Light Novel/Short Story
3 stories
CERPEN : SUJUDKU DI HADAPAN AL-AQSA (2009//2012) by ainulfarihah_
ainulfarihah_
  • WpView
    Reads 391
  • WpVote
    Votes 22
  • WpPart
    Parts 1
Cerpen ini merupakan inspirasi utama kepada watak Rif'at dalam novel Vehaen, di mana watak utama dalam cerpen ini adalah adiknya, Najdat. Saya telah mula melakar cerita ini sewaktu darjah 6 (2009), dan dibuat persembahan teater kecil ketika di asrama (2010) berdasarkan jalan cerita ini bersempena 21 Ogos, tarikh memperingati peristiwa Al-Aqsa dibakar pada 21 Ogos 1969. Pada 2012, setelah saya kembali serius semula dengan penulisan, saya menulis cerpen ini secara penuh dengan tajuk Sujudku Di Hadapan Al-Aqsa. Pada 2015, saya ubahsuai sedikit cerpen ini dan memenangi Pertandingan Cerpen Youth Ace 2015 dengan nama Najdat. Pada 2016, watak Najdat telah menjadi salah satu watak utama dalam novel ketiga saya, Vehaen II : Rif'at. Oh ya, inspirasi nama Najdat Rif'at ini sebenarnya adalah nama anak kepada guru bahasa arab saya yang suka saya santuni sewaktu dia masih berusia 2-3 tahun (pada 2008 & 2009). Macam sedap nama Najdat Rif'at ni. Dan seperti watak dalam cerpen ini, dalam alam nyata, memang nama abangnya, Nabil Rif'at, dan kakaknya, Nurul Hanani. Hehe! Jemput baca!
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,323
  • WpVote
    Votes 797
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - Tajuk asal Five Years Of Love (SUDAH TERBIT) by lilavee
lilavee
  • WpView
    Reads 136,780
  • WpVote
    Votes 4,089
  • WpPart
    Parts 17
Kebanyakan kisah cinta romantik bermula dengan 'Love at the first sight' dan berakhir dengan 'they live happily ever after'. Sama seperti kisah cinta Anne - Alan. Cuma sayangnya, mereka tak jumpa klausa happily ever after tu sebab, kisah cinta mereka dilanda andromeda di tengah jalan lalu mereka terpaksa akur... pilih jalan yang berbeza untuk cari 'happily ever after' yang dah terbang dek ribut taufan. Adakah mereka berjaya? atau sebenarnya jalan yang dipilih itu membawa mereka ke penghujung yang sama akhirnya?