ditemui kumpulannya. Apa yang berlaku selepas itu? Bagaimana puak Kairi terlibat dengan kemusnahan Bintang Kegelapan? Nak tahu? Bacalah dan menyelami hidup yang dijalani Kairi dan Rafiz sambil mereka berdua mengatasi masalah daripada Bintang Kegelapan dan juga kemunculan Bintang Kecerahan yang ingin memusnahkan Bintang Kegelapan. Cerita ni sebenarnya dah siap ditulis tetapi dalam buku. Saya akan pelan-pelan taip untuk kamu semua baca. Okey, selamat membaca XD
»Abolition« [ERROR#2] by Ly_Arlay
»Abolition« [ERROR#2]
Ly_Arlay
  • Reads 74,819
  • Votes 8,252
  • Parts 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua sangka ianya terhapus sekali bersama-sama dengan daerah Kudat tetapi sangkaan mereka meleset. Dalam kekecohan, Peter tekad untuk mencari Ana. Untuk menyelamatkan dunia, mereka perlu menyelamatkan satu-satunya penawar bagi wabak Ex-16 itu terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika... "Ana, saya perlu beritahu awak sesuatu. Dan saya harap awak bersedia." Dr Christine mengangkat wajahnya merenung Ana. "Apa dia?" "Awak telah dijangkiti."
»ERROR« [ZombieMalay] by Ly_Arlay
»ERROR« [ZombieMalay]
Ly_Arlay
  • Reads 160,597
  • Votes 15,811
  • Parts 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad untuk keluar dari daerah tersebut dengan selamat bersama rakan-rakannya. Namun semua itu bukanlah mudah. Sesiapa yang dijangkiti akan menjadi tidak waras dan hilang kawalan, mungkin lebih teruk. Tidak ada pilihan selain 'menghapuskan' mereka yang dijangkiti. Semua dugaan yang Ana dan rakan-rakannya hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terselamatkah mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik misteri wabak tersebut? Dan sanggupkah Ana 'menghapuskan' andai ada antara rakannya dijangkiti? Ketahui dalam kisah ini
Penjejak Kubur by maercaestro
Penjejak Kubur
maercaestro
  • Reads 69,953
  • Votes 6,575
  • Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
Exam Dibatalkan 2.0  by Nixs_A-zy
Exam Dibatalkan 2.0
Nixs_A-zy
  • Reads 6,550
  • Votes 949
  • Parts 54
☣️ NO MORE HOME ☣️ Setahun yang seolah-olah para survivors tempuhi ibarat seratus tahun telah berlalu. Zombies? Apacer, sudah tidak digeruni. Manusia terselamat? Mungkin yang lebih patut ditakuti. Semua mungkin fikir jika dunia mengalami zombie outbreak, tiada tempat lagi yang selamat. Dari segi.. pemikiran minda yang logistik, pernyataan itu tidak salah mahupun benar. Namun, betul ke zombie yang menjadi punca tiada tempat lagi yang selamat untuk melindungi diri? Banyak persoalan, bukan? Begitulah yang menjadi tanda tanya kepada para survivors yang berjaya survive selepas setahun krisis penularan 'unknown' virus yang literally menukarkan manusia kepada pemangsa manusia di serata dunia ini. Persoalan paling penting, sejauh manakah mereka, para survivors sanggup melangkah demi mencari jawapan kepada persoalan mereka? Jika anda fikir kisah Anis Ufairah dan rakan-rakannya telah tamat, anda salah. HAHA. ☣️☣️☣️ This is the sequel kepada Exam Dibatalkan-- yang ada tagline 'Run n Fight'. Few heads up! ⚠️ Cerita ini akan be like.. almost 270 darjah berbeza daripada buku first. Termasuklah, the genre. Sepatutnya buku lepas thriller, and this book will be sci-fi. ⚠️ Tiada buku sci-fi yang tidak merepek. HAHA LOL. Namun, ketahuilah authors yang berani sahaja mampu karyakan coretan bergenre sci-fi yang 99.98% berdasarkan pengetahuan saintifik yang dia ada dan berdasarkan researches yang dilakukan. ~ Happy reading^^ Nixs, pis out ✌🏻💫
ASH (PG13) by xoxmizzxox
ASH (PG13)
xoxmizzxox
  • Reads 109,127
  • Votes 5,061
  • Parts 76
#1 in science fiction (05/05/2017) {EMIRATES SCI-FIC BEST BOOK AWARD} Sinopsis:- Ketika azroy sedang memandu keretanya seorang diri di satu pagi yang indah itu tiba tiba saja muncul seorang gadis di hadapan keretanya. Gadis tersebut merayu padanya agar membawa dia pergi dari situ. Pada mulanya azroy tidak mahu menolong gadis itu sebab dia tak kenal gadis tersebut tapi bila dia lihat ada 3 orang lelaki bersenjata berlari menuju ke arah mereka mahu tidak mahu azroy pun terpaksa membawa gadis itu pergi dari situ. Dari situlah kisah ini bermula.... # P/s: it's okay if u didnt want to vote or comment in every pages I posted here. By the way thanks for reading this story... huhu
Exam Dibatalkan -- [✓] by Nixs_A-zy
Exam Dibatalkan -- [✓]
Nixs_A-zy
  • Reads 71,371
