aelinakarina's Reading List
3 stories
Tears of Origin ; The Maiden & The Crimson Sky by 2MayLily98
2MayLily98
  • WpView
    Reads 1,419
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 36
Kisah ini bermula ketika penguasa padang pasir iaitu Raja Una menyelamatkan seorang wanita muda terbaring tidak sedarkan diri di tengah - tengah padang pasir yang gersang sewaktu dalam perjalanan kembali ke Kota Emas. Apabila wanita itu tersedar, Raja Una mendapati wanita itu tidak mengingat apa - apa melainkan namanya sendiri iaitu Gyzeem Ezlyn. Raja Una yang kasihan dan berempati dengan keadaan Gyzeem yang tidak mengingat apa pun itu setelah tersedar langsung saja menjemputnya untuk tinggal di Taman Oasis, tempat ibunda Raja Una dahulu sebelum mangkat. Raja Una memerintahkan Jnari tabib diraja untuk merawat Gyzeem bagi memulihkan kembali ingatan wanita itu. Namun, apa yang Raja Una dapat adalah laporan - laporan aneh dari sang tabib yang mengatakan perlakuan aneh yang berlaku pada Gyzeem sewaktu berada di bawah pantauannya. Gyzeem terlihat melakukan hal aneh seperti mengatakan sesuatu yang tidak jelas bahkan melakukan gerak tari yang sangat asing. Ingatan yang Gyzeem alami terlihat tidak biasa. Dalam waktu yang sangat singkat, Gyzeem kembali tidak mengingat satu apa pun yang telah dia lakukan dalam beberapa detik berlalu. Hal itu membuatkan Jnari makin kebingungan bahkan ini pertama kalinya dia melihat keanehan penyakit Gyzeem itu. Di sisi lain, ada pihak yang tidak menyukai kehadiran Gyzeem di Kota Emas apatah lagi menjadi tumpuan Raja Una. Miray Rutvi atau dikenali sebagai Dewi Cinta iri pada Gyzeem yang mendapat tumpuan Raja Una. Miray tidak senang melihat atau mendengar hal - hal yang berkaitan dengan wanita itu lebih - lebih lagi Raja Una yang sering beri perhatian khusus yang Miray inginkan dari sang raja tetapi diberikan kepada Gyzeem. Bukan itu sahaja, seorang wanita ras elf datang menceroboh Kuil Khonsu pada waktu malam setelah kepulangan Dewa Bulan demi mendapatkan sepasang pedang bulan sabit yang tersimpan rapi di tempat penyimpanan senjata. Hadirnya penceroboh itu mengundang rasa ingin tahu sang dewa terhadap pencoroboh yang berani itu.
C | SEKOLAH AKADEMIK KERABAT DIRAJA by yami_kage
yami_kage
  • WpView
    Reads 9,422
  • WpVote
    Votes 727
  • WpPart
    Parts 35
Puteri Shiori Kirazz, Adrienne Amabelle dan Eun Ji ialah tiga orang sahabat yang sudah berkawan sejak mereka masih kecil lagi. Namun, disebabkan masalah yang dihadapi oleh ketiga-tiga keluarga, mereka terpaksa berpisah dan hubungan persahabatan mereka mula menjadi regang. "𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐫𝐚𝐣𝐚" Di situlah hubungan erat yang terputus lama dijalinkan semula.. Tapi bukan itu sahaja. Persekolahan mereka di situ bukan sahaja menyatukan mereka bertiga malah, ia menjadi titik permulaan lepada satu pengembaraan dan pengalaman baru yang tidak mungkin mereka dapat rasai sekiranya mereka melepaskan peluang tersebut. Ikuti kisah ketiga orang puteri ini dan rakan-rakan baharu dalam hari-hari mereka di sekolah tersebut! _________________________________________ Hai, Rikuto Rai / Ria-kun di sini! Nampaknya korang dah jumpa buku kedua yang aku tulis dan disebabkan itu, selamat datang aku ucapkan ^w^ Bolehlah ambil sedikit masa korang untuk baca cerita dan kalau korang suka, jangan lupa vote and comment! credits; cover: Rikuto Rai story plot: Rikuto Rai