Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
💙
194 stories
Love, Unspoken by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 548,835
  • WpVote
    Votes 27,887
  • WpPart
    Parts 45
[2nd romance] Dian Antasya tidak pernah minta dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa membandingkan dirinya dengan abang dan kakak. Walau apa pun yang dilakukan, di mata ibunya, Dian tetap anak yang gagal. Dia hanya tahu menelan kata-kata pedih dan hidup dalam sunyi, bersembunyi di balik senyum yang semakin pudar. Namun segalanya berubah bila Qayl Zachary, jiran lama yang pernah menjadi teman sepermainan masa kecil kembali ke pangkuan keluarga selepas bertahun-tahun menetap di luar negara. Qayl yang dahulu polos kini tampil sebagai lelaki matang dan berkarisma. Tapi di sebalik tenangnya, dia tidak mampu menafikan perasaan simpati dan sayang yang muncul apabila melihat Dian yang dulu ceria, kini kelihatan seakan hilang arah. Dan di satu detik yang tak dijangka, Dian membuat keputusan paling berani atau paling gila dalam hidupnya. Dia melamar Qayl untuk dijadikan suami. Bukan kerana cinta, tapi kerana dia perlukan tempat untuk berteduh. Namun, dalam setiap hari yang dilalui bersama, Qayl mula belajar bahawa cinta kadang tumbuh dalam diam. Dan Dian mula sedar bahawa kasih yang datang tanpa dirancang mungkin adalah takdir yang paling indah.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 570,609
  • WpVote
    Votes 22,017
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Perfect Love by oleashae
oleashae
  • WpView
    Reads 780,056
  • WpVote
    Votes 31,768
  • WpPart
    Parts 87
"Kau jangan sampai aku tumbuk kau Eshal, sana boleh tak? Kau tarik-tarik seluar aku ni, kang tercabut kau taulah nasib kau.." "Tak mau, janganlah pergi awak..." "Aku nak pergi tandas je lah!" . Itulah kisah dua hati. Kisah cinta mereka tidak sama seperti yang lain. Seorang gadis nakal dan seorang lelaki tegas. Bolehkah mereka bersama? Tidak sangka pertembungan di jalan raya membuatkan hati si gadis jatuh pada lelaki bermata biru itu. Angan-angan sudah dibina untuk bersama dengan doktor muda itu tetapi hancur apabila mengetahui lelaki itu sudah berpunya. Apakan daya hanya redha sahajalah yang boleh dilakukan untuk memujuk hati yang terluka. Tetapi percaturan Allah tidak pernah salah alamat. Satu kejadian yang memalukan terjadi dan membuatkan mereka terikat sebagai pasangan suami isteri. Kisah mereka bukanlah kisah cliche yang hero akan melayan heroin dengan teruk dan akhirnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Tidak itu bukanlah cerita yang mahu dirungkaikan disini. Hidup mereka bahagia apabila kedua-dua mula mengikat janji untuk mencintai antara satu sama lain buat selama-lamanya. Dengan perangai gila-gila dan sengal Eshal makin mewarna-warnikan hari-hari beku doktor muda bermata biru itu. Dia lelaki sempurna. Dan. Dia gadis tidak sempurna tetapi mencari seseorang yang boleh menyempurnakan dirinya. Kebahagiaan yang mula terbina hancur apabila satu kejadian hitam terjadi. Tidak disangka terdapat duri didalam daging. Sudah puas dijelaskan tetapi satu persatu ujian yang datang melemahkan Eshal. Disitulah kepercayaan dan kesetiaan diuji. "Awak tipu saya caden, awak janji nak jaga saya..." "Pergi Eshal, pergi.."
A Prince With No Crown [HIATUS] by NusyaBelle_
NusyaBelle_
  • WpView
    Reads 43,645
  • WpVote
    Votes 3,660
  • WpPart
    Parts 54
Spin-off Bunga, A Lady In Waiting. Wakeel x Warda Cinta, tidak semestinya perlu diungkapkan. Cinta, tidak perlu kata-kata. Cinta, kadang-kala menyakitkan. Cinta... Tidak kekal selama-lamanya. For more info about this story, kindly read the first chapter of this story🫶🏻 Start: 1 May 2025 End: -
Darrius' Love Devotion by LifeSlave
LifeSlave
  • WpView
    Reads 56,971
  • WpVote
    Votes 2,701
  • WpPart
    Parts 28
🚨BACAAN DEWASA🚨 RAJA AQIB DARRIUS | IVANNA ALAIA "I akan cari pembunuh you sehingga ke lubang cacing"- Raja Aqib "Tolong cintai dia, sayang...Love her more than I do." "Hati I bukan bola yang you boleh tendang sesuka hati. I ada perasaan! Dan jika perasaan dan kasih sayang I pada you tidak bermakna apa-apa, ceraikan I, Aqib. Lepaskan I. You tak cintakan I. You cintakan dia."- Ivanna Alaia WARNING ALERT 🚨 THIS STORY MAY CONTAIN: ⛔️ Some Mature contents / Adults content ⛔️ Harsh words ⛔️ cliche storyline ⛔️ Red flag hero ⛔️ heavy conflicts All right reserved: @LifeSlave
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 1,058,202
  • WpVote
    Votes 47,485
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
AFRA SOFIA : Dia Yang Setia by xtheaura
xtheaura
  • WpView
    Reads 742
  • WpVote
    Votes 98
  • WpPart
    Parts 4
Dia yang Setia Start : 28/04/2025 End : ?