  • Votes 7,885
  • Parts 113
⚠️ RUN N FIGHT ⚠️ --Wattys 2020 Award Winner: Science Fiction-- Negara Malaysia. Remaja berumur 17 tahun. Bersekolah. One word: SPM. Ya. Kau takkan boleh bayangkan kalau-kalau tiba-tiba exam sebesar itu aka exam yang menentukan hala tuju hidup kau kemudian hari, dibatalkan begitu saja pada hari pertama peperiksaan bermula. Tak cukup dengan itu, kau digemparkan lagi dengan berita 'ZOMBIE TUH WUJUD'. What do you expect? How fast your heart will probably beat at that time?.. or how loud your chuckles will sound like as kau mungkin akan fikir 'mengarut'? Kisah ini menceritakan Anis Ufairah dan rakan-rakannya, Calon SPM Tahun 2021 yang cuba mencari jalan keluar dari dewan peperiksaan untuk pulang.. ke.. rumah..? Dengan harapan, semua akan berakhir dengan 'baik-baik' sahaja. Namun apakan daya, dalam banyak-banyak cerita zombie yang kau baca, sudah tentu, survivors hanya mampu lari dan lawan. Tak cukup dengan itu, mereka perlu mengharungi detik perpisahan dan pengorbanan. Itulah yang akan dihadapi oleh Anis dan rakan-rakannya di saat titik mana yang mereka perlu tahu dan pentingkan erti persahabatan. ⚠️⚠️⚠️ --not guarantee if dis story is best but here's the daebak-est ranking I got untuk setakat 29/1/21 #5 in sci-fi #1 in zombies #1 in zombiesurvival #1 in mystery-thriller
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒 by Niemza
𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈𝐒
Niemza
  • Reads 93,877
  • Votes 10,818
  • Parts 46
[◇□Pemenang Wattys Awards 2017 untuk kategori Pengkarya Kreatif□◇] ARASH cuma mahu jadi normal dan hidup normal dengan abangnya EIZHAM, di luar Kota Metropolitan Rionzess. Hanya itu! Namun, segalanya berubah dalam satu malam. Arash ternampak sebuah meteor membelah langit malam itu lalu menghentam bumi. Tanpa diduga, sebuah gelombang aneh melanggar tubuhnya dan dia pengsan di situ. Meteor itu mencetuskan kekecohan di Rionzess. Tetapi, dua beradik ini tidak peduli. Arash hanya mengetawakan yang huru-hara yang dicetuskan remaja termutasi berkuasa super. Baginya, itu mengarut! Sampailah dia sendiri memliki kuasa itu. Eizham ketakutan, sebab semua remaja termasuk adiknya akan ditangkap untuk mengesan siapa yang termutasi. Dia cuba menghalang, namun tentera kerajaan pusat tetap membawa adiknya pergi. Arash berdepan cabaran dan masalah yang tidak diduga. Kerajaan Daviex masuk campur dalam ujian saringan itu dengan memaksa semua remaja Rionzess yang ditangkap untuk bermain sebuah permainan di dunia 'Virtual reality'. Masalahnya, dalam permainan bunuh-membunuh itu, semua orang akan hidup pada akhirnya. Semua, kecuali para Meteoris iaitu mereka yang termutasi. Dan, Arash ialah seorang Meteoris. [Sloooooow Update.]
Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing) by ALIFFISM
Zerobies: Tiada Harapan (Hiatus & In Editing)
ALIFFISM
  • Reads 25,688
  • Votes 687
  • Parts 15
[ON GOING] [+18] - Hardcore Violent Action - Gore - Bad words ------------------------------------ ''Is there is no hope for us?'' Saat dunia berada di penghujung usia... Saat manusia mula bersengketa... Saat ketamakan kuasa mula berkuasa... Virus yang mereka cipta... Mula mengambil alih untuk menjajah dunia... Semua hidupan diancam dengan virus yang terkuat... Tiada ubat, tiada tempat, tiada negara yang terselamat... Zaman Apokalips menghancurkan teknologi... Manusia mula sedar tentang sikap mereka yang mementingkan diri... Sehingga lupa akan kepentingan bumi... 5 tahun ancaman berterusan... Ramai yang terkorban akibat jangkitan... Bangkitnya mayat hidup mengancam kehidupan... Mereka yang terselamat meneruskan hidup... Ada yang saling bertahan... Ada yang saling membunuh... Dan ada juga di antara mereka yang masih lagi sedang mencari harapan... Untuk memulihkan dunia yang sedang semakin tenat... Adakah harapan itu benar-benar wujud untuk mereka? Adakah mereka mampu menemui harapan tersebut untuk memulihkan dunia ini semula? Teruskan membaca novel ini... The Zerobies: Tiada Harapan ----------------------------------------- Genre: Science fiction, Action, Horror, Apocalypse, Survival, Zombie. AMARAN: CERITA INI HANYALAH DIKHASKAN UNTUK PARA PEMBACA DEWASA ATAU YANG SUDAH MATANG SAHAJA DAN AUTHOR TIDAK MENGGALAKKAN MEREKA YANG DIBAWAH UMUR UNTUK MEMBACA NOVEL INI. SEKIRANYA ANDA TETAP MAHU MEMBACA NOVEL INI, APA-APA HAL TANGGUNGLAH SENDIRI. HARAP MAKLUM...