𝙰.𝙲.𝚃.𝙸.𝙾.𝙽
29 stories
Pre-order Novel The Hunter (C)  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 1,784,988
  • WpVote
    Votes 13,736
  • WpPart
    Parts 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think." ____________ Zufar Emiir, seorang yang misteri dan sukar untuk dijangka tindakannya. Setiap mata memandang akan melihatnya sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura tersendiri. A calm, cold and charisma man, yet a mysterious person. Segalanya tentang dia adalah rahsia. Tihani Arissa, seorang wanita yang pernah terkenal dengan rekaan segala jenis baju yang menjadi idaman wanita. Namun, semua kenangan indah itu musnah dengan sekelip mata sebaik sahaja adiknya disahkan mati. Dirinya dipersalahkan dengan teruk oleh semua orang. Dia dihina dan dicemuh tanpa mereka semua mendengar penjelasannya. Pertemuan di Pantai Cahaya pada malam itu cukup untuk mencipta satu kisah buat Zufar dan Tihani sehingga mereka terikat di dalam hubungan yang hanya boleh dipisahkan dengan lafaz. Tetapi, sejak menjadi isteri kepada Zufar, satu perkara yang Tihani kena hadapi. Identiti sebenar Zufar dan rahsia yang disimpan oleh Zufar. "Zufar, did you hide something from me?" -Tihani Arissa "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, you will realise that, being my wife is not as easy as you think."- Zufar Emiir "Tuan Muda Emiir, he is unpredictable. Dia seorang yang kita tak dapat jangka. Every move, every word, every action and everything about him, kita takkan dapat jangka. He is a mysterious person." - Flora. Takdir yang terikat tanpa mereka sedari. Rahsia yang bakal merungkaikan segalanya. Saat semuanya terbongkar, mampukah mereka berdua menerima rahsia dan takdir ini? @Copyright Missdiyyah & DY Escritor Publication.
Malaikat Tak Bersayap [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 369,528
  • WpVote
    Votes 35,597
  • WpPart
    Parts 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seperti orang lain. Aku adalah aku. Dengan kes jenayah yang aku lakukan, tiada siapa yang mahu mendekat. Yang paling penting, tiada siapa yang dapat ubah aku. Bekerja di underground menguatkan lagi mental dan fizikalnya. Dia mengendahkan segala apa yang diperkatakan kepadanya. Aku tak kisah. Hadirnya seorang lelaki yang hendak ambil tahu semua tentangnya sangat-sangatlah serabut! Dasar mamat bomba gila! "Marry me." - Qaayed Wakeel "Apa? " - Firjani Adiratna "Jom nikah, aku malaslah nak tatap muka kau tanpa ikatan ni." - Qaayed Wakeel "Aku tak pernah suruh kau tatap muka aku pon! Blah lah kau! " - Firjani Adiratna WARNING: Terlalu banyak typo, read on your own risk. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in action - 12/3/21 , 8/9/23 , 10/9/23 #1 in thriller - 14/3/21, 29/1/24 #1 in humor - 09/08/23 #1 in romance - 20/3/24 Start: 1/7/2020 End: 1/10/2020
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 948,326
  • WpVote
    Votes 33,903
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
Mrs. Ayden by nurasyaa_
nurasyaa_
  • WpView
    Reads 208,482
  • WpVote
    Votes 15,048
  • WpPart
    Parts 42
[KARYA KEDUA]♡ [ Action Romance + Comedy ] Kasih Airish. Nama tidak seindah hidupnya yang sering diuji dengan dugaan. Pelbagai ujian yang perlu dihadapinya. Ditambah pula, dia sudah tidak seperti dulu. Hari-harinya gelap-gelita tanpa warna-warni yang menyinari hidupnya. Ya. Dia buta. Buta disebabkan oleh satu kemalangan yang menimpanya. Pertemuan tanpa disangka dengan sang jejaka bernama Qashaf Ayden dua kali berturut-turut membuka tirai baru dalam hidupnya. Qashaf Ayden pula sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Kasih Airish dikala hatinya terpaut dengan kepolosan Kasih Airish sehinggakan dia memaksa Kasih Airish menerima lamarannya. Namun, manusia itu tidak sempurna. Mereka pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga dengan Qashaf Ayden. Disebabkan ketulusan cintanya terhadap Kasih Airish, dia terpaksa menipu tentang pekerjaannya. Di saat cinta di antara mereka mula berputik dan kasih mula bersemi, satu persatu rahsianya terbongkar. Pekerjaannya bukan biasa-biasa malah sangat berbahaya. Dia akan selalu menjadi buruan. Nyawanya pula semakin hari, semakin terancam dek kerana musuh yang semakin bertambah. "Awak penipu, Ayden! Saya benci awak!"-Kasih Airish "I'm sorry, sayang..."-Qashaf Ayden Qashaf Ayden akur kesilapannya. Dia cuba memujuk dan merayu bidadarinya. Namun disaat Kasih Airish kembali memaafkannya, dia pergi begitu saja. "Abang... Baliklah. Airish rindu abang..."-Kasih Airish "Maafkan abang sayang..."-Qashaf Ayden Bagaimanakah pengakhiran kisah hidup mereka? Berjayakah mereka bersatu kembali? Cover by @xerlickmentos58
© Heroes From Da Sky  by MiaSyaza__
MiaSyaza__
  • WpView
    Reads 348,029
  • WpVote
    Votes 14,172
  • WpPart
    Parts 26
[Status: Completed ] Tak tahu macam mana boleh dia terlalu suatu lorong sunyi membuatkan dia terlibat menjadi saksi satu kes perbuatan kejam. Hidupnya yang aman menjadi sukar bila dia menjadi buruan konco-konco Mike. "Shushhh.. kejap aje. Diam. Aku kata, nanti orang tu nampak kau. Percaya cakap aku" pujuk lelaki itu masih berlembut. Dia tiada masa nak buat lain, selain ini. "Tak nak! Nanti kau buat macam-macam nanti", tangis Elina masih lagi terkejut. "Aku tau kau kena kejar oleh diorangkan? Kau nampak mereka bunuh orang kan? Kau nak aku tolongkan?" Tanyanya. Laju Elina mengangguk. "Bagus. Sekarang diam apa nak aku buat. Aku tak buat lebih pun. Acah-acah aje. Orang tu dah dibelakang,"beritahunya. Kerusi Elina direndahkan dengan dia berada diatas. Bajunya dibuka hingga menampakkan dada bidangnya. #### Baru aje lagi. Vote. Komen sangat dialukan. MiaSyaza__. Cover by @azleeyanaa__
DENDAM MR DEVIL by farnazamri
farnazamri
  • WpView
    Reads 905,294
  • WpVote
    Votes 30,375
  • WpPart
    Parts 106
[Completed] "Maafkan aku, Fasha..." - Iskandar + unedited + cringe + extremely cliche + unexpected plot twist + read at ur own risk
Jagakan Aku [TERBIT - KARYASENI] by SyuAriani
SyuAriani
  • WpView
    Reads 17,847
  • WpVote
    Votes 1,139
  • WpPart
    Parts 19
Tajuk: JAGAKAN AKU Genre: PSIKO-THRILLER Terbitan: KARYASENI 'Lindungi aku dari dia dan mereka, hingga hujung nyawa'. ---- "Cuma Doktor Ana Zahirah yang boleh tentukan kematian saya." Bergegar dunia Zahirah apabila seseorang datang menemuinya dan mengatakan itu. Semuanya bermula selepas dia menjadi saksi kepada satu babak percubaan membunuh secara tidak sengaja. Kini, tak semena-mena dia terheret sama dalam permainan nyawa Devil Angel. "Kadang-kadang tak ada niat membunuh, tapi keadaan mendesak." - AINA NATASHA "Dia membunuh sebab dia seronok membunuh. Itu aje." - MUZAFFAR Di antara kedua-dua sebab itu, yang mana satu yang menjadi punca Devil Angel membunuh? Atau ada sebab lain, yang membuatkan Devil Angel 'menghantar' mangsa-mangsanya kepada Zahirah? Sungguh, Zahirah panasaran! "Ana Zahirah. Kau... Mengecewakan aku." - DEVIL ANGEL Insan-insan terdekat Zahirah mulai menjadi mangsa. Emosi Zahirah bertambah kacau-bilau apabila ASP Aydin mengesyaki dia ialah Devil Angel, atau sekurang-kurangnya dia bersubahat dengan Devil Angel. Tetapi suatu hari... "Jangan takut. Aku akan jagakan kau." - ASP AYDIN Entah mengapa, jiwa wanita Zahirah telah meresap masuk janji Aydin. Diam-diam, dia mempercayai lelaki itu dan janjinya. Satu insiden di Kuala Lumpur membuka peluang untuk Zahirah mengetahui kisah silam Aydin dan tak dapat tidak, hati wanitanya terus terbuka untuk lelaki itu. Namun, bisakah Aydin kotakan janjinya bilamana Zahirah sudah menjadi obsesi Devil Angel? Pada saat Zahirah sendiri berubah menjadi wanita tidak berjiwa, mampukah dia menghalang Devil Angel daripada terus-terusan membunuh? Atau Zahirah sendiri akan jatuh ke lembah gelap, dan menjadi serupa Devil Angel? "Whoever fights monsters should see to it that in the process he does not become a monster. And when you look into the abyss, the abyss looks into you." - FRIEDRICH NIETSZCHE, GERMAN PHILOSOPHER
AKADEMI PERISIK DIRAJA ANTARABANGSA (A.P.D.A.) by Alquransyabila
Alquransyabila
  • WpView
    Reads 7,393
  • WpVote
    Votes 885
  • WpPart
    Parts 53
SINOPSIS *Akademi Perisik Diraja Antarabangsa(A.P.D.A) ditubuhkan bagi mencari bakat terpendam dari golongan muda untuk menjadi penyelamat Negara. *Setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di Akademi ini berpeluang untuk memasuki pekerjaan berkaitan Kerajaan serta mendapat kenaikan pangkat pada hari pertama pekerjaan. *Novel ini mengisahkan tentang empat sekawan perempuan yang diterima masuk ke A. P. D. A selepas tamat spm. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai halangan yang perlu mereka tempuhi seperti terpaksa menjalankan tugasan yang diberikan oleh Mentor secara berpasangan bersama empat sekawan lelaki yang menjadi musuh mereka sejak di sekolah menengah. *Satu pasukan terdiri daripada Seorang mentor, seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan mengikut bidang yang dipilih.
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,530,249
  • WpVote
    Votes 140,221
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
JEBAT (Diadaptasi Dari Filem) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 26,100
  • WpVote
    Votes 503
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Jebat (Diadaptasi Dari Filem) Penulis: E-man Sufi Penerbit: Karyaseni Isbn: 978-967-469-044-1 Harga: RM25.00 (semenanjung) // RM28.00 (sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2017 Cinta. Itu yang dirasakan Mastura kepada suaminya, Jebat. Lelaki yang dingin namun seksi dengan parut di dahi. Hidup bersama Jebat, semuanya indah. Mastura bahagia. "Asal ada abang, Mas tak makan pun tak apa..." - Mastura Dia ingin melakar bahagia dengan membina momen-momen indah bersama Jebat. "Terima kasih sebab kau sudi jadikan aku suami kau... Aku ni apalah yang ada, kan? Kadang-kadang aku rasa risau kalau aku tak dapat bahagiakan kau, Mas... Tapi aku janji aku akan berusaha jadi suami yang paling baik walaupun aku tak ada harta nak mandikan kau dengan kemewahan." - Jebat