Favourite
2 stories
Rindu Kita Yang Dulu ✔ by -athrh-
-athrh-
  • WpView
    Reads 128,324
  • WpVote
    Votes 5,155
  • WpPart
    Parts 37
"Sepuluh tahun aku tertanya-tanya mana silapnya aku? Apa yang aku dah buat sampai dia menghilang begitu saja? Dan sekarang, dia muncul semula macam tak ada apa yang berlaku. Perit lagi bila dia layan aku macam orang asing. Orang yang langsung dia tak kenal." Selama sepuluh tahun wanita ini hidup dalam kekeliruan. Mengapa kawan baiknya sejak daripada kecil lagi pergi meninggalkannya tanpa jejak? Tidak tahu mana silapnya Naura Aralyn yang membuatkan Sayf Malik lenyap daripada pandangannya. Keluarga Sayf masih berhubung dengan keluarga Aralyn walaupun telah berpindah, namun tidak buat dua insan yang dulunya pernah bergelar sahabat menjauhkan lagi hubungan akrab yang dibina mereka selama 15 tahun itu. *** "Say, kau janji dengan aku tau yang kau tak akan tinggalkan aku walau apa-apa pun yang terjadi." "Aku janji. Mana boleh aku tinggalkan kau, Aran," jawab Sayf sambil mengusap kepala Aralyn yang menyebabkan rambutnya menjadi serabut. Mereka memandang ke arah pemandangan matahari terbenam di pantai di kawasan perumahan mereka, sambil berada di atas pokok yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk melepak pada usia remaja ini. *** "Beri saya sebab kenapa awak menghilang macam tu je? Saya tunggu awak setiap tahun untuk jumpa saya, tapi awak tak pernah-pernah muncul!" "Ada aku suruh tunggu?" Sayf memandang kosong wajah Aralyn tanpa sebarang emosi. -Naura Aralyn -Sayf Malik
Hacker 426 ✔️  by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 3,556,959
  • WpVote
    Votes 340,763
  • WpPart
    Parts 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