Fav Seasonings
4 stories
BOOK 8 | CYBORG GIRL: LAST MISSION [IN PROGRESS]  by AmadoXael
AmadoXael
  • WpView
    Reads 5,123
  • WpVote
    Votes 987
  • WpPart
    Parts 8
ACTION/SCIENCE FICTION/THRILLER Known as: DANGEROUS AND POISON Kehidupan seorang gadis bernama Avra Aveline sangat menyenangkan. Hari hari berlalu dengan begitu indah dan nyaman. Seorang pelajar universiti yang sedang mengambil sijil master, apa bahaya yang boleh menjemput? Tiada. Dia hidup bahagia bersama keluarga tercintanya. Namun kebahagian yang disangkakan akan kekal selama-lamanya itu, musnah sekelip mata. Avra diculik oleh seorang lelaki bertopeng hitam ketika dalam perjalanan untuk ke kedai membeli keperluan memasak. Dia dikurung dan dijadikan tahanan di dalam sebuah makmal kosong yang terbengkalai di tengah tengah hutan. Lebih mengerikan apabila hutan itu terletak atas satu pulau yang jauh dari mata dunia. Penghuninya hanya mereka berdua. Bukan itu sahaja, Avra turut dipaksa mempelajari cara menghasilkan bahan letupan dan cecair cecair yang merbahaya. Tidak cukup dengan itu, penculiknya turut mengajar Avra pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Berhari-hari Avra dilatih dan dilayan bagaikan seorang askar. Namun sepanjang mereka bersama, identiti lelaki betopeng itu masih belum dapat diketahui. Ini menyebabkan Avra turut naik pelik. Siapa identiti sebenar lelaki ini? Mengapa dia begitu berahsia? Namun persoalan itu tidak habis begitu sahaja. "Aku akan lepaskan kau," Seperti janji yang dilafaz, Genap 3 bulan dia menjadi tahanan lelaki itu, Avra dilepaskan kembali ke dunia luar. Namun kehidupan tenang Avra berubah seratus peratus. Dia menjadi buruan oleh sebuah organisasi rahsia. Satu persatu rahsia kehidupannya akhirnya terbongkar. "Mereka tipu kau Avra?!" Avra terpaksa melarikan diri demi keselamatannya. Kenapa Avra menjadi buruan? Mampukah Avra bersembunyi daripada organisasi itu untuk selamanya? Apa yang organisasi itu mahukan dari seorang perempuan polos bernama Avra Aveline? "Kenapa kau tolong aku?" -Avra Aveline "Sebab kau milik aku pada awalnya," - Luke Angel Narfi Start:6 Jan 2022 End: 100% my own idea. Don't copy my story.
TSK: Nuansa by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 36,950
  • WpVote
    Votes 3,203
  • WpPart
    Parts 11
Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur? Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam? Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa. "Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin "Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang-orang yang berusaha.
TSK : Permata by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 735,613
  • WpVote
    Votes 38,037
  • WpPart
    Parts 28
Daripada filem aksi romantik ala islamik walaupun ikhtilat ke laut, dunia Irfan dan Hani kini berubah menjadi drama bersiri kekeluargaan apabila hadirnya permata dalam hidup mereka. Ahmad Furqan Aqil Aqilah Mampukah si brutal muslimah Hani menjadi mama yang baik? Terdayakah Irfan melaksanakan tugasan sebagai papa dengan sempurna? "Jaga anak lebih susah daripada matikan bom jangka!"
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,625,236
  • WpVote
    Votes 165,421
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!